Semoga Haiqal Cepat Sembuh

8:44 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu pertama sesi persekolahan, salah seorang anak murid kita, Haiqal tidak hadir ke sekolah. Menurut ibunya, Haiqal disyaki demam denggi. Dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan, Haiqal sering tidak hadir, masuk wad, keluar wad dan masuk wad semula. Pernah datang ke sekolah tetapi ibunya berpesan supaya kami beri perhatian kepadanya, dengan pesanan kalau nampak pucat tolong hubungi beliau supaya boleh ambil dari sekolah.

Setelah lebih tiga bulan di bawah rawatan Hospital LD, akhirnya keputusan sampel sumsum tulang menunjukkan Haiqal mengidap Aplastic Anemia. Menurut ibunya, esok Haiqal akan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. Mereka akan terbang pada pukul 1:25 petang.


Amie dan Rachma sempat menziarahi Haiqal pada 10 Jun 2024. Haiqal terpaksa dipisahkan dari pesakit lain, dan diletakkan di sebuah bilik khas.


Apa yang mampu Amie lakukan sebagai guru kelas untuk meringankan ujian dan dugaan ibunya yang menjaga siang dan malam ialah mencadangkan supaya dilakukan kutipan derma daripada murid, guru dan Team Sadaqah Jariah di sekolah. 

Semoga Haiqal kuatkan semangat melawan penyakitnya, dan akan sembuh dengan izin-Nya atas usaha dan ikhtiar yang telah dan sedang dilakukan. In syaa Allah Haiqal akan kembali sihat dan dapat meneruskan pembelajaran serta menduduki SPM tahun ini.


Dan semoga ibu Haiqal sentiasa sihat, diberi kesabaran dan ketabahan mengurus dan menjaga Haiqal sepanjang rawatannya.

15 comments

  1. Moga anak ini cepat sembuh....dapat ke sekolah dan jumpa kawan-kawan....

    BalasPadam
  2. Patuh doktor dan semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  3. AllahuAkbar. Semoga Allah ringankan kesakitan Haiqal dan pulihkan dia seperti sediakala

    BalasPadam
  4. Moga Haiqal cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan keluarga nya juga.

    BalasPadam
  5. In shaa Allah, Haiqal dikurniakan kesembuhan.

    BalasPadam
  6. Semoga cepat sembuh ye Haiqal 🤲

    BalasPadam
  7. Moga diberi kesembuhan dan kekuatan buat Haiqal... moga dipermudahkan semua nya ya

    BalasPadam
  8. Allahu.. semoga anakanda Haiqal diberi kesembuhan dan Allah permudahkan segala urusan keluarganya.

    BalasPadam
  9. moga Haiqal segera sembuh sediakala amiin

    BalasPadam
  10. Semoga haiqal diberi kesembuhan.. Aamin2

    BalasPadam
  11. Betul tindakan mengutip derma tu kerana wang antara yg penting ketika menjaga orang sakit. Semoga Haiqal cepat sembuh ya.

    BalasPadam
  12. Ya Allah sedihnyaaa 😔.. semoga Haikal diangkat penyakitnya oleh Allah.

    BalasPadam
  13. Ya allah berikanlah kesembuhan buat anak ini..semoga dipermudahkan urusan rawatan Haiqal...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe