Air Borneo - MAS - Qatar Airways : Terbang ke Italy & Switzerland

10:33 PG

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru berkesempatan untuk menulis perjalanan ke Italy dan Switzerland penghujung Mei hingga awal Jun 2026 lepas. Biasanya sekembalinya dari mengembara, rasa teruja untuk cepat-cepat menulis, kongsikan pengalaman. Berbeza pula untuk kali ini, lebih sebulan lamanya setelah kembali ke sarang, barulah hendak menulis.

Secara umum, pandangan pelancong terhadap Switzerland sangat positif. Negara ini sering dianggap antara destinasi pelancongan terbaik di dunia kerana gabungan keindahan alam semula jadi, keselamatan dan kemudahan pengangkutan.

Antara perkara yang paling dipuji termasuklah:
  • Pemandangan yang menakjubkan misalnya Gunung Alps, tasik yang jernih, padang rumput hijau dan kampung yang cantik seolah-olah seperti dalam poskad.
  • Sistem kereta api yang cekap, sangat tepat pada waktunya, bersih dan memudahkan pelancong bergerak dari satu bandar ke bandar lain.
  • Selamat dan bersih sehingga ramai pelancong berasa selesa berjalan kaki walaupun pada waktu malam.
  • Udara segar dan suasana tenang, sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat daripada kesibukan bandar.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara yang sering menjadi rungutan seperti:
  • Kos yang sangat tinggi seperti makanan, hotel, pengangkutan dan cenderamata antara yang paling mahal di Eropah.
  • Pilihan makanan halal yang terhad di sesetengah kawasan luar bandar, walaupun bandar besar seperti Zurich dan Geneva mempunyai lebih banyak pilihan.
  • Kedai ditutup awal, terutama pada hari Ahad, menyebabkan pelancong perlu merancang pembelian lebih awal.
Namun begitu pengalaman keseluruhan juga bergantung kepada kualiti syarikat pelancongan yang dipilih.

Air Borneo - Google

Biasanya kami (Amie & Kamsiah) terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur, tetapi kali ini kami ubah hala. Pada 25 Mei 2026 kami terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat Air Borneo. Kami perlu daftar masuk di Kota Kinabalu Airport untuk Ke Kuala Lumpur. Jadi kami menempah tiket untuk penerbangan awal Lahad Datu - Kota Kinabalu pada pukul 0825. Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 1500.

Alhamdulillah, kami boleh daftar masuk terus dari Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur. Jadi setibanya di Kota Kinabalu tidak perlulah ambil beg dan daftar masuk semula untuk ke Kuala Lumpur.

Malaysia Airlines 

Kami terbang bersama MAS pada pukul 1500 dan setibanya di KLIA1 kami bermalam di Sama-Sama Hotel. Dapatlah berjumpa seketika dengan Hamzah dan ayah bondanya keesokan paginya., Kami sarapan di Chef Wan Cafe dan sebelum terbang ke Doha, kami makan tengah hari di Taco Bell pula.

Qatar Airways

Untuk sampai ke destinasi, kami terbang bersama Qatar Airways.
Pergi:
26 Mei 2026 - 1940 (07:40 malam)
27 Mei 2026 - 0255 (02:55 pagi)

Balik:
03 Jun 2026 - 1640 (04:40 petang)
04 Jun 2026 - 0305 (03:05 petang)


Amie bawa sebuah buku nota yang agak tebal bersama dua batang ball pen dakwat hitam. Biasanya tak cukup bawa sebatang pen, jadi kali ini bawa dua batang dan buku nota yang tebal sedikit. Balik dari kembara, tiada satu titik atau satu huruf pun tertulis di dalamnya.

Jadi, gigihkan jugalah menulis mana-mana kenangan yang masih melekat dalam ingatan ditambah dengan gambar yang ada. Kita mulakan dengan penerbangan Qatar Airways pergi dan balik. Waktu makan adalah masa yang sangat romantik kerana lampu tidak dibuka, dan hanya menikmati makanan di bawah kelam cahaya. Hendak ambil gambar pun susah, hasilnya tidak jelas. Amie minta bantuan ChatGPT untuk sempurnakan sedikit gambar hidangan kami.

Hidangan malam dari Kuala Lumpur ke Doha.

Qatar Airways : Kuala Lumpur - Doha
Terbang pada pukul 7:40 minit malam selama 7 jam 30 minit.
Makanan dalam penerbangan ini merupakan hidangan utama gaya Timur Tengah. Mula-mula kami diberikan sebungkus Crunchy Corn iaitu snek jagung rangup dan pilihan minuman ringan.
Untuk hidangan malam, Amie memilih Baked Seafood with Creamy Mashed Potato and Vegetables Served with Couscous, bread roll, dessert and juices. Pencuci mulutnya pula terdiri daripada Chocolate Brownie Cake dengan taburan badam. 

Selepas hidangan malam, kami diberi bungkusan berisi sekeping Lotus Biscoff iaitu biskut karamel yang sedap dan rangup. Pramugara dan pramugari melayani para penumpang sepanjang masa terutamanya mereka yang hendak minum samada minuman ringan atau soft drink,  jus buah atau minuman panas berupa teh atau kopi.

Kami transit di Hamad International Airport Doha selama 4 jam sebelum sambung terbang ke Milan, Italy.

Hidangan sarapan - Doha ke Milan.

27 Mei 2026, pukul 02.55 pagi Qatar Airways meninggalkan Hamad International Airport. Penerbangan kali ini mengambil masa lebih kurang 6 jam 20 minit untuk tiba di Milan Malpensa Airport. Jadi kami jaga wudhu' agar sampai ke waktu subuh kerana kami solat dalam kapal terbang.

Sarapan awal pagi dalam penerbangan Qatar Airways ini merupakan gabungan sarapan Barat dan antarabangsa yang lengkap, seimbang dan mengenyangkan untuk penerbangan jarak jauh Doha ke Milan.

Makanan pertama yang diedarkan merupakan sandwich pelbagai inti. Amie memilih Sandwich Inti Ayam. Di dalamnya ada ayam cincang atau chicken mayo. Dalam keadaan mengantuk, memang belum datanglah selera untuk menjamahnya. Jadi Amie simpan sandwich ini di dalam beg.

Untuk hidangan sarapan  Amie memilih western breakfast set with omelette, creamy spinach, chicken sausage, hashbrown, croissant, chicken sandwich, yogurt and fresh fruits. Mula-mula Amie makan buah potong yang terdiri daripada honeydew, nanas, anggur dan rock melon. Suka pula kita makan bayam yang dimasak bersama sos putih berkrim bersama omellete dan hashbrown. Selepas itu kita makan yogurt warna ungu, yang sedikit masam manis tapi menyegarkan. Mungkin ada campuran blueberry dan mixed berries.

Sedap pula croissant atau kita panggil roti bulan sabit yang dihidangkan dengan jem strawberi. Roti pastri dari Perancis yang berlapis-lapis ini rangup di luar tetapi lembut di dalam. Memang sesuai sangatlah dijadikan sarapan. Amie memilih minuman klasik, iaitu teh untuk kurangkan rasa dingin dan membantu badan kekal hangat dalam kabin pesawat yang sejuk.

Snek jagung rangup Crunchy Corn perisa krim masam dan bawang turut diberikan.

Terbang dari Doha ketika menjelang dinihari dan tiba di Milan, Italy ketika siang menjelma di kala matahari memancat terang.

Hidangan malam - Zurich ke Doha.

03 Jun 2026, kami terbang meninggalkan Switzerland dari Zurich Airport ke Hamad International Airpot Doha. Pesawat Qatar Airways meninggalkan Zurich Airpot pada pukul 04.40 petang. Penerbangan mengambil masa selama 6 jam 15 minit untuk sampai ke Doha.

Dalam penerbangan dari Zurich ke Doha Amie memilih  menu utama iaitu Creamy Chicken with Roasted Potatoes and Mushrooms kombinasi isi ayam dalam sos krim putih yang lembut, kentang panggang, cendawan, bawang Holland dan sedikit lobak merah sebagai pelengkap. Hidangan ini lebih menyerupai masakan ayam berkrim gaya Eropah.

Ada Quinoa Salad yang cantik terdiri daripada quinoa, tomato dadu, timun. herba segar dan dressing ringan. Ada multigrain Bread Roll juga. Pencuci mulut  kali ini ialah Toffee & Chocolate Chip Cheesecake. Di atas lapisan toffee (karamel) ditaburi serbuk biskut rangup. Cheesecake berkrim dihiasi dengan coklat cip dan kelihatannya sebagai pencuci mulut yang premium. Selain itu ada Vanilla Custard with Chocolate Chips yang lembut dihiasi taburan cip coklat halus.

Tidak ketinggalan sebungkus kecil Snek Crunchy Corn perisa bawang dan sos masam.
 
Hidangan malam - Doha ke Kuala Lumpur.

04 Jun 2026 - penerbangan dari Doha ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 7 jam 25 minit. Qatar Airways meninggalkan landasan pada pukul 03:05 petang dan sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 03:45 petang. Bunyinya seolah-olah penerbangan lebih 12 jam tetapi sebenarnya hanya 7 jam 25 minit sahaja. Hal ini disebabkan perubahan waktu mengikut zon dunia. Kuala Lumpur awal 5 jam berbanding Doha. Ketika ini memang sudah tidak kenal masa siang atau malam. Solat subuh di dalam pesawat. Apa yang Amie ingat, disebabkan terlalu mengantuk Amie terlelap pada rakaat kedua! Allahu Akbar! Boleh pula begitu. Amie ulang solat dan akhirnya dapat sempurnakannya.

Untuk hidangan kali ini Amie memilih Spaghetti Sayur (Vegetable Spaghetti) iaitu spaghetti yang digaul dengan sayur-sayuran seperti lada benggala merah, hijau dan kuning ditambah dengan sedikit minyak zaitun atau sos ringan. Di sebelahnya terdapat dua ketul makanan bersalut serbuk roti iaitu potato croquette (bebola kentang goreng). Salad quinoa pula dicampur dengan tomato dan herba. Rasanya ringan dan sedikit berlemak.

Pencuci mulutnya pula Toffee & Chocolate Chip Cheesecake, sama seperti yang dihidangkan dalam penerbangan Zurich - Doha. Yogurtnya pula  berperisa beri yang ringan. Hidangan dilengkapi dengan hirisan buah-buahan segar campuran rock melon (tembikai susu oren), honeydew dan anggur hitam. Ada roti  bijan dan air mineral botol. Amie minta teh panas panas. Biskut Lotus Biscoff turut diberikan. 

Kali ini Amie melihat pemandangan yang agak berbeza. Sewaktu Amie menuju ke tandas, para penumpang kelihatan lena berselimut! Boleh dikatakan semua penumpang tidur. Pesawat Boeing 777 ini memuatkan lebih 500 orang penumpang. Amie dan Kamsiah berada di tempat duduk barisan 47. Full house!

18 comments

  1. saya memang setujuuuuu sgt2 part kos tinggi tu...
    rasa mcm cukuplah sekali pergi
    tp betul ke cukup sekali? hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu pasal harga pakej tak termasuk lunch dan dinner.

      Padam
  2. Meriah hidangan menu di atas awan.

    BalasPadam
  3. That's an interesting trip, I always hope can traveling like that often

    BalasPadam
  4. menu atas awan jamu selera sedap tu

    BalasPadam
  5. Thank you untuk penceritaan pengalamn travelog yg jelas & gambar menu di atas awan yg menarik.

    BalasPadam
  6. Terang betul gambar makanan dalam flight yg kak Amie ambik ni. Kalau tak keberatan, boleh Kak Amie share berapa kos jalan2 ke Switzerland dan Itali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakej kami berdua RM21,484. Tak termasuk belanja tiket penerbangan LD -KK-KL. Lunch dan dinner beli sendiri.

      Padam
  7. Kak Emie, nampak sedap dan menarikla menunya..walaupun tak cukup cahaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menu antarabangsa kononnya tu, nampak premium kan🤭

      Padam
  8. Swiss wishlist saya. Beza time tu yg kadang buat pening kepala. Apa pun kalau naik flight suka minta air juice dia terutamanya oren. Emmmm yum yum

    BalasPadam
  9. Wishlist juga ni Swiss.. banyak kali baca juga kos agak tinggi untuk.ke negara yang terkenal.dengan keindahan semulajadinya ni.
    Ehh... entry Palestine dah habis ke kak?

    BalasPadam
  10. Cantiknya gambar flight dan bumi tu...
    Semua makanan sedap belaka

    BalasPadam
  11. Jujurnya kalau negara2 eropa barat ini, saya prefer pakai travel tour juga kak
    . Krn harga jadi jauuuh lebih murah drpd DIY. Belum lagi kerepotan hal2 transportasi dan lain2.

    Cuma skr ini saya blm tertarik kesana Krn mau fokus ke Negara2 anti-mainstream . Nanti kalau dah selesai, baru lah eropa barat .

    Mungkin next supaya tak lupa, Kaka bisa pakai voice recording di Hp untuk cerita tempat - tempat yg Kakak datangi, kuliner yg dicoba. Hotelnya etc. secara detil. Jadi tak payah tulis.

    Dulu sayapun tulis. Tp skr ini lebih suka pakai voice recording. Langsung rekam, poin2nya saja. Nanti saat tulis ke blog, tinggal dengar ulang

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Switzerland ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe