Pages

Isnin, 3 Jun 2024

Kerabu Pucuk Paku Sama Kerang

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini masuk dapur untuk masak hidangan makan tengah hari merangkap malam. Kelmarin Encik Suami beli sayur pucuk paku. Bolehlah dibuat kerabu tambah kerang dan juga taugeh. Kebetulan sewaktu di Tawau sempat beli isi kerang di BATARAS. Amie olah kerabu ikut gaya Bonda. Biasanya Bonda akan panggang kelapa yang masih di dalam tempurung sampai terbit aroma. Kemudian Bonda akan parut. Tumbukkan cili kering, tambah bawang putih, bawang merah dan belacan bakar. Amie tak dapatlah panggang kelapa sebab Encik Suami sudah beli kelapa parut. Hendak sangai dan tumbuk, alu pula patah. Amie yang patahkan sewaktu ketuk kepingan ais batu! Sampai hari ini belum sempat beli alu baharu. Kenalah beli dengan lesungnya sekali.

Jadinya, buatlah kerabu pucuk paku dengan apa yang ada sahaja. Kelapa parut tak bersangai. Ah, pedulilah situ. Yang penting siap. Bahan-bahan lain seperti cili kering, belacan, bawang putih dan bawang merah yang sudah digoreng masuk pengisar saja! Gaul dengan kelapa parut, tambah garam, gula, bahan perasa dan lengkapkan dengan perahan jus limau kasturi. Siap!

Hidangan Tengah Hari / Malam


Ikan Sultan

Sempat rembat dua ekor ikan sultan di BATARAS. Lengkuas dan serai itu beli di Pasar Tanjung, Tawau. Cantik lengkuasnya. Masih muda dan lembut. Kalau rajin nanti bolehlah masak nasu likku - Ayam Masak Lengkuas. Tak fikir panjang, apabila ada lengkuas dan serai eloklah masak singgang. Kali ini masak singgang ikan air tawar iaitu ikan sultan.

Teringin hendak makan ikan singgang cecah budu dan tempoyak!


Budu & Tempoyak

Kerabu Pucuk Paku Sama Kerang

Lauk tambah, goreng dua ekor ikan tulai. Firdaus tidak mahu makan nasi. Pagi tadi baru cabut gigi. Katanya hendak makan aiskrim vanilla dengan roti saja. Wokey! Baguslah kalau begitu supaya darah gusi tidak keluar lagi.

Ikan Tulai Goreng

Jemput makan!
Bismillah.


17 ulasan:

  1. Ikan tulai tu 1st time dengar. Sedapnya menu kak ami. Kerabu tu memang favourite.

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaa. Bertambah kalau makan nii. Hehehe

    BalasPadam
  3. Kerabu pucuk paku, mungkin kalau di sini namanya urap daun pakis /daun paku, salah satu sayur kesukaan saya kak.

    BalasPadam
  4. Pertama kali sy tahu, panggang kelapa dalam tempurung sebelum diparut, mesti luar biasa kejadian kelapa parut tu nanti, Kak Amie.

    Adik, ganas nya kakak kita ketuk air batu, hihi.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah terbaik hidangan amie mengait selera

    BalasPadam
  6. Semua sedap. Lama pulak tak makan budu dgn tempoyak

    BalasPadam
  7. Sy pun beli pucuk paku semalam. Tapi sekadar goreng tumis saja.
    Ikan sultan pertama kali dengar ni... Manakala ikan tulai tu rupanya akan² ikan pelaling ye Kak Amie

    BalasPadam
  8. Memang terbaik. Nampak macam ringkas, tapi tak cukup nasi ni kalau dah start kaut.

    BalasPadam
  9. Selamat menjamu selera.
    Nmpak sedap semuanya terutama urap tu

    BalasPadam
  10. ikan goreng tetap menggamit selera ;-)

    BalasPadam
  11. ikan tulai tu sama kah dgn ikan kembong? hehehe

    BalasPadam
  12. memang gu sangat la pucuk paku ngn kerang tu

    BalasPadam
  13. Kalau kat sini ada alu dijual berasingan.
    Mak pernah beli alu baru dan saiz lebih besar dari yang lama, jadi puas lah guna bila digenggam.

    BalasPadam
  14. Kalo dah lihat cara kak Amie plating masakan, lalu difoto, memang lah lapar langsung 😄😄😄😍. Dah cocok utk buat foto di buku2 menu restoran hasilnya.👍👍❤️ Menggoda selera sangat

    BalasPadam
  15. MAk aiiii alu lesung patah kuatnya amie.....hehehehe

    BalasPadam
  16. teringinnya nak buat kerabu kerang + pucuk paku tu. Tapi macam tak berani pula sebab belum pernah cuba

    BalasPadam
  17. Sedapnya kerabu pucuk paku ngan kerang...SA pun teringin nak buat la...

    BalasPadam