Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu pertama sesi persekolahan, salah seorang anak murid kita, Haiqal tidak hadir ke sekolah. Menurut ibunya, Haiqal disyaki demam denggi. Dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan, Haiqal sering tidak hadir, masuk wad, keluar wad dan masuk wad semula. Pernah datang ke sekolah tetapi ibunya berpesan supaya kami beri perhatian kepadanya, dengan pesanan kalau nampak pucat tolong hubungi beliau supaya boleh ambil dari sekolah.
Setelah lebih tiga bulan di bawah rawatan Hospital LD, akhirnya keputusan sampel sumsum tulang menunjukkan Haiqal mengidap Aplastic Anemia. Menurut ibunya, esok Haiqal akan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. Mereka akan terbang pada pukul 1:25 petang.
Amie dan Rachma sempat menziarahi Haiqal pada 10 Jun 2024. Haiqal terpaksa dipisahkan dari pesakit lain, dan diletakkan di sebuah bilik khas.
Apa yang mampu Amie lakukan sebagai guru kelas untuk meringankan ujian dan dugaan ibunya yang menjaga siang dan malam ialah mencadangkan supaya dilakukan kutipan derma daripada murid, guru dan Team Sadaqah Jariah di sekolah.
Semoga Haiqal kuatkan semangat melawan penyakitnya, dan akan sembuh dengan izin-Nya atas usaha dan ikhtiar yang telah dan sedang dilakukan. In syaa Allah Haiqal akan kembali sihat dan dapat meneruskan pembelajaran serta menduduki SPM tahun ini.
Dan semoga ibu Haiqal sentiasa sihat, diberi kesabaran dan ketabahan mengurus dan menjaga Haiqal sepanjang rawatannya.
Moga anak ini cepat sembuh....dapat ke sekolah dan jumpa kawan-kawan....
BalasPadamPatuh doktor dan semoga cepat sembuh
BalasPadamAllahuAkbar. Semoga Allah ringankan kesakitan Haiqal dan pulihkan dia seperti sediakala
BalasPadamMoga Haiqal cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan keluarga nya juga.
BalasPadamMoga Haikal cepat sembuh
BalasPadamSemoga Haiqal cepat sembuh..
BalasPadamIn shaa Allah, Haiqal dikurniakan kesembuhan.
BalasPadamSemoga cepat sembuh ye Haiqal 🤲
BalasPadamMoga diberi kesembuhan dan kekuatan buat Haiqal... moga dipermudahkan semua nya ya
BalasPadamAllahu.. semoga anakanda Haiqal diberi kesembuhan dan Allah permudahkan segala urusan keluarganya.
BalasPadammoga Haiqal segera sembuh sediakala amiin
BalasPadamSemoga haiqal diberi kesembuhan.. Aamin2
BalasPadamBetul tindakan mengutip derma tu kerana wang antara yg penting ketika menjaga orang sakit. Semoga Haiqal cepat sembuh ya.
BalasPadamYa Allah sedihnyaaa 😔.. semoga Haikal diangkat penyakitnya oleh Allah.
BalasPadamYa allah berikanlah kesembuhan buat anak ini..semoga dipermudahkan urusan rawatan Haiqal...
BalasPadam