Tak Dapat Makan Harimau, Dapat Sup Tulang Rusa Pun Jadilah!

7:36 PG


Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum balik ke LD, kami singgah cari makan tengah hari di Restoran Harimau Menangis. Melihat nama Restoran Harimau Menangis, seperti hendak makan harimau pula... ahaks! 

Dengar ceritanya nama Harimau Menangis atau Tiger Cry berasal daripada hidangan Thai yang terkenal, iaitu Suea Rong Hai. Terdapat beberapa cerita dan simbolik di sebalik nama yang unik ini antaranya:
  • Legenda daging yang terlalu sedap.
    Ada cerita rakyat yang mengatakan harimau menangis kerana tidak dapat menikmati daging lembu panggang yang begitu lazat. Harimau yang terkenal sebagai pemangsa kuat pun kecewa lalu menangis apabila terlepas hidangan tersebut.

  • Daging yang liat.
    Satu lagi cerita menyebut harimau menangis kerana daging bahagian tertentu yang digunakan agak liat dan sukar dikunyah, walaupun bagi seekor harimau.

  • Sos yang pedas.
    Ada juga yang mengaitkannya dengan sos pencicah Thai yang sangat pedas sehingga membuat sesiapa yang memakannya mengalirkan air mata seperti sedang menangis.
Dari sudut simbolik, Harimau Menangis menggambarkan gabungan kekuatan, keghairahan terhadap makanan, dan emosi yang tercetus akibat rasa yang luar biasa sama ada kerana terlalu sedap, terlalu pedas atau terlalu kecewa tidak dapat menikmatinya.

Kesimpulannya,Restoran Harimau Menangis yang kami kunjungi di Sandakan ini besar kemungkinan mengambil inspirasi daripada hidangan Thai tersebut dan ingin menggambarkan makanan yang berani, pedas, dan memikat selera. Nanti kita lihat apa hidangan yang ditawarkan di restoran ini.

Restoran Harimau Menangis

Harimau Menangis (Bahasa Thai: เสือร้องไห้ , suea rong hai) ialah sejenis masakan dari timur laut Thai yang terdiri daripada daging dada lembu yang diperisa dengan rempah-ratus serta dipotong dalam kepingan-kepingan kecil. Harimau menangis lazimnya dimakan bersama pulut serta makanan-makanan utama lain. Istilah harimau menangis merupakan terjemahan daripada nama asal Thai. Sejarah di sebalik nama makanan tersebut adalah mengenai seekor harimau betina yang kehilangan anaknya, harimau betina tersebut mencari anaknya sambil mengigit sekeping daging dimulutnya untuk diberikan kepada anaknya kerana dikhuatiri anaknya yang telah hilang beberapa hari itu sedang kelaparan. Setelah penat mencari, akhirnya ibu harimau tiba di suatu tempat dan menemukan anaknya. namun, alangkah sedihnya ibu harimau tersebut kerana menjumpai anaknya itu sedang bergembira di tiger show. Lalu ibu harimau menangis kekecewaan dan airmatanya jatuh dan terkena daging yang dibawanya. Ibu harimau meletakkan daging tersebut dan meninggalkan tempat itu. Daging tersebut telah dijumpai oleh salah seorang penduduk disitu. Lalu beliau memasaknya. Begitu lah terciptanya nama daging harimau menangis.


Sumber lain mengatakan bahawa terdapat satu bahagian lembu dekat dengan batang pinang yang juga dipanggil tenderloin. Daging di kawasan tersebut dikatakan paling lembut dan digambarkan seolah-olah cair di mulut apabila dimakan.

Cerita yang lain tentang  Daging Harimau Menangis ini adalah  sebab mulut dan gigi harimau tidak boleh mencapai bahagian daging itu kerana kedudukannya di celah tulang belakang lembu. Disebabkan kesukaran ini  harimau pun menangis sebab tidak dapat makan bahagian daging tersebut.

Sup Kawah Tulang Rusa / Payau

Di Restoran Harimau Menangis, kami memesan hidangan:
  • Chicken Spring Roll
  • Thai Green Tea Bingsoo
  • Nasi Putih Ayam Bakar Harimau Menangis
  • Nasi Putih Kambing Bakar Harimau Menangis
  • Sup Kawah Tulang Rusa / Payau
  • Nasi Putih Ayam Penyet Crispy
  • Snowy Cheese Green Tea
  • Lemon Madu Panas
Encik Suami - Nasi Putih Ayam Bakar Harimau Menangis

Amie - Nasi Putih Kambing Bakar Harimau Menangis

Firdaus - Nasi Putih Ayam Penyet Crispy

Chicken Spring Roll

Amie & Encik Suami - Lemon Tea Panas

Firdaus - Snowy Cheese Green Tea

Firdaus - Thai Green Tea Bingsoo


Thai Green tea Bingsoo ini kami minta dihidangkan selepas makan. Jadi, dapatlah santai-santai kongsi  menikmatinya, kongsi dengan Firdaus.

Kita banyak ketinggalan keretapi, banyak resipi belum diicuba di dapur sendiri. Mudah-mudahan ada mambang rajin singgah ke dapur sebab kita hendak olah sendiri menu Harimau Menangis. Rasanya hendak cuba resipi KA.


Restoran Harimau Menangis Sandakan, Sabah.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Switzerland ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe