Kerabu Pucuk Paku Sama Kerang
2:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masuk dapur untuk masak hidangan makan tengah hari merangkap malam. Kelmarin Encik Suami beli sayur pucuk paku. Bolehlah dibuat kerabu tambah kerang dan juga taugeh. Kebetulan sewaktu di Tawau sempat beli isi kerang di BATARAS. Amie olah kerabu ikut gaya Bonda. Biasanya Bonda akan panggang kelapa yang masih di dalam tempurung sampai terbit aroma. Kemudian Bonda akan parut. Tumbukkan cili kering, tambah bawang putih, bawang merah dan belacan bakar. Amie tak dapatlah panggang kelapa sebab Encik Suami sudah beli kelapa parut. Hendak sangai dan tumbuk, alu pula patah. Amie yang patahkan sewaktu ketuk kepingan ais batu! Sampai hari ini belum sempat beli alu baharu. Kenalah beli dengan lesungnya sekali.
Jadinya, buatlah kerabu pucuk paku dengan apa yang ada sahaja. Kelapa parut tak bersangai. Ah, pedulilah situ. Yang penting siap. Bahan-bahan lain seperti cili kering, belacan, bawang putih dan bawang merah yang sudah digoreng masuk pengisar saja! Gaul dengan kelapa parut, tambah garam, gula, bahan perasa dan lengkapkan dengan perahan jus limau kasturi. Siap!
Hidangan Tengah Hari / Malam |
Ikan Sultan |
Sempat rembat dua ekor ikan sultan di BATARAS. Lengkuas dan serai itu beli di Pasar Tanjung, Tawau. Cantik lengkuasnya. Masih muda dan lembut. Kalau rajin nanti bolehlah masak nasu likku - Ayam Masak Lengkuas. Tak fikir panjang, apabila ada lengkuas dan serai eloklah masak singgang. Kali ini masak singgang ikan air tawar iaitu ikan sultan.
Teringin hendak makan ikan singgang cecah budu dan tempoyak!
Ikan Tulai Goreng |
Jemput makan! Bismillah. |
17 comments
Ikan tulai tu 1st time dengar. Sedapnya menu kak ami. Kerabu tu memang favourite.
BalasPadamSedapnyaaa. Bertambah kalau makan nii. Hehehe
BalasPadamKerabu pucuk paku, mungkin kalau di sini namanya urap daun pakis /daun paku, salah satu sayur kesukaan saya kak.
BalasPadamPertama kali sy tahu, panggang kelapa dalam tempurung sebelum diparut, mesti luar biasa kejadian kelapa parut tu nanti, Kak Amie.
BalasPadamAdik, ganas nya kakak kita ketuk air batu, hihi.
alhamdulillah terbaik hidangan amie mengait selera
BalasPadamSemua sedap. Lama pulak tak makan budu dgn tempoyak
BalasPadamSy pun beli pucuk paku semalam. Tapi sekadar goreng tumis saja.
BalasPadamIkan sultan pertama kali dengar ni... Manakala ikan tulai tu rupanya akan² ikan pelaling ye Kak Amie
Memang terbaik. Nampak macam ringkas, tapi tak cukup nasi ni kalau dah start kaut.
BalasPadamSelamat menjamu selera.
BalasPadamNmpak sedap semuanya terutama urap tu
ikan goreng tetap menggamit selera ;-)
BalasPadamikan tulai tu sama kah dgn ikan kembong? hehehe
BalasPadammemang gu sangat la pucuk paku ngn kerang tu
BalasPadamKalau kat sini ada alu dijual berasingan.
BalasPadamMak pernah beli alu baru dan saiz lebih besar dari yang lama, jadi puas lah guna bila digenggam.
Kalo dah lihat cara kak Amie plating masakan, lalu difoto, memang lah lapar langsung 😄😄😄😍. Dah cocok utk buat foto di buku2 menu restoran hasilnya.👍👍❤️ Menggoda selera sangat
BalasPadamMAk aiiii alu lesung patah kuatnya amie.....hehehehe
BalasPadamteringinnya nak buat kerabu kerang + pucuk paku tu. Tapi macam tak berani pula sebab belum pernah cuba
BalasPadamSedapnya kerabu pucuk paku ngan kerang...SA pun teringin nak buat la...
BalasPadam