Sekarang Kami Sudah Jadi Tok Abah & Tok Mi

5:55 PTG

 Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Ilahi dengan segala kurniaan dan anugerah-Nya yang tidak terhingga. Pada 12 Jun 2024 bersamaan hari Rabu, kami menerima cucu pertama! Bayi kecil seberat 2.25 kg milik Abang Farid dan Aseeyah ini diberi nama Hamzah. 

Hamzah lahir di Hospital Selayang, Batu Caves secara pembedahan memandangkan bukaan baru 6 cm dan belum mencapai 10cm untuk diteran. Sayangnya Hamzah sudah tertelan najisnya. Hamzah diberi rawatan susulan di NICU dengan bantuan oksigen serta diberi susu formula melalui tiub.

Hamzah pada hari pertama kelahirannya.

Semoga Abang Farid dan Aseeyah tabah dan sabar mematuhi arahan ketat pihak hospital yang mengehadkan lawatan mereka berdua ke NICU. Buat masa ini hanya mereka berdua sahaja yang dibenarkan melawat. Fuad datang dari Penang pada hari Sabtu tetapi hanya dapat melihat Hamzah melalui gambar sahaja.

Pada hari Ahad malam Isnin, Hamzah berpuasa kerana keesokan harinya doktor akan mengambil sampel air dari belakangnya untuk mengesan samada terdapat jangkitan najis sampai ke saraf otak atau sebaliknya. Mudah-mudahan Hamzah terus sihat. Hamzah dijangka berada di NICU selama 10 hari.

Hamzah sudah berusia tujuh hari.

Hari ini Hamzah berusia tujuh hari. Berat badannya meningkat dari 3.25kg pada hari pertama kepada 3.39kg. Alhamdulillah, walaupun di dalam NICU, Hamzah sudah dibenarkan menyusu ibu.

Terima kasih kepada ahli keluarga dan saudara mara yang turut mendoakan kesejahteraan Aseeyah dan Hamzah ketika menghadapi saat-saat genting pada 12 Jun 2024 lepas. Paling tak dapat dilupakan Encik Suami menitiskan air mata ketika menerima berita tersebut. Sekarang Encik Suami sudah bergelar Tok Abah. Mungkin Encik Suami rasa sangat terharu kerana sebelum Hamzah lahir, Aseeyah pernah sekali mengalami keguguran.

Mohon doa daripada rakan-rakan blogger semoga Hamzah terus sihat dan dapat keluar dari NICU untuk bersama ayah dan ibunya secepat mungkin.

34 comments

  1. Alhamdulillah.. Tahniah amie dah naik pangkat bergelar nenek...
    Eh, tu hospital tempat linda bekerja...kalau berada di wad biasa boleh melawat... Semoga yang baik2 je untuk baby hamzah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... tahniah kak amie sekeluarga...

      selamat dtg Hamzah. senang je nak pggl nanti

      btw linda kalau pergi melawat kirim salam kat aseeyah eh... ✌️😀

      Padam
    2. Terima kasih Linda. In syaa Allah esok baby Hamzah keluar NICU.

      Padam
    3. Ringkas saja namanya kan Anies. Senang nak ingat, senang nak panggil.

      Padam
  2. Semoga baik2 je baby Hamzah. Memang ada risiko kalau baby tertelan najis. Cie pun dah ada 6 orang cucu belah Cie, belah suami 2 cucu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Memang risau juga, lagilah jauh begini hanya mampu doa saja. Ramai dah cucu Cie ye.

      Padam
  3. Alhamdulillah! Tahniah buat kak Amie sekeluarga 💐
    Semoga Allah kurniakan kesihatan buat cucu kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ujie.
      Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja.

      Padam
  4. Alhamdulillah syukur dah tahniah buat Kak Amie seluruh keluarga. Tumpang happy 😁
    Semoga cucunda sihat² dan sentiasa dlm lindungan-Nya 🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PH.
      Alhamdulillah, mudah-mudahan sihat walafiat hendaknya.

      Padam
  5. Alhamdulillah...tahniah Kak Amie dah jadi Tok Mi dah....Firdaus mesti paling happy...semoga Hamzah terus sihat tanpa sebarang bahaya...kesiannya masih di NICU..semoga Aseeyah dan suami juga tabah hadapi dugaan....lepas ni banyak la update tentang Hamzah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SA.
      Dah tiba masanya kami naik pangkat.
      Ya, Firdaus dan abang-abangnya sangat happy.
      In syaa Allah, kedua-duanya dapat lalui fasa ini dengan tenang.

      Padam
  6. Alhamdulillah dan Tahniah buat Kak Amie seisi keluarga. Moga sihat semuanya dan boleh balik rumah nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mulan.
      In syaa Allah esok Hamzah sudah boleh keluar dari NICU.

      Padam
  7. Alhamdulillah...
    Tahniah Abang Farid...Kaka Aseeyah yang mengahdiahi gelaran Tok Abah & Tok Mi atas kelahiran Baby Hamzah
    Tahniah juga Fuad,Fairuz dan pastinya Fidaus yang turut naik pangkat bapa saudara..Pak Ucu Dau ke tu?
    Semoga Baby Hamzah dan Aseeyah cepat swmbuh dan yang lain dimudahkan urusan🤲🤲🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Cella.
      Haa... semuanya naik pangkat dah dari pak sedara ke tok tok dah.
      In syaa Allah, semuanya dipermudahkan urusan.

      Padam
  8. Alhamdulillah , tahnia .gebu gebas baby ..moga membesar dengan sihat ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih CCL. Alhamdulillah, semoga Hamzah terus sihat.

      Padam
  9. wah tahniah. Alhamdulillah naik pangkat ni lagi best kan amie. Semuga Hamzah sihat walafiat dan membesar sebagai anak yang soleh. Pak sedara tu semua mesti tak sabor tenguk anak sedara yang comel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Notie.
      Alhamdulillah, semoga Hamzah sentiasa sihat.

      Padam
  10. Alhamdulillah, tabarakallah! Tahniah buat Tok Abah dan Tok Mi @ Kak Amie atas kehadiran cucu pertama, Hamzah. Putih halus kulitnya, mesti hensem ni 😍 semoga Hamzah membesar dengan sihat, pintar dan cerdas 🤲🏻 Mesti Tok Abah dan Tok Mi tak sabar2 nak datang melawat cucu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Carneyz.
      Amin ya Allah.
      Hamzah lebih kepada sebelah ibu, Cina - Dusun - Yunan.

      Padam
  11. Tahniah kak dah naik pangkat baru... selamat berpantang buat Aseeyah dan moga terus membesar buat Hamzah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dana.
      In Syaa Allah, semoga kedua-duanya sihat.

      Padam
  12. Kak amieeeee, congrats yaaa utk kelahiran cucu pertama 😍❤️❤️. Semoga Hamzah selalu sehat, cepat kluar dari NICU, dan tumbuh besar menjadi anak kebanggan orangtuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dik Fanny.
      Amin ya Allah.
      Terima kasih doanya.

      Padam
  13. Alhamdulillah. Lahir seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW. Semoga Hamzah terus sihat dan cepat keluar dari NICU. Semoga Aseeyah juga cepat pulih dari luka czer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah.
      Amin ya Allah. Terima kasih doanya.

      Padam
  14. Tahniah....alhamdulilah dah naik pangkat. Moga Hamzah jadi anak yang baik dan soleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Syukur ya Allah.
      Terima kasih atas doanya.

      Padam
  15. Alhamdulillah.. a bundle of joy buat semua keluarga.
    Semoga Hamzah membesar dengan sihat.
    Mesti Tok Abah dan Tok Mi tak sabar nak jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas doanya.
      In Syaa Allah, mudah-mudahan direzekikan untuk bertemu cucunda.

      Padam
  16. Alhamdulillah, tahniah Tok Mi dan Tok Abah. Tak sabar nak melihat wajah handsome Hamzah, tentu mewarisi kerupawanan ibunya, Aseeyah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SK.
      Fuad kata Hamzah ikut rupa atok sebelah ibunya, Cina - Dusun (Kadazan).

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe