Bismillahirrahmanirrahim.
Terlelap, terjaga, terlelap, terjaga, akhirnya bas berhenti di hadapan Grand S Hotel di Istanbul. Sudah pukul 9:15 minit malam rupanya.
Tak sabar rasanya hendak luruskan kaki, luruskan pinggang! Nak ucapkan kepada Istanbul : Hai Istanbul. Aku datang lagi!
Sumber : Google - Leonardo |
Kami akan menginap selama dua malam di hotel empat bintang ini : Grand S Hotel, Istanbul.
Jadinya, sepanjang berada di Turkiye ini kami hanya akan berlegar-legar di sekitar Istanbul sahaja sebelum terbang balik ke tanah air.
Lobi hotel sangat besar dan luas, tapi mata sudah tidak tertarik untuk menikmatinya kerana rasa letih, lapar dan hendak sambung tidur! Ketika daftar masuk, pihak hotel meminta semua passport peserta rombongan untuk disimpan. Keesokan paginya kami akan ambil kembali.
Daftar masuk hotel di kaunter. |
Sumber : Google |
Di dalam bas, ketika mata sekejap terlelap sekejap terbuka dapatlah tangkap gambar pemandangan senja.
Dan tiba-tiba sampai di hadapan Grand S Hotel!
Hari sudah gelap.
Sepanjang kembara kami, inilah kali pertama petugas hotel menyambut beg kami dari bas dan dibawa ke lobi. Terima kasih Turkiye kerana mengalu-alukan kedatangan kami di malam yang dingin. Entah berapa bacaan suhu pada malam itu.
Kedatangan kami disambut dengan segelas kecil jus oren dan jus delima.
Sekarang kami sudah berada di dalam bilik.
Nampaknya warna temanya hitam putih.
Di kepala katil, bentuk empat segi sama warna putih itu telus cahaya lampu dari belakangnya.
Menarik pula bentuk meja seperti papan gelongsor pula.
Tapi yang lebih menarik sudah tentulah apa yang disediakan di sudut sanun!
Tapi yang lebih menarik sudah tentulah apa yang disediakan di sudut sanun!
Ahamdulillah! Ada cerek letrik, air minuman botol dan juga uncang teh serta kopi.
Tak sabar rasanya hendak masak air! Hendak hirup teh panas.
Ada mini peti sejuk di bawahnya.
Kelengkapan tandasnya pun sempurna tetapi ada aroma sedikit!
Pukul 10 malam kami dikehendaki turun ke dewan makan.
Selepas makan malam, kami masuk semula ke bilik untuk bersihkan diri dan kemudian solat jamak takhir. Sempat masak air dan rendam uncang teh. Alangkah nikmatnya dapat hirup teh malam di kala suhu dingin mencengkam suasana! Alhamdulillah. Jom tidur!
Wah sedap tu hirup teh panaskan dingin suasana ...selesa ruang bilik inap hotel s
BalasPadamSaya ingat di Turkiye memang tas kita diturunkan oleh petugas di sana, sama macam Indonesia 😄. Krn beberapa negara biasanya meminta penumpang turunkan sendiri bag dr bus 😁
BalasPadamSetelah menempuh perjalanan yang jauh bila nampak katil hotel mesti rasa nak rebahkan diri terus apatah lagi cuaca yang dingin.
BalasPadamLuar hotel mewah dan dalam pula nampak selesa.
waahhhh Istanbul! waduhhh ini salah satu lokasi impian Ana nak pergi (sbb terpengaruh tengok drama Turki) hehehe
BalasPadamKAtil yang empuk mengamit mata saje. Rasa nak bum tidur hehehehehe
BalasPadamAlamak.
BalasPadamTandas dah elok...
ada aroma pulak🤭
Tandas ada aroma..alahai...spoil kalau macam tu...unik bentuk macam gelongsor..mesti hilang penat dah dapat teh o panas
BalasPadamkat area mana hotel ni kak? sultanahmet? grand bazaar?
BalasPadam