Sarapan Apa di Istanbul?
8:56 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Syukur Alhamdulillah, atas izin-Nya dapat sekali lagi mencicipi hidangan di bumi Turkiye. Biarpun terdapat perbezaan dari segi menu dan rasa, namun rasa syukur itulah yang perlu diutamakan. Syukur kerana rezeki di hadapan mata, dan syukur kerana berpeluang menikmati sajian yang mempunyai kelainan dari yang biasa dinikmati di tanah air. Maka, janganlah mengharapkan semuanya memenuhi cita rasa kecuali kalau kita bawa bekalan makanan sendiri. Semoga Allah akan tambahkan rezeki di atas rasa syukur itu untuk mengembara pula ke bahagian bumi-Nya yang lain.
Ada yang mengatakan Turkiye syurga roti.
Memang benar! Kalau anda sudah mengembara ke pelbagai pelosok Turkiye, anda akan temui pelbagai jenis roti yang tak terkira banyaknya dihidangkan di hotel terutama waktu sarapan dan makan malam! Tak cukup mata memandang, dan tak tahu mana satu hendak diterkam!
Kali ini jumpa buah oren yang dipotong-potong. Kalau tidak kenalah ambil sebiji-sebiji. Eh, di belakangnya ada pula buah oren dan epal sebiji-sebiji!
Ada pelbagai jenis pilihan jem dan madu untuk disapu pada roti.
Turkish style rice pudding. |
Pelbagai pilihan menu menyihatkan.
Selain ulaman seperti pelbagai jenis daun salad, cili hijau, tomato dan timun, tidak ketinggalan sajian jeruk buah zaitun.
Alhamdulillah, dapat menambah pengetahuan pelbagai jenis daun salad selain romaine lettuce, butterhead lettuce, little gem lettuce. Ada arugula, spinach (bayam jepun), parsley dan pelbagai lagi.
Kejunya pun macam-macam jenis dan warna.
Telur ayam rebus.
Turkish Sausage / Soudjouk |
Nokul |
Kentang |
Kopi |
Wah, seronoknya ada minuman jus buah!
Jom sarapan.
Ambillah serba sedikit untuk merasa. Kalau berkenan dengan selera, bolehlah tambah lagi. Apa pun yang penting, perut sudah beralas dan kenyang.
Ambillah serba sedikit untuk merasa. Kalau berkenan dengan selera, bolehlah tambah lagi. Apa pun yang penting, perut sudah beralas dan kenyang.
Jus oren dan ceri. |
Tambah sedikit sosej, kentang, buah zaitun dan daun parsley serta daun arugula. |
Salah seorang rakan rombongan mencadangkan Amie mengambil daun arugula kerana katanya bukan senang hendak cari daun arugula di tempat kita. Ada juga daun arugula dijual di pasar raya tapi tidaklah selalu jumpa. Kita pun ambillah sehelai dua dan lebihkan daun parsley. Daun parsley ini ada aroma ala-ala daun pegaga.
Tidak ketinggalan ambil sebiji cili hijau dan terung panggang.
Rice Pudding |
Terakhir, minum secawan teh tambah daun pudina.
Sepanjang berada di Istanbul, terlupa pula hendak melihat bacaan suhu sebab rasa selesa sahaja ketika berjalan-jalan. Rasanya sekali sahaja melihat bacaannya iaitu 7'C.
9 comments
Ni yg rasa nke pergi Istanbul, ni...
BalasPadamSarapan pagi kat Turki ni masa saya pergi dulu tu mesti nampak ada buah zaitun. Bila makan masam-masam macam tu lepas tu banyak cheese. Nak makan berjenis cheese tu tak sure orang Turki makan macam mana....masuk dalam roti ke?....
BalasPadamBestnya kak.. Teringin sangat nak pi Istanbul..
BalasPadamInsyaAllah ada rezeki dapat la.merasa nnt..
wahhh..banyak makanan diaa...
BalasPadamselalu juga tengok vlog org pergi bercuti dkt sana...
Bukan senang nak sarapan pagi di Turki kan..syukur di beri peluang..SA ntah bila..hehehe...kak...cantik plating dia..makanan pun nampak sedap
BalasPadamBestnya banyak roti dan buahhhh warna-warni. Memang tak tahu nak pilih mana satu nak ngap dulu.
BalasPadamColorful plating pinggannya tu.. jadi menyelerakan sungguh.
BalasPadamuiiii banyak jg pilihan ni kak...
BalasPadamkalau sy laa nak rasa semua yg ada😁
Saya tak cocok dengan kuliner Turkiye, tapiii suka sangat dengan salad dan buah mereka. Juga yoghurt. Selalu best. Makanya pas kesana, saat tidak napsu makan dengan kulinernya, saya cukup memilih salad dan buah 😄
BalasPadam