Sup Ayam Pencen dengan Kurma Merah

6:10 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini selepas balik menoreh rasa hendak berehat sahaja. Jadinya sebelum melelapkan mata, kita masak Sup Ayam Pencen dengan Kurma Merah dalam slow cooker. Petangnya, apabila buka mata, sudah tentu boleh hirup Sup Ayam Pencen dengan Kurma Merah panas-panas.

Alhamdulillah, ketika buka bilik dan hendak turun ke bawah sudah terhidu aroma sup yang sedang direnih oleh slow cooker.... ahaks! Kita pun masuk dapur, buka penutup slow cooker dan taburkan 1 sudu kecil garam. Kemudian kita masak nasi, goreng telur dadar, masak sardin, goreng tempe dan tauhu.

Sup Ayam Pencen dengan Kurma Merah


Walaupun sudah selalu kongsikan resipi sup ayam dengan kurma merah, tetapi hari ini dengan kongsi juga. Tidak banyak beza dengan resipi yang selalu kita gunakan. Biasanya kita gunakan kaki ayam, tetapi kali ini kita gunakan 1/4 bahagian ayam pencen pula. Dan selalunya kita tidak belah kurma merah tetapi kali ini kita hendak rasa manisnya kurma merah, jadi kita belah dua kurma merah yang memang beli yang sudah dibuang biji.

Resipi Sup Ayam Pencen dengan Kurma Merah
Bahan-bahan:
  • 1/4 bahagian ayam pencen
  • 25 biji kurma merah - belah dua
  • 1 sudu besar buah goji beri
  • 1/2 batang lobak merah - potong ikut suka
  • sekuntum kecil white fungus - rendam hingga kembang
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 7 ulas bawang putih - buang kulit - biar seulas-seulas
  • 2 cm halia - hiris
  • 1 sudu kecil garam
  • 1.5 liter air panas
Cara memasak:
  1. Tuangkan air panas ke dalam slow cooker.
  2. Masukkan ayam, kurma merah, buah goji beri, white fungus, halia dan bawang besar.
  3. Tutup slow cooker.
  4. Tekan butang high. Kalau masak sebelah pagi dan makan sebelah petang bolehlah tekan butang slow atau auto. Kalau masak tengah hari dan hendak makan sebelah petang, tekanlah butang high.
  5. Biarkan selama 4 jam.
  6. Buka penutup periuk dan taburkan garam.
  7. Sedia untuk dinikmati panas-panas
Jom hirup sup panas yang direnih dalam slow cooker!


8 comments

  1. Pertama kali saya tahu sup ayam dan kurma merah ni, nanti ada masa nak cubalah

    BalasPadam
  2. Sedap sup ni Kak Amie. Kadang saya beli pek rempah yang siap jual di kedai. Tambah fungus, red dates dll jugak. Masuk Noxxa tunggu sampai masak. Sedap panas2 kan.

    BalasPadam
  3. Mesti bahan-bahan meresap dalam ayam sebab direneh lama guna SC.

    BalasPadam
  4. Sedaaap nih. Dan yg terpenting sehaaat. Apalagi ingredientsnya banyak memakai super foods 👍👍

    BalasPadam
  5. Boleh jadikan idea untuk orang berpantang ni agaknya...hihihi

    BalasPadam
  6. Nampak sedap la sup ayam pencen tu..x pernah buat lagi..kalau buat kena rebus dulu ayam tu dalam Pressure Cooker...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe