Pages

Ahad, 3 Disember 2023

Ratah Ketam Fama @ Merah dengan Air Asam

Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas Amie kongsikan Ketam Fama di sini: MARI BERKENALAN DENGAN KETAM FAMA

Beberapa hari kemudian, sewaktu kami datang lagi ada bekalan ketam fama baru sampai. Harganya RM40.00 per kilogram. Sebelum ini RM35.00. Kami beli dua ekor seberat 1200 gram. Sempat tanya pekerja di situ, ketam ini sedap masak apa? Jawabnya: Kami biasa rebus dan makan begitu sahaja. Jawapannya itu mengingatkan Amie kepada seorang kawan baik yang sudah pergi untuk selama-lamanya. Kawan baik Amie itu pernah ajar Amie cara untuk menikmati ketam. Diajaknya Amie datang ke rumahnya, dan pada pada yang sama dia singgah membeli lima kilogram ketam di pasar. Sampai ke rumahnya, semua ketam tersebut direbus, dan disediakannya sos pencecah yang sangat ringkas. Dituangnya sos cili dan sos kicap, dan kemudian dipicitkan beberapa biji cili padi. Ketam yang sudah direbus  dengan sedikit garam dan perasa, ditoskan dan kemudian kami makan berdua! Puaslah meratah isi ketam rebus dengan sos pencecah.

Ketam Fama @ Merah Rebus


Dua ekor ketam fama @ merah seberat 1200 gram.

Ketam fama @ merah di atas tapak tangan Firdaus.


Ketam fama @ merah dibelah dua sebelum direbus.

Ketam fama @ merah sedia untuk diratah.

Sediakan air asam sebagai pencecah.

Dan juga sambal tomato.

Meratahlah kami tiga beranak. Rasanya macam ketam juga, tapi lebih sedap sebab isinya tebal dan banyak terutamanya di bahagian sepitnya.


10 ulasan:

  1. Salam. Suka makan ketam. Tapi tak boleh banyak2... alergik.

    BalasPadam
  2. saya tak pernah tengok ketam ni. cantik warna ala2 kingcrab

    BalasPadam
  3. saya sudah lama tak makan ketam. tak bisa memasaknya pula, hanya beli saja di kedai kerana tak faham nak masak apa. heheheh

    BalasPadam
  4. cantik pulak ketam fama ni... mcm fake tapi ori

    BalasPadam
  5. Saya pun LBH suka macam tuh, rebus saja, kasih sos pedas asam. Sedaaap. Apalagi kalo kepitingnya fresh. Rasa dagingnya walo hanya rebus pasti manis 😍

    BalasPadam
  6. kakkkkkkk saya kecurrrrrrrrrr dah niiiiiii

    BalasPadam
  7. Pertama kali tengok ketam fama ni. Terima kasih share kak Amie. Banyak isinya tu. Jarang rebus ketam sebab asyik kalah dengan masakan lemak cili api tu. Sesekali boleh juga merebus kan. Sedap di ratah dengan pencicah.

    BalasPadam
  8. penuh betul isinya ye kak, yelah mesti terasa manis betul isinya tu direbus je pastu cicah dengan sambal atau sos

    BalasPadam
  9. Susah nak jumpa kat sini...suka ketam ni..banyak telur dan manis isinya

    BalasPadam