Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum balik ke LD, kami singgah cari makan tengah hari di Restoran Harimau Menangis. Melihat nama Restoran Harimau Menangis, seperti hendak makan harimau pula... ahaks!
Dengar ceritanya nama Harimau Menangis atau Tiger Cry berasal daripada hidangan Thai yang terkenal, iaitu Suea Rong Hai. Terdapat beberapa cerita dan simbolik di sebalik nama yang unik ini antaranya:
- Legenda daging yang terlalu sedap.Ada cerita rakyat yang mengatakan harimau menangis kerana tidak dapat menikmati daging lembu panggang yang begitu lazat. Harimau yang terkenal sebagai pemangsa kuat pun kecewa lalu menangis apabila terlepas hidangan tersebut.
- Daging yang liat.Satu lagi cerita menyebut harimau menangis kerana daging bahagian tertentu yang digunakan agak liat dan sukar dikunyah, walaupun bagi seekor harimau.
- Sos yang pedas.Ada juga yang mengaitkannya dengan sos pencicah Thai yang sangat pedas sehingga membuat sesiapa yang memakannya mengalirkan air mata seperti sedang menangis.
Dari sudut simbolik, Harimau Menangis menggambarkan gabungan kekuatan, keghairahan terhadap makanan, dan emosi yang tercetus akibat rasa yang luar biasa sama ada kerana terlalu sedap, terlalu pedas atau terlalu kecewa tidak dapat menikmatinya.
Kesimpulannya,Restoran Harimau Menangis yang kami kunjungi di Sandakan ini besar kemungkinan mengambil inspirasi daripada hidangan Thai tersebut dan ingin menggambarkan makanan yang berani, pedas, dan memikat selera. Nanti kita lihat apa hidangan yang ditawarkan di restoran ini.
| Restoran Harimau Menangis |
Harimau Menangis (Bahasa Thai: เสือร้องไห้ , suea rong hai) ialah sejenis masakan dari timur laut Thai yang terdiri daripada daging dada lembu yang diperisa dengan rempah-ratus serta dipotong dalam kepingan-kepingan kecil. Harimau menangis lazimnya dimakan bersama pulut serta makanan-makanan utama lain. Istilah harimau menangis merupakan terjemahan daripada nama asal Thai. Sejarah di sebalik nama makanan tersebut adalah mengenai seekor harimau betina yang kehilangan anaknya, harimau betina tersebut mencari anaknya sambil mengigit sekeping daging dimulutnya untuk diberikan kepada anaknya kerana dikhuatiri anaknya yang telah hilang beberapa hari itu sedang kelaparan. Setelah penat mencari, akhirnya ibu harimau tiba di suatu tempat dan menemukan anaknya. namun, alangkah sedihnya ibu harimau tersebut kerana menjumpai anaknya itu sedang bergembira di tiger show. Lalu ibu harimau menangis kekecewaan dan airmatanya jatuh dan terkena daging yang dibawanya. Ibu harimau meletakkan daging tersebut dan meninggalkan tempat itu. Daging tersebut telah dijumpai oleh salah seorang penduduk disitu. Lalu beliau memasaknya. Begitu lah terciptanya nama daging harimau menangis.
Sumber : Harimau Menangis
Sumber lain mengatakan bahawa terdapat satu bahagian lembu dekat dengan batang pinang yang juga dipanggil tenderloin. Daging di kawasan tersebut dikatakan paling lembut dan digambarkan seolah-olah cair di mulut apabila dimakan.
Cerita yang lain tentang Daging Harimau Menangis ini adalah sebab mulut dan gigi harimau tidak boleh mencapai bahagian daging itu kerana kedudukannya di celah tulang belakang lembu. Disebabkan kesukaran ini harimau pun menangis sebab tidak dapat makan bahagian daging tersebut.
| Sup Kawah Tulang Rusa / Payau |
Di Restoran Harimau Menangis, kami memesan hidangan:
- Chicken Spring Roll
- Thai Green Tea Bingsoo
- Nasi Putih Ayam Bakar Harimau Menangis
- Nasi Putih Kambing Bakar Harimau Menangis
- Sup Kawah Tulang Rusa / Payau
- Nasi Putih Ayam Penyet Crispy
- Snowy Cheese Green Tea
- Lemon Madu Panas
| Encik Suami - Nasi Putih Ayam Bakar Harimau Menangis |
| Amie - Nasi Putih Kambing Bakar Harimau Menangis |
| Firdaus - Nasi Putih Ayam Penyet Crispy |
| Chicken Spring Roll |
| Firdaus - Snowy Cheese Green Tea |
| Firdaus - Thai Green Tea Bingsoo |
Thai Green tea Bingsoo ini kami minta dihidangkan selepas makan. Jadi, dapatlah santai-santai kongsi menikmatinya, kongsi dengan Firdaus.
Kita banyak ketinggalan keretapi, banyak resipi belum diicuba di dapur sendiri. Mudah-mudahan ada mambang rajin singgah ke dapur sebab kita hendak olah sendiri menu Harimau Menangis. Rasanya hendak cuba resipi KA.
| Restoran Harimau Menangis Sandakan, Sabah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan