Hadiah Tumbler Cristiano Ronaldo daripada Notie

2:22 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, keletihan balik dari ladang setelah selesai melaksanakan kelas tambahan. Sampai di rumah, Encik Suami angkat masuk ke dapur sarang berisi telur ayam 30 biji. Kata Encik Suami, Fairuz yang beli dan letak di meja luar rumah. Di atasnya ada satu bungkusan. Encik Suami kata, bungkusan itu Fairuz punya tapi tak dibuka dan tidak dibawa masuk ke dalam rumah. Mungkin Fairuz tergesa-gesa, selepas beli telur dia ternampak bungkusan di pagar tapi dia tinggalkan dan terus ke tempat kerjanya.

Selepas solat asar Amie masak seadanya di dapur. Tak sabar hendak bersihkan diri, mandi dan berehat. Ketika azan isya berkumandang, Fairuz ketuk pintu bilik dan hulur bungkusan yang Amie nampak di atas sarang telur petang tadi. Katanya, ini bungkusan Mommy dari Shoppe. Kita kata, bukan! Biasanya barang yang dibeli secara online Amie gunakan alamat ladang dn bukan alamat rumah.

Fairuz kata, memang betul bungkusan untuk Amie sebab ada nama kita tertera di situ. Dengan ragu-ragu kita minta Fairuz buka. 

Wah, tumbler Cristiano Ronaldo!
Fairuz menjerit kecil. Seronok sungguh Fairuz memegang tumbler tersebut dan katanya: Mommy bagi sayalah!

Eh...ehhh...eehhh! Baru teringat GA Meriahkan Piala Dunia di blog NOTIE - SAJE SUKA-SUKA. Ya ampun! Macamanalah kita boleh terlupa! Terus kita terjah rumah Notie. Memang nama kita turut tersenarai sebagai penerima hadiah GA : Meriahkan Piala Dunia.

Dengarnya Notie sudah jadi YB. Semoga Notie gembira menjalani hari-hari sebagai YB. Teringin hendak travel bersama Notie. Kena zikirlah banyak-banyak supaya ada rezeki bertemu dan travel bersamanya. Boleh duduk sebelah bangku atau kapal terbang, boleh tidur sebilik dan sembang macam-macam!


Ini dia hadiah kiriman daripada Notie - Tumbler gambar Cristiano Ronaldo. Sesungguhnya kita salah seorang peminat hero bola sepak ini! Waktu jalan-jalan ke Portugal 2025, sempat melihat dari jauh rumah Cristiano Ronaldo dari jauh. Hari ini gambar beliau ada di depan mata, dan boleh selalu disentuh sewaktu minum!

Teruja punya pasal, pagi tadi Amie isi tumbler dengan air panas menggantikan tumbler yang biasa Amie bawa ke ladang. Ada kelas di awal pagi, jadi sementara menunggu semua anak getah sampai dapatlah ambil gambar tumbler nan cantik ini.


Seronok betul apabila buat pertama kali dapat tumbler yang mempunyai bacaan suhu!


Ada penapisnya pula.


Cristiano Ronaldo - Google

Walaupun ramai yang sudah mengenali Cristiano Ronaldo tapi kita hendak tulis juga serba sedikit tentang pemain bola sepak lagenda ini. Beliau seorang pemain bola sepak profesional dari Portugal yang dianggap sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Beliau dilahirkan pada 5 Februari 1985 di Funchal, Madeira, Portugal. Ronaldo terkenal dengan gelaran CR7, gabungan huruf awal namanya dan nombor jersinya.

Kerjayanya bermula di kelab Sporting CP sebelum berpindah ke Manchester United pada tahun 2003. Di sana beliau muncul sebagai bintang dunia. Selepas itu beliau menyertai Real Madrid dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab tersebut. Beliau kemudian bermain untuk Juventus sebelum kembali ke Manchester United, dan kini bermain untuk Al-Nassr.

Cristiano Ronaldo

Antara pencapaian hebat Ronaldo ialah:
  • Memenangi 5 kali anugerah Ballon d'Or.
  • Memenangi 5 gelaran Liga Juara-Juara UEFA.
  • Menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki.
  • Menjadi pemain dengan jumlah penampilan antarabangsa lelaki terbanyak untuk Portugal.
  • Menjaringkan lebih 970 gol dalam kerjaya profesionalnya.

Cristiano Ronaldo - Google

Bersama pasukan kebangsaan Portugal, Ronaldo mengetuai negaranya menjuarai UEFA Euro 2016, iaitu trofi utama pertama dalam sejarah Portugal.

Selain kejayaan di padang, Ronaldo juga terkenal kerana disiplin latihan yang luar biasa, menjaga pemakanan, dan semangat bekerja keras. Ramai peminat menganggap beliau sebagai contoh bahawa bakat yang digabungkan dengan usaha gigih boleh membawa seseorang mencapai kejayaan luar biasa.

Fakta menarik: Ronaldo berasal daripada keluarga sederhana, tetapi melalui latihan dan ketekunan, beliau berjaya menjadi salah seorang atlet paling terkenal dan berpengaruh di dunia


Bekas air warna ungu di belakang itu berisi air kosong dan di depannya tumbler Cristiano Ronaldo berisi air panas. Beginilah bekalan dua jenis air setiap kali  ke ladang.


Terima kasih banyak Notie. Semoga dilipatgandakan segala rezeki dari pelbagai penjuru termasuk kesihatan yang berpanjangan, ketenangan dan keberkatan hidup serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin.

3 comments

  1. Sayapun sukaaaaa dengan CR 👍👍. Krn image pun baiiiik sangat, terutama terhadap keluarga.

    Baguuuus kak tumblernya. Saya blm ada juga Tumbler dengan penunjuk suhu. Jadi nak cari

    BalasPadam
  2. Terima kasih doanya. InsyaAllah mudahan ada rezeki kita travel bersama.

    BalasPadam
  3. tahniahnyer., me pon dpt tumbler jugak., hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Switzerland ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe