Pages

Sabtu, 9 Disember 2023

Sarapan Bihun Goreng Lagi

Bismillahirrahmanirrahaim.
Biasanya awal pagi lagi Encik Suami sudah keluar membeli sarapan. Selepas hantar Firdaus untuk hadi aktiviti kokurikulum di sekolah, Encik Suami pulang lenggang kangkung. Pagi ini, katanya tak perlulah beli sarapan. Ada bihun, bolehlah goreng. Begitulah cadangnya. Rajin pula dai rendamkan bihun dan keluarkan udang. Kita masuk dapur terus gorengkan bihun.

Beginilah rupa bihun goreng untuk sarapan kami. Tidak ada campuran sayur, melainkan potongan daun bawang hasil tanaman Firdaus. Kita dadarkan telur dan taburkan atas bihun goreng tadi.

Banyak hari beli bihun goreng di warung untuk bekal ke tempat kerja. Hari ini goreng bihun di dapur sendiri. Rasanya tentu tak sama dengan bihun goreng yang dibeli.

Bihun Goreng


Rupanya Encik Suami hendak makan bihun goreng dengan sambal kicap yang kita buat semalam! Katanya, sedap betul sambal kicap itu. Terasa harum asam limaunya.

Inilah antara bahan yang kita gunakan untuk membuat kicap lada. Tambahkan kicap cap kipas udang dan kicap pedas manis Mahsuri. Walllaaaa.... enak banget!

Bihun Goreng

Kawan-kawan sarapan apa pagi ini?

9 ulasan:

  1. lama x buat bihun goreng ni makcik., hehe

    BalasPadam
  2. Meriah dgn warna mihun gorengnya.

    Ps…kak kita pinjam gambar punten akak letak kat blog tau

    BalasPadam
  3. sedap tu bihun goreng siap udang...haisyh, linda masih dalam proses beljar masak, sebab hari punya bihun goreng x kn sama rase dgn bihun goreng esok...hahaha..x taw lah, jenis main masuk je ap yg suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama dengan saya juga. Kadang-kadang lain jenama bihunnya, lain pula hasil masakannya. Ada yang terlembik, dan ada yang keras kejung.

      Padam
  4. Mesti malamnya Encik Majid termimpi² nak makan Bihun Goreng dengan sambal kicap isterinya yang sedap 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... balik-balik dia sebut kicap lada sedap!

      Padam
  5. Betul2 meneguk liur lihatnyaa 😄😍. Sambal kecap tu saya langsung bayangkan makan dengan tahu yang dimasak campur telur . Sedaap 🤤❤️

    BalasPadam