Ikan Patin Bakar Sambal
8:36 PGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari Sabtu - sebaik sahaja selesai aktiviti di ladang, kami terus gerak ke Tawau. Semua beg berisi pakaian sudah siap dimasukkan dalam bonet kereta. Jadi tidak perlu pulang ke rumah lagi. Abang Farid sudah tempah penginapan di Marco Polo Hotel.
Dalam perjalanan ke Tawau, kami singgah cari makan tengah hari di Kunak. Sudah tentulah kami pilih Warung Senduk Jebat. Banyak kali juga kami makan di sini kerana selalu teringat-ingat lauk-pauk dari laut yang masih panas!
Kami memesan:
- Ikan Patin Bakar Sambal
- Sotong Goreng Salut Tepung
Lauk-pauk lain kami layan diri:
- Singgang Kepala Ikan Putih
- Ulam-ulaman
- Kerabu Mangga
| Ikan Patin Bakar Sambal |
| Walaupun sudah bersalur sambal sewaktu dibakar, diletakkan juga sambal pencicah sewaktu menghidang. |
| Nasi Putih + Tempe + Tauhu Goreng |
| Kepala Ikan Putih Masak Singgang |
Walaupun ada Ikan Patin Bakar Sambal, Encik Suami tetap mencari masakan rebus-rebus. Katanya walaupun ikan bakar tetapi guna banyak minyak. Encik Suami juga tidak tahan makan pedas. Dipilihnya Kepala Ikan Putih Masak Singgang.
Besar juga saiz kepala ikan putih yang Encik Suami pilih. Amie ambil kesempatan makan mata ikan yang besar itu.... ahaks!
Jeruk bawang putih itu Encik Suami punya. Amie ambil budu dan Firdaus minta ambilkan sambah tomato. Walaupun Amie beritahu Firdaus, ada sambal ikan patin tetapi dia tetap juga minta sambal tomato!
| Sambal Tomato |
| Ulaman - jantung pisang, ulam raja dan tomato ceri. |
| Kerabu Mangga |
Memandangkan lauk dan ulaman sudah tersedia di atas meja, jadi Encik Suami terus makan dahulu. Setelah Encik Suami selesai makan, barulah sampai Ikan Patin Bakar Sambal dan Sotong Goreng Salut Tepung.
| Sotong Goreng Salut Tepung |
Puaslah Firdaus meratah Sotong Goreng Salut Tepung sampai ke janggut-janggutnya! Tak sangka pula dia makan sampai ke ekor Ikan Patin Bakar Sambal!
Amie beritahu Encik Suami, cukuplah berasa penat di ladang. Amie tak mahu tambah penat ketika di rumah. Amie hendak banyak berehat dan tak mahu masak... ahaks! Jadi, bawalah kami jalan-jalan di hujung minggu.
0 comments