Bismillahirrahmanirrahim.
Hamzah lahir di Hospital Selayang, Batu Caves secara pembedahan memandangkan bukaan baru 6 cm dan belum mencapai 10cm untuk diteran. Sayangnya Hamzah sudah tertelan najisnya. Hamzah diberi rawatan susulan di NICU dengan bantuan oksigen serta diberi susu formula melalui tiub.
Hamzah pada hari pertama kelahirannya. |
Hamzah sudah berusia tujuh hari. |
Hari ini Hamzah berusia tujuh hari. Berat badannya meningkat dari 3.25kg pada hari pertama kepada 3.39kg. Alhamdulillah, walaupun di dalam NICU, Hamzah sudah dibenarkan menyusu ibu.
Terima kasih kepada ahli keluarga dan saudara mara yang turut mendoakan kesejahteraan Aseeyah dan Hamzah ketika menghadapi saat-saat genting pada 12 Jun 2024 lepas. Paling tak dapat dilupakan Encik Suami menitiskan air mata ketika menerima berita tersebut. Sekarang Encik Suami sudah bergelar Tok Abah. Mungkin Encik Suami rasa sangat terharu kerana sebelum Hamzah lahir, Aseeyah pernah sekali mengalami keguguran.
Mohon doa daripada rakan-rakan blogger semoga Hamzah terus sihat dan dapat keluar dari NICU untuk bersama ayah dan ibunya secepat mungkin.
Alhamdulillah.. Tahniah amie dah naik pangkat bergelar nenek...
BalasPadamEh, tu hospital tempat linda bekerja...kalau berada di wad biasa boleh melawat... Semoga yang baik2 je untuk baby hamzah...
Alhamdulillah... tahniah kak amie sekeluarga...
Padamselamat dtg Hamzah. senang je nak pggl nanti
btw linda kalau pergi melawat kirim salam kat aseeyah eh... ✌️π
Terima kasih Linda. In syaa Allah esok baby Hamzah keluar NICU.
PadamRingkas saja namanya kan Anies. Senang nak ingat, senang nak panggil.
PadamSemoga baik2 je baby Hamzah. Memang ada risiko kalau baby tertelan najis. Cie pun dah ada 6 orang cucu belah Cie, belah suami 2 cucu.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamMemang risau juga, lagilah jauh begini hanya mampu doa saja. Ramai dah cucu Cie ye.
Alhamdulillah! Tahniah buat kak Amie sekeluarga π
BalasPadamSemoga Allah kurniakan kesihatan buat cucu kak Amie.
Terima kasih Ujie.
PadamMudah-mudahan semuanya baik-baik saja.
Alhamdulillah syukur dah tahniah buat Kak Amie seluruh keluarga. Tumpang happy π
BalasPadamSemoga cucunda sihat² dan sentiasa dlm lindungan-Nya π€²
Terima kasih PH.
PadamAlhamdulillah, mudah-mudahan sihat walafiat hendaknya.
Alhamdulillah...tahniah Kak Amie dah jadi Tok Mi dah....Firdaus mesti paling happy...semoga Hamzah terus sihat tanpa sebarang bahaya...kesiannya masih di NICU..semoga Aseeyah dan suami juga tabah hadapi dugaan....lepas ni banyak la update tentang Hamzah...
BalasPadamTerima kasih SA.
PadamDah tiba masanya kami naik pangkat.
Ya, Firdaus dan abang-abangnya sangat happy.
In syaa Allah, kedua-duanya dapat lalui fasa ini dengan tenang.
Alhamdulillah dan Tahniah buat Kak Amie seisi keluarga. Moga sihat semuanya dan boleh balik rumah nanti.
BalasPadamTerima kasih Mulan.
PadamIn syaa Allah esok Hamzah sudah boleh keluar dari NICU.
Alhamdulillah...
BalasPadamTahniah Abang Farid...Kaka Aseeyah yang mengahdiahi gelaran Tok Abah & Tok Mi atas kelahiran Baby Hamzah
Tahniah juga Fuad,Fairuz dan pastinya Fidaus yang turut naik pangkat bapa saudara..Pak Ucu Dau ke tu?
Semoga Baby Hamzah dan Aseeyah cepat swmbuh dan yang lain dimudahkan urusanπ€²π€²π€²
Terima kasih Mama Cella.
PadamHaa... semuanya naik pangkat dah dari pak sedara ke tok tok dah.
In syaa Allah, semuanya dipermudahkan urusan.
Alhamdulillah , tahnia .gebu gebas baby ..moga membesar dengan sihat ya
BalasPadamTerima kasih CCL. Alhamdulillah, semoga Hamzah terus sihat.
Padamwah tahniah. Alhamdulillah naik pangkat ni lagi best kan amie. Semuga Hamzah sihat walafiat dan membesar sebagai anak yang soleh. Pak sedara tu semua mesti tak sabor tenguk anak sedara yang comel.
BalasPadamTerima kasih Notie.
PadamAlhamdulillah, semoga Hamzah sentiasa sihat.
Alhamdulillah, tabarakallah! Tahniah buat Tok Abah dan Tok Mi @ Kak Amie atas kehadiran cucu pertama, Hamzah. Putih halus kulitnya, mesti hensem ni π semoga Hamzah membesar dengan sihat, pintar dan cerdas π€²π» Mesti Tok Abah dan Tok Mi tak sabar2 nak datang melawat cucu kan.
BalasPadamTerima kasih Carneyz.
PadamAmin ya Allah.
Hamzah lebih kepada sebelah ibu, Cina - Dusun - Yunan.
Tahniah kak dah naik pangkat baru... selamat berpantang buat Aseeyah dan moga terus membesar buat Hamzah....
BalasPadamTerima kasih Dana.
PadamIn Syaa Allah, semoga kedua-duanya sihat.
Kak amieeeee, congrats yaaa utk kelahiran cucu pertama π❤️❤️. Semoga Hamzah selalu sehat, cepat kluar dari NICU, dan tumbuh besar menjadi anak kebanggan orangtuanya
BalasPadamTerima kasih dik Fanny.
PadamAmin ya Allah.
Terima kasih doanya.
Alhamdulillah. Lahir seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW. Semoga Hamzah terus sihat dan cepat keluar dari NICU. Semoga Aseeyah juga cepat pulih dari luka czer
BalasPadamSyukur Alhamdulillah.
PadamAmin ya Allah. Terima kasih doanya.
Tahniah....alhamdulilah dah naik pangkat. Moga Hamzah jadi anak yang baik dan soleh.
BalasPadamTerima kasih.
PadamSyukur ya Allah.
Terima kasih atas doanya.
Alhamdulillah.. a bundle of joy buat semua keluarga.
BalasPadamSemoga Hamzah membesar dengan sihat.
Mesti Tok Abah dan Tok Mi tak sabar nak jumpa.
Terima kasih atas doanya.
PadamIn Syaa Allah, mudah-mudahan direzekikan untuk bertemu cucunda.
Alhamdulillah, tahniah Tok Mi dan Tok Abah. Tak sabar nak melihat wajah handsome Hamzah, tentu mewarisi kerupawanan ibunya, Aseeyah.
BalasPadamTerima kasih SK.
PadamFuad kata Hamzah ikut rupa atok sebelah ibunya, Cina - Dusun (Kadazan).