Stadium Santiago Bernabéu: Ikon Bola Sepak Madrid
10:02 PTGIYIBismillahirrahmanirrahim.
Ketika menulis entri ini teringat rakan penoreh getah dari ladang kami, pada masa yang sama dia pergi ke Stadium Barcelona bersama anak isterinya. Mereka mengembara secara DIY. Trip kami tidak sampai ke sana, hanya sampai ke Stadium Santiago Bernabeu sahaja. Tidak kisahlah samada Stadium Barcelona atau Stadium Santiago Bernabeu di Madrid, bagi Amie sama sahaja sebab bukan peminat tegar sukan bola sepak... ahaks! Kalau pemain luar negara, yang Amie tahu hanya Christiano Ronaldo saja.
| Di hadapan Stadium Santiago Bernabeu, Madrid. |
Tidak banyaklah yang Amie tahu tentang stadium ini. Stadium Santiago Bernabéu ialah antara mercu tanda paling terkenal di Madrid dan simbol keagungan kelab Real Madrid. Terletak di kawasan Chamartín, stadium ini mudah diakses dengan metro dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Dibuka pada tahun 1947, stadium ini dinamakan sempena Santiago Bernabéu, presiden kelab yang berperanan besar membentuk Real Madrid sebagai kelab bertaraf dunia. Sepanjang sejarahnya, Bernabéu telah melalui beberapa fasa pengubahsuaian, termasuk renovasi moden yang menampilkan reka bentuk futuristik serta kemudahan bertaraf antarabangsa.
Bernabéu bukan sekadar gelanggang perlawanan, malah pernah menjadi pentas perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA, perlawanan antarabangsa, dan acara besar lain. Di dalamnya terdapat Muzium Real Madrid yang mempamerkan trofi, sejarah kelab dan legenda bola sepak.
Lawatan ke stadium ini memberikan pengalaman menyeluruh, dari tempat duduk penonton hingga ke kawasan eksklusif. Stadium ini mencerminkan gabungan sukan, sejarah dan identiti bandar Madrid, menjadikannya destinasi wajib dikunjungi bagi peminat bola sepak dan pengembara.
Peminat sukan bola sepak bolehlah membeli oleh-oleh eksklusif dari sini sebagai kenang-kenangan.
| Wah, ada RM di sini! |
| Walaupun tak kenal, tapi suka-suka tangkap gambar dari paparan skrin. |
Dan kami pun berjalan kaki menuju ke bas. Sambil-sambil itu rakamlah gambar pemandangan yang ada walaupun tak faham dan tak tahu apa bendanya.
Suka melihat suasana begini. Walaupun hanya melihat dari jauh, terasa pula harumnya bunga-bungaan segar yang dijual.
| Cantik juga beg ini. |
| Wokey, si belalai gergasi sedang menunggu kami! |
0 comments