Pagi Yang Pahit di Istanbul!
11:49 PGBismillahirrahmanirrahim.
Day 11:
23 February 2024 - Friday
City tour of Istanbul with local Turkish guide. Visit of Grand Bazaar. Free time in the afternoon. Dinner and overnight.
Kami dijadualkan akan memulakan aktiviti pada pukul 8:30 pagi, menaiki bas menuju ke kota Istanbul. Selepas sarapan, kami mengambil passport masing-masing di kaunter. Memandangkan masih ada masa selama setengah jam lagi, jadi kami pun masuk ke bilik semula. Bolehlah qadha' hajat dengan lebih selesa. Ketika Kamsiah di dalam bilik air, Amie membuka beg sandang untuk melihat mata wang lira yang akan digunakan sepanjang berada di Istanbul.
Amie duduk di atas katil, buka zip beg sandang dan buka lagi zip di bahagian dalam beg tempat letak dua pucuk sampul berisi mata wang LIRA (TRY).
Eh, tiada pula kedua-dua sampul tersebut.
Kita buka poket beg yang lain. Sampul berisi mata wang EURO tidak berusik.
Sekali lagi kita periksa poket berzip berisi sampul mata wang LIRA.
Memang tiada!
Sekali lagi kita periksa poket berzip berisi sampul mata wang LIRA.
Memang tiada!
Kita periksa ketiga-tiga poket berzip dan semua ruangan poket yang ada.
Yang ada hanya sampul berisi mata wang EURO, dua utas gelang dan tiga bentuk cincin emas yang Amie simpan sewaktu pemeriksaan KLIA - Dubai yang meminta kami lepaskan semua barang kemas dari badan untuk diimbas.
Mata wang LIRA tetap tidak ditemui.
Sebaik sahaja Kamsiah keluar dari bilik air, Amie terus berkata:
Kam, duit LIRA aku tidak ada dalam beg.
Hah?
Kam, duit LIRA aku tidak ada dalam beg.
Hah?
Kamsiah kelihatan sangat terkejut.
Cuba periksa betul-betul dalam beg. Mana tahu terselit.
Amie tuang semua benda yang ada dalam beg sandang. Sekarang beg sandang kosong!
Cuba periksa betul-betul dalam beg. Mana tahu terselit.
Amie tuang semua benda yang ada dalam beg sandang. Sekarang beg sandang kosong!
Sah! Duit LIRA memang tidak ada!
Mata Wang Turki : TRY |
Kami dinasihatkan membawa mata wang LIRA (TRY) untuk kegunaan sepanjang berada di Turki. Sewaktu di Bulgaria, Amie ada memeriksa beg dan memang duit tersebut ada di dalam sampulnya.
Untuk kegunaan selama dua hari berada di Istanbul, Amie hanya menukar sebanyak RM750.00 menjadikannya kepada 2775 LIRA. Cukuplah sekadar untuk makan-makan dan membeli cendera kenangan sekiranya ada yang berkenan.
Tapi sekarang semuanya lesap!
1 LIRA pun tidak ditinggalkan dalam sampul!
1 LIRA pun tidak ditinggalkan dalam sampul!
Gambar diambil pada 12 Februari 2024 sebelum terbang dari KLIA - Dubai - Milan. |
Terus terbayang wajah Tour Leader Malaysia yang tenang, dan terngiang-ngiang pula patah perkataan yang sering keluar dari mulut Tour Guide Bosnia : Kalau kamu hilang duit, kami tidak boleh buat apa-apa!
Sudah pukul 8:20 pagi. Bas akan meninggalkan hotel pada pukul 8:30 pagi. Kami keluar dari bilik dan menuju ke lift untuk turun semula ke lobi. Di dalam lift, tiba-tiba badan rasa menggeletar!
11 comments
Kak Amie 😰😰😰😰😰
BalasPadamSekarang ni dengan sampul²nya sekali hilang, kan kakakkk?
Alamaksss... suspen 😱😱😱
BalasPadamJadi memang tak adalah ditempatnya ke?
Macam drama nak tau next episod huhu
Allahu... dugaan masa travel. Kena curi orang ke tu Kak Amie?
BalasPadamKak Amie..!!! Hilang ke sampul tu 😮😮
BalasPadamaduhhhhh suspennnn!
BalasPadamSuspen je ni.
BalasPadamAduh.. Kena curi ke? Suspen.. Macam ada sambungan je cerita ni.
BalasPadamYa, ampun uang Lira nya hilang :( Kira-kira terselip atau ada yang mencuri ya? Jika ada yang mencuri semoga ketahuan! :(
BalasPadamAllahuakbar, kene copet la tu ye kak...aduh seramnya kalau jadi gitu.
BalasPadamsiapa yg amik tu... kalau terjadi sesuatu yg buruk, maka tu laa balasannya ambil duit org...
BalasPadamAisssh kak Amie, confirm hilang kah duit lira tu?? Ya Allah bagaimana cara mereka ambil kalo memang ada pick pocket yaa
BalasPadam