Istanbul : Aku Datang Lagi (Bermalam di Grand S Hotel)

5:55 PTG

 Bismillahirrahmanirrahim.
Terlelap, terjaga, terlelap, terjaga, akhirnya bas berhenti di hadapan Grand S Hotel di Istanbul. Sudah pukul 9:15 minit malam rupanya.

Tak sabar rasanya hendak luruskan kaki, luruskan pinggang! Nak ucapkan kepada Istanbul : Hai Istanbul. Aku datang lagi!

Sumber : Google - Leonardo

Kami akan menginap selama dua malam di hotel empat bintang ini : Grand S Hotel, Istanbul.
Jadinya, sepanjang berada di Turkiye ini kami hanya akan berlegar-legar di sekitar Istanbul sahaja sebelum terbang balik ke tanah air.


Lobi hotel sangat besar dan luas, tapi mata sudah tidak tertarik untuk menikmatinya kerana rasa letih, lapar dan hendak sambung tidur! Ketika daftar masuk, pihak hotel meminta semua passport peserta rombongan untuk disimpan. Keesokan paginya kami akan ambil kembali.

Daftar masuk hotel di kaunter.

Sumber : Google


Di dalam bas, ketika mata sekejap terlelap sekejap terbuka dapatlah tangkap gambar pemandangan senja.



Dan tiba-tiba sampai di hadapan Grand S Hotel!
Hari sudah gelap.


Sepanjang kembara kami, inilah kali pertama petugas hotel menyambut beg  kami dari bas dan dibawa ke lobi. Terima kasih Turkiye kerana mengalu-alukan kedatangan kami di malam yang dingin. Entah berapa bacaan suhu pada malam itu.


Kedatangan kami disambut dengan segelas kecil jus oren dan jus delima.


Pemandangan sebahagian daripada lobi hotel.


Sekarang kami sudah berada di dalam bilik.
Nampaknya warna temanya hitam putih.


Di kepala katil, bentuk empat segi sama warna putih itu telus cahaya lampu dari belakangnya.


Menarik pula bentuk meja seperti papan gelongsor pula.
Tapi yang lebih menarik sudah tentulah apa yang disediakan di sudut sanun!


Ahamdulillah! Ada cerek letrik, air minuman botol dan juga uncang teh serta kopi.
Tak sabar rasanya hendak masak air! Hendak hirup teh panas.


Ada mini peti sejuk di bawahnya.






Kelengkapan tandasnya pun sempurna tetapi ada aroma sedikit!



Pukul 10 malam kami dikehendaki turun ke dewan makan.


Selepas makan malam, kami masuk semula ke bilik untuk bersihkan diri dan kemudian solat jamak takhir. Sempat masak air dan rendam uncang teh. Alangkah nikmatnya dapat hirup teh malam di kala suhu dingin mencengkam suasana! Alhamdulillah. Jom tidur!


8 comments

  1. Wah sedap tu hirup teh panaskan dingin suasana ...selesa ruang bilik inap hotel s

    BalasPadam
  2. Saya ingat di Turkiye memang tas kita diturunkan oleh petugas di sana, sama macam Indonesia 😄. Krn beberapa negara biasanya meminta penumpang turunkan sendiri bag dr bus 😁

    BalasPadam
  3. Setelah menempuh perjalanan yang jauh bila nampak katil hotel mesti rasa nak rebahkan diri terus apatah lagi cuaca yang dingin.
    Luar hotel mewah dan dalam pula nampak selesa.

    BalasPadam
  4. waahhhh Istanbul! waduhhh ini salah satu lokasi impian Ana nak pergi (sbb terpengaruh tengok drama Turki) hehehe

    BalasPadam
  5. KAtil yang empuk mengamit mata saje. Rasa nak bum tidur hehehehehe

    BalasPadam
  6. Alamak.
    Tandas dah elok...
    ada aroma pulak🤭

    BalasPadam
  7. Tandas ada aroma..alahai...spoil kalau macam tu...unik bentuk macam gelongsor..mesti hilang penat dah dapat teh o panas

    BalasPadam
  8. kat area mana hotel ni kak? sultanahmet? grand bazaar?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe