Akhirnya ke Kedai Mamak Jua!

5:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada kalanya dalam menjalani rutin harian kita tidak terlepas dari berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak diduga. Hari ini, sebaik sahaja selesai menoreh, Amie terus angkat bakul bekalan makanan, beg tangan dan beg berisi laptop. Seperti biasa, bersama Encik Suami kami hantar Firdaus ke sekolah agama. Kemudian Encik Suami memandu pulang ke rumah. Di persimpangan jalan, Amie buka HP dan terbaca mesej dari Cikgu XYZ di WA : Tidak ikut taklimat Dialog Prestasi : Isu Kehadiran Murid?

Alamak! Kita lupa! Benar-benar terlupa! Analisis berakhir pada 13 Jun 2024 ada lapan daripada 51 orang murid di kelas kita yang mempunyai masalah kehadiran. Aduhai! Macamanalah kita boleh terlupa perkara ini. Barangkali faktor usia dan naik pangkat jadi nenek kot!

Maka Encik Suami pun patah balik hantar kita ke sekolah. Oleh kerana isu dan tindakan yang perlu diambil hanya melibatkan kelas yang mencatatkan ketidakhadiran yang tinggi, jadi tidaklah mengambil masa yang agak lama namun cukup membuatkan perut berasa lapar.

Selesai urusan Dialog Prestasi : Isu Kehadiran Murid, Encik Suami bawa kita makan di Kampung Bugis, tetapi warung tidak beroperasi. Kami ke Perdana Square pula. Singgah di Restoran STU tetapi apabila hendak memesan makanan, apa yang hendak kami makan tiada pula. Banyaklah jenis makanan dan minuman dalam katalog tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang ada dan bukan pilihan kami. 

Seterusnya singgah di Restoran ABC yang pernah beberapa kali kami makan di situ. Nampaknya sudah bertukar pemilik. Sewaktu kami masuk, kelihatan dua orang pelanggan meninggalkan restoran. Dan ketika itu hanya kami berdua sahaja yang berada di dalamnya. Amie memesan teh halia dan mi rebus daging. Encik Suami memesan mi kari seafood.

Sempatlah Encik Suami bervideo call dengan Abang Farid, cerita-cerita tentang Hamzah. Amie pula mula berasa angin naik ke kepala sebab perut kosong! Abang Farid tanya Encik Suami : Macam lama pula makanan nak sampai!

Rupanya lebih setengah jam kami tunggu, yang datang hanya minuman teh halia. Encik Suami tanya pekerja restoran dan jawabnya makanan sedang dimasak! Kata Encik Suami, bungkus sajalah makanan kami.

10 minit kemudian, kelihatan dua bungkusan makanan di bawa ke kaunter. Encik Suami pun bergegas untuk membayar. Tetapi, bungkusan makanan tersebut bukan makanan kami! Ada pelanggan lain yang menempah.

Encik Suami tanya:
Sebenarnya kamu sudah masak atau belum makanan kami?
Belum! Jawab pekerja restoran di hadapannya!

Allahu Akbar!
Encik Suami tak cakap banyak, terus bayar harga minuman teh halia sambil berkata: Tak payahlah kamu masak. Isteri saya sampai masuk angin tunggu makanan sampai.

Kami pun tinggalkan Restoran ABC.
Marilah kita ke Rumpun Selera, Amie beri cadangan.

Nasi Beriani Rumpun Selera

Teh Halia di Restoran ABC - minum sedikit sahaja sebab terlalu manis.


Makan nasi beriani di Restoran Rumpun Selera - Kedai Mamak.


Dalam perjalanan pulang, terdengar Encik Suami merungut-rungut layanan di Restoran ABC : Betul-betul dia buat kita macam orang tolol menunggu makanan tak sampai-sampai. Rupanya tidak dimasak. Dia ingat kita saja duduk-duduk buang masa di situ? Kita hendak sokong orang kita berniaga, tapi kalau begitu cara kerja mereka terpaksalah kita ke kedai mamak!

Hurrrmmm! Ligat juga kepala memikirkan tentang viral di medsos mengenai keluhan peniaga makanan yang selalu kehilangan pelanggan kerana disihirlah, orang dengkilah, orang iri hatilah. Entahlah!

Petang ini minta Encik Suami belikan Firdaus makanan. Kita tidak masak. Hendak berehat sahaja. Sebelum itu kita hendak tepek bedak sejuk di muka. Kononnya hendak kurangkan titik-titik jeragat yang timbul di hujung pipi bawah mata.

10 comments

  1. Isu kehadiran murid membimbangkan ya...ibu ayah tak pantau ke macam mana?. Mungkin sibuk kerja agaknya.

    BalasPadam
  2. geram kan kalau servis mcm tu...sedap nasi beriani kedai mamak...ada acar timun..

    BalasPadam
  3. Kelas anak pun ada dah berbulan tak datang sekolah. Mak budak tu staf Cie 😅. Taktau apa masalah tak hantar anak sekolah. Cikgu takde pulak panggil parents.

    BalasPadam
  4. Bab kehadiran ni kadang2 ada parents sambil lewa je. Kelas anak bongsu ammi, hingga hari ni (20/6) masih ada pelajar tak hadir dengan alasan “masih di kampung”. Alahaiiii mak ayah. Rancanglah percutian kalian.

    Tak berezeki betul kak amie makan diluar ye lately. Asyik dpt kedai makan yg sendu je

    BalasPadam
  5. Anak anak kita lepas balik raya semua demam batuk selsema.. yg no 3.. pagi tadi bawa sekali lagi ke klinik disahkan influenza pulak.. dlm rekod kehadiran kelas anak pun ramai yg demam..

    BalasPadam
  6. Memang geram kan kadang dengan kedai makan yang lambat betul perkhidmatannya, kadang pelanggan tak ramai pun tapi tetap lama jugak kene menunggu, kalau dana memang last la datang kedai macamtu. Memang hangin kan kita dah lapar tunggu lama sekali tak di masak lagi...

    BalasPadam
  7. Untuk linda pula, kalau takde alasan kukuh... Memang kena hambat anak2 nie ke sekolah... Kalau ikot kan diorg, malassss je semedang

    BalasPadam
  8. Kan dah naik angin atuknya! Menunggu macam orang tolol 🤣

    BalasPadam
  9. Memang kalo suatu restoran atau kedai makan lamaaaa sangat, saya pun malas nak datang lagi. Cukup sekali, lalu byeeee. Mending cari lain kan.

    BalasPadam
  10. SA pun akan buat tindakan yang sama sekiranya dah menunggu terlalu lama...x kan la x perasan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe