Menjelajah Jantung Madrid

10:14 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya cerita ini sudah lama berlalu, pada 12 Februari 2025 nun di Madrid. Selepas entri Stadium Santiago Bernabéu: Ikon Bola Sepak Madrid, terus tergencat untuk tulis entri seterusnya. Setiap kali terpandang gambar-gambar di kota Madrid, seolah-olah meminta untuk dijadikan entri. Mana aci katanya. Tempat lain dibuat entri tapi gambar-gambar di Madrid dianaktirikan pula... ahaks!

Wokey, marilah kita buat entri bertajuk Menjelajah Jantung Madrid.

Sudah tentu Madrid mempunyai sejarah yang panjang dan menarik, daripada sebuah penempatan kecil kepada ibu negara Sepanyol:
  • Bermula sebagai kubu Islam (abad ke-9) Madrid diasaskan sekitar tahun 860 Masihi oleh pemerintah Islam dari Emiriah Córdoba. Ketika itu ia dikenali sebagai Mayrit atau Magerit, yang bermaksud tempat yang mempunyai banyak sumber air. Sebuah kubu dibina untuk mempertahankan kawasan tengah Semenanjung Iberia daripada serangan kerajaan Kristian di utara.
  • Ditawan oleh kerajaan Kristian pada tahun 1083.
    Alfonso VI menawan Madrid. Selepas itu, bandar ini berkembang sebagai sebuah bandar kecil di bawah pemerintahan Kristian, walaupun masih didiami oleh orang Islam, Kristian dan Yahudi.
  • Menjadi ibu negara Sepanyol.
    Perubahan terbesar berlaku pada tahun 1561 apabila Philip II memindahkan pusat pemerintahan Sepanyol dari Toledo ke Madrid. Sejak itu, Madrid menjadi ibu negara dan terus berkembang menjadi pusat politik, kebudayaan dan ekonomi negara.
  • Zaman kegemilangan Pada abad ke-16 dan ke-17, Sepanyol muncul sebagai sebuah empayar besar. Madrid berkembang pesat dengan pembinaan istana, gereja, dataran dan bangunan pentadbiran yang masih dapat dilihat hingga hari ini.
  • Madrid moden:
    Madrid melalui pelbagai cabaran termasuk peperangan, terutama semasa Perang Saudara Sepanyol. Selepas itu bandar ini dibangunkan semula dan kini menjadi antara bandar paling penting di Eropah.

Hari ini, Madrid terkenal dengan Puerta del Sol iaitu pusat bandar yang menjadi titik permulaan jalan-jalan utama Sepanyol. Terdapat Plaza Mayor, dataran bersejarah yang menjadi tempat pelbagai acara sejak berabad-abad. Royal Palace of Madrid pula merupakan istana rasmi keluarga diraja Sepanyol. manakala Almudena Cathedral  sebagai katedral utama yang terletak bersebelahan istana.

Kami  sempat berjalan di kawasan bersejarah Madrid, termasuk sekitar Puerta del Sol dan kawasan beli-belah yang menghubungkannya dengan Plaza Mayor serta Gran Vía. Kawasan itulah yang menjadi nadi kehidupan Madrid sejak ratusan tahun dahulu.

Menariknya, walaupun Madrid kini sangat moden, kesan pemerintahan Islam masih boleh ditemui pada nama asal bandar itu, beberapa tinggalan tembok lama, dan pengaruh seni bina yang menjadi sebahagian daripada sejarah awal kota ini.

Gambar kenangan di Puerto del Sol, iaitu dataran paling terkenal di pusat bandar  atau jantung kota Madrid.

Papan tanda 'TIO PEPE' merupakan ikon terkenal Puerto del Sol.


Pada mulanya Amie dan Kam hendak bergambar berhampiran Patung Beruang dan Pokok Strawberi (El Oso y el Madroono) lambang rasmi bandar Madrid. Akan tetapi setiap kali hendak bergambar ada sahaja  'bingkai' di kiri atau kanan. Jadi kami tinggalkan dahulu tempat ini untuk jelajah tempat lain. Nanti bolehlah ambil gambar lagi. 

Kami hanya berjalan kaki sahaja ke beberapa tempat seperti:

  • Plaza del Callao, dataran yang terkenal dengan pawagam, papan iklan digital gergasi dan suasana bandar yang meriah.
  • Gran Vía, jalan membeli-belah paling popular di Madrid, dipenuhi butik, teater dan restoran.
  • Puerto del Sol, dataran ikonik yang menjadi titik tengah bandar Madrid.
  • Plaza Mayor, dataran bersejarah yang terkenal dengan seni bina klasik Sepanyol.





Kami bergerak ke Gran Via dan tempat terletaknya Hard Rock & Cafe Madrid. Hard Rock Cafe  Madrid sebenarnya  terletak agak jauh dari Puerto del Sol. Kami berjalan lebih dua kilometer untuk sampai ke sini, berhampiran Plaza  de Colon.


Peserta rombongan yang berminat dengan Hard Rock berpusu-pusu masuk, tetapi kami berada di luar sahaja. Mungkin mereka membeli cenderamata yang digemari seperti T-shirt, magnet peti sejuk atau pin Hard Rock. 

Rasanya cukuplah sekali masuk Hard Rock Cafe Lisboa sewaktu kami jalan-jalan ke Portugal sebelum ini.

Hard Rock Cafe Madrid

Kata Kamsiah, tangkap gambar jugalah di Hard Rock Cafe Madrid untuk pengesahan kehadiran... ahaks!


Tidak lepaskan peluang memasuki gedung kosmetik di El Corte  Ingles Sol.




Bergambar di hadapan El Corle Ingles.


Kami berada di kawasan Gran Vía – Callao dan bergambar di hadapan El Corte Inglés.
Di kiri kanan terlihat suasana bangunan-bangunan moden dan gedung membeli-belah terkenal. Ketika berjalan di sepanjang Gran dapatlah melihat banyak kedai jenama antarabangsa seperti Zara, Mango, Primark dan butik-butik lain.


Gran Via menyambut kami dengan cuaca yang dingin tetapi langit cerah. Dari situ kami berjalan  menyusuri lorong yang sentiasa sibuk dengan pelancong dan warga tempatan. Di kiri kanan tersusun pelbagai butik terkenal, kafe dan bangunan bersejarah yang masih kekal megah.



Amie dengan Kamsiah terus berjalan di kedai-kedai berhampiran. Ambillah juga beberapa keping gambar tempat makan yang dilalui.





Kami singgah di kedai cendera kenangan.


Banyak key chain dan fridge magnet yang cantik tetapi tak sempat ambil gambar sebab sibuk memilih! Di sini harganya agak murah iaitu sekitar 3 EURO.





Akhirnya setelah berjalan-jalan sekitar dua jam, kami kembali semula ke tempat berkumpul iaitu Puerta del Sol, dataran ikonik jantung Madrid. Nampaknya Patung Beruang dan Pokok Strawberi masih dipenuhi pengunjung yang hendak bergambar.

Madrid 1967-2017

Apa boleh buat. Kalau hendak tunggu tiada orang untuk berganbar, sampai malamlah jawabnya kami kena berada di sini! Patung Beruang dan Pokok Strawberi (El Oso y el Madroono) ini merupakan lambang rasmi bandar Madrid.




Gambar-gambar di bawah ini Amie sudah tidak ingat namanya. Tapi sebab suka melihat warna langit, Amie paparkan di sini buat kenang-kenangan.










Kami berada di kawasan Galería Canalejas, tidak jauh dari Puerto del Sol. Bangunan bersejarah ini kini menempatkan butik-butik jenama mewah seperti Hermès, Louis Vuitton, Cartier dan lain-lain.



Amie biasa juga dengar jenama Hermes dan antara produk Hermès yang paling terkenal termasuklah:
  • Beg tangan Birkin  yang dianggap antara beg tangan paling eksklusif di dunia.
  • Beg Kelly beg yang dinamakan sempena Grace Kelly, Puteri Monaco.
  • Skaf sutera.
  • Tali pinggang dengan kepala huruf "H".
  • Jam tangan, kasut dan minyak wangi.
Harga beg Hermès memang sangat tinggi. Sebagai gambaran, beg Picotin boleh bermula sekitar RM15,000–30,000. Beg Kelly atau Birkin lazimnya RM50,000 hingga melebihi RM200,000, bergantung pada saiz, jenis kulit dan edisi khas. Malah ada model yang dijual semula pada harga lebih tinggi kerana permintaannya sangat tinggi.


Hermès berasal dari Perancis dan diasaskan pada tahun 1837. Pada asalnya, syarikat ini menghasilkan pelana dan peralatan menunggang kuda sebelum berkembang menjadi jenama fesyen mewah.


Bergambar di depan butik Hermes pun jadilah.


Ini sahajalah ceritanya selama dua jam Menjelajah Jantung Madrid pada 12 Februari 2025 lalu.

7 comments

  1. Sepanyol Juara bola sepak 2026. Bila dengar perdana menteri dia sokong Palestine Dan tak suka Israel terus sokong Sepanyol. Bangunan lama dia betul macam sejarah Islam masih bertapak. Agaknya kat dalam entah macamana ye. Hermes emm tau sebut je lah.

    BalasPadam
  2. Dasyat harga jenama. Orang kaya terlajak jela pakai.

    BalasPadam
  3. Part lalu depan Galería Canalejas & butik Hermès tu paling 'relatable'! Bergambar depan pintu kedai pun dah kira lalu pengesahan kehadiran kan, Kak Amie? 😂 Tengok harga beg Hermès tu memang mampu tengok & sebut je la..suami SA cakap baik beli rumah ke..kereta ke, tapi pengisian sejarah Madrid dan senibina bangunan kat sana memang sangat menarik

    BalasPadam
  4. Kesian trip Madrid dianaktirikan. hihi..Nampak seragam je bangunan kat sini. Banyak bangunan ada patung-patung. Kenalah berposing sakan kat sini. Bergambar depan Hermes pun jadilah kan Kak Amie.
    HRC Ada peminatnya, mesti singgah kalau kemana-mana cari koleksi.
    Comelnya Fridge magnet tu.

    BalasPadam
  5. Wajib ambil kehadiran hehe .. .
    Cantik gambar bangunan berlatarkan langit membiru 🩵

    BalasPadam
  6. bandar Madrid mengekalkan senibina lama bersejarah xnmpak kesibukannya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

RESIPI AMIE - SAJI - OGOS 2017

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2015

RESIPI AMIE - AROMA - JANUARI 2013

RESIPI AMIE - AROMA - MEI 2014

RESIPI AMIE - JELITA - DISEMBER 2014

RESIPI AMIE - SAJI - MEI - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - JULAI 2015

RESIPI AMIE - IBU & ANAK - JULAI 2015

RESIPI AMIE - SAJI -OGOS - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2016

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2017

RESIPI AMIE - SAJI - FEBRUARI 2017

RESIPI AMIE - SAJI - JANUARI 2017

RESIPI AMIE -SAJI - MEI 2016

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Switzerland ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe