Pie Epal Kulit Roti
12:43 PTGBismillahirrahmanirrahi.
Seminggu dua minggu ini kita asyik terbayang keenakan makan pie inti epal. Puas mencari kulit pastry di beberapa buah kedai tapi tak jumpa. Pagi tadi terpandang sebungkus roti Gardenia di atas meja. Mungkin Fairuz yang beli sebab kalau Encik Suami biasanya beli roti gandum. Baiklah gunakan roti Gardenia sebagai kulit pie.
Mula-mula Amie sediakan dahulu inti epal hijau dan sementara inti sejuk, Amie gelek roti hingga nipis dan potong bahagian kerak roti. Sebenarnya tak sabar hendak makan Pie Epal Kulit Roti disebabkan aroma epal hijau yang dimasak sangatlah harum menggoda. Amie bukan sahaja tambahkan serbuk kulit kayu manis tapi masukkan bersama simpulan daun pandan.
Hasil inti dari dua biji epal hijau Granny Smith, dapatlah lima keping pie saiz separuh roti dan dua keping saiz roti penuh. Setelah siap disapu dengan kuning telur dan taburan bijan hitam, Amie panggang 10 minit dalam air fryer,
| Pie Epal Kulit Roti |
| Resipi Pie Epal Kulit Roti Amie's Little Kitchen janaan AI. |
| Pie Epal Kulit Roti |
Amie makan dua keping saiz separuh roti. Kita pelawa Firdaus makan tetapi nampak macam kurang berminat. Encik Suami pula memanglah Amie faham, tidak akan makan walaupun tidak banyak kandungan menteganya.
| Pie Epal Kulit Roti |
Sebelum masak untuk makan tengah hari, Amie masuk ke bilik. Hendak berehat seketika sambil menyiapkan E-Rancangan Pengajaran Harian - terlambat hantar! Sepatutnya malam semalam kena hantar sebelum 11:59 malam. Penat punya pasal sebab kelmarin habiskan banyak masa dengan aktiviti kokurikulum di ladang, sampai terlupa tugas hakiki.
Tiba-tiba teringin hendak sambung makan Pie Epal Kulit Roti. Terasa-rasa harumnya inti pie dan rasa masam manis epal hijau dengan perah jus lemon serta campuran gula perang. Kita pun mesej Firdaus minta hantar sekeping. Rasanya sambil menulis entri sambil makan pie epal tentu dapat kongsi rasa sebenar Pie Epal Kulit Roti.
Firdaus ketuk pintu dan terus masuk bilik:
Mommy. Minta maaf. Pie epal sudah habis.
Firdaus makankah?
Ya, habis semua Firdaus makan.
Sedapkah?
Ya, sedap sangat. Minta maaf ya Mommy.
Firdaus pegang tangan kita tanda bersungguh-sungguh meminta maaf.
Tidak apa. Kalau Daus suka makan, nanti kita buat lagi.
Terima kasih Mommy!
Terima kasih Mommy!
Alhamdulillah.
Biarlah habis sebab dimakan.
Jangan terbiar dan membazir kemudian dibuang.
Rezeki Amie dapat makan dua keping Pie Epal Kulit Roti. Sangkaan Amie, kalau tidak habis dimakan petang nanti boleh panaskan semula.
9 comments
cantik betul kejadiannya
BalasPadamkalah yg kat kedai punya tu ;-)
udah rasa segigit, sedar² habis semua..takpe Firdaus, mak² ni, kalau makanan habis, lagi kami suka..
BalasPadamnampak sedapp..
BalasPadamSelamat mengepai selera.
BalasPadamMenariknya ni baru tengok gambar. Dah tentu sedap habis Firdaus makan. Kena repeat buat lagi la tu.
BalasPadamBaru saya tahu, kulit pastry boleh diganti dengan roti.
BalasPadamHasil masakan kak Amie tentunya sedap, tak mungkin Daun tak suka kan 😀
tak nampak macam pakai roti pun. macam pakai pastry puff je!
BalasPadamwahh suka firdaus ye sampai habiskan semua
Boleh cuba lepas ni anak bongsu suka apple pie mcD tu
BalasPadamMelihat nya saja saya dah sukaaaa 😍😍😍. Apple pie itu fav kue yg saya sukaaa sangat. Apalagi kalau isian Apple wangi dengan aroma kayumanis.
BalasPadamFirdaus memang baik Budi sangat 👍👍👍. Sopan cara dia meminta maaf ☺️😍