Menjelajah Jantung Madrid
10:14 PGWokey, marilah kita buat entri bertajuk Menjelajah Jantung Madrid.
- Bermula sebagai kubu Islam (abad ke-9) Madrid diasaskan sekitar tahun 860 Masihi oleh pemerintah Islam dari Emiriah Córdoba. Ketika itu ia dikenali sebagai Mayrit atau Magerit, yang bermaksud tempat yang mempunyai banyak sumber air. Sebuah kubu dibina untuk mempertahankan kawasan tengah Semenanjung Iberia daripada serangan kerajaan Kristian di utara.
- Ditawan oleh kerajaan Kristian pada tahun 1083.
Alfonso VI menawan Madrid. Selepas itu, bandar ini berkembang sebagai sebuah bandar kecil di bawah pemerintahan Kristian, walaupun masih didiami oleh orang Islam, Kristian dan Yahudi. - Menjadi ibu negara Sepanyol.
Perubahan terbesar berlaku pada tahun 1561 apabila Philip II memindahkan pusat pemerintahan Sepanyol dari Toledo ke Madrid. Sejak itu, Madrid menjadi ibu negara dan terus berkembang menjadi pusat politik, kebudayaan dan ekonomi negara. - Zaman kegemilangan Pada abad ke-16 dan ke-17, Sepanyol muncul sebagai sebuah empayar besar. Madrid berkembang pesat dengan pembinaan istana, gereja, dataran dan bangunan pentadbiran yang masih dapat dilihat hingga hari ini.
- Madrid moden:
Madrid melalui pelbagai cabaran termasuk peperangan, terutama semasa Perang Saudara Sepanyol. Selepas itu bandar ini dibangunkan semula dan kini menjadi antara bandar paling penting di Eropah.
Hari ini, Madrid terkenal dengan Puerta del Sol iaitu pusat bandar yang menjadi titik permulaan jalan-jalan utama Sepanyol. Terdapat Plaza Mayor, dataran bersejarah yang menjadi tempat pelbagai acara sejak berabad-abad. Royal Palace of Madrid pula merupakan istana rasmi keluarga diraja Sepanyol. manakala Almudena Cathedral sebagai katedral utama yang terletak bersebelahan istana.
Kami sempat berjalan di kawasan bersejarah Madrid, termasuk sekitar Puerta del Sol dan kawasan beli-belah yang menghubungkannya dengan Plaza Mayor serta Gran Vía. Kawasan itulah yang menjadi nadi kehidupan Madrid sejak ratusan tahun dahulu.
Menariknya, walaupun Madrid kini sangat moden, kesan pemerintahan Islam masih boleh ditemui pada nama asal bandar itu, beberapa tinggalan tembok lama, dan pengaruh seni bina yang menjadi sebahagian daripada sejarah awal kota ini.
| Gambar kenangan di Puerto del Sol, iaitu dataran paling terkenal di pusat bandar atau jantung kota Madrid. |
| Papan tanda 'TIO PEPE' merupakan ikon terkenal Puerto del Sol. |
Pada mulanya Amie dan Kam hendak bergambar berhampiran Patung Beruang dan Pokok Strawberi (El Oso y el Madroono) lambang rasmi bandar Madrid. Akan tetapi setiap kali hendak bergambar ada sahaja 'bingkai' di kiri atau kanan. Jadi kami tinggalkan dahulu tempat ini untuk jelajah tempat lain. Nanti bolehlah ambil gambar lagi.
Kami hanya berjalan kaki sahaja ke beberapa tempat seperti:
- Plaza del Callao, dataran yang terkenal dengan pawagam, papan iklan digital gergasi dan suasana bandar yang meriah.
- Gran Vía, jalan membeli-belah paling popular di Madrid, dipenuhi butik, teater dan restoran.
- Puerto del Sol, dataran ikonik yang menjadi titik tengah bandar Madrid.
- Plaza Mayor, dataran bersejarah yang terkenal dengan seni bina klasik Sepanyol.
| Hard Rock Cafe Madrid |
| Bergambar di hadapan El Corle Ingles. |
| Madrid 1967-2017 |
Amie biasa juga dengar jenama Hermes dan antara produk Hermès yang paling terkenal termasuklah:
- Beg tangan Birkin yang dianggap antara beg tangan paling eksklusif di dunia.
- Beg Kelly beg yang dinamakan sempena Grace Kelly, Puteri Monaco.
- Skaf sutera.
- Tali pinggang dengan kepala huruf "H".
- Jam tangan, kasut dan minyak wangi.
Ini sahajalah ceritanya selama dua jam Menjelajah Jantung Madrid pada 12 Februari 2025 lalu.
9 comments
Sepanyol Juara bola sepak 2026. Bila dengar perdana menteri dia sokong Palestine Dan tak suka Israel terus sokong Sepanyol. Bangunan lama dia betul macam sejarah Islam masih bertapak. Agaknya kat dalam entah macamana ye. Hermes emm tau sebut je lah.
BalasPadamDasyat harga jenama. Orang kaya terlajak jela pakai.
BalasPadamPart lalu depan Galería Canalejas & butik Hermès tu paling 'relatable'! Bergambar depan pintu kedai pun dah kira lalu pengesahan kehadiran kan, Kak Amie? 😂 Tengok harga beg Hermès tu memang mampu tengok & sebut je la..suami SA cakap baik beli rumah ke..kereta ke, tapi pengisian sejarah Madrid dan senibina bangunan kat sana memang sangat menarik
BalasPadamKesian trip Madrid dianaktirikan. hihi..Nampak seragam je bangunan kat sini. Banyak bangunan ada patung-patung. Kenalah berposing sakan kat sini. Bergambar depan Hermes pun jadilah kan Kak Amie.
BalasPadamHRC Ada peminatnya, mesti singgah kalau kemana-mana cari koleksi.
Comelnya Fridge magnet tu.
Wajib ambil kehadiran hehe .. .
BalasPadamCantik gambar bangunan berlatarkan langit membiru 🩵
Cantik² bangunan dekat situ
BalasPadambandar Madrid mengekalkan senibina lama bersejarah xnmpak kesibukannya
BalasPadamTerimakasih sebab dah bawa saya jalan-jalan Madrid, secara maya.. but nice
BalasPadamNampak gaya "frame" nya masuk sekali lah dalam gambar.
BalasPadamHRC ni ramai peminatnya... ok lah kak.. bergambar tanda hadir.