Pages

Isnin, 4 Disember 2023

Menganyam Rindu....

Bismillahirrahmanirrahim.
Anak-anak sudah tidak sabar untuk bertemu dan berkumpul satu keluarga hujung tahun ini. Nampaknya Abang Farid kena turun dari Perak, Fuad dari Penang dan Fairuz dari Kota Kinabalu ke Selangor. 

Apa cerita anak-anak Mommy dan Baba sekarang?
Pada 1 Disember 2023 Abang Farid menghadiri Malam Kimia 2023 di Citrine Ruby Ballroom One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya sebagai salah seorang penerima hadiah Research Prize in Polymer and Material Science.

Tahniah Abang Farid.


Anugerah Research Prize in Polymer and Material Science


Nampak meriah majlisnya.



Fuad pula, kelmarin walaupun Ahad tetap bekerja. Katanya untuk kumpul cuti sebab Mommy dan Baba balik ke Selangor. In syaa Allah nanti kita bercuti bersama sekeluarga ya dik.

Fuad tayang-tayang nasi kandar!


Si bongsu tak jadi, Fairuz akan terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Katanya, mahal pula tiket penerbangan balik ke Kota Kinabalu. Kota Kinabalu - Kuala Lumpur RM300.00, tapi Kuala Lumpur - Kota Kinabalu RM1,000,00 pula!

Nampak sedih saja wajahnya. Maaf dik, Mommy dan Baba tak sempat datang ke Kota Kinabalu seperti yang adik pinta. Nanti kita jumpa di Kuala Lumpur - Selangor ya!




12 ulasan:

  1. tahniah abang farid!!! nampaknya cuti nnt ada orang fly ke selangor lah ye

    BalasPadam
  2. Kasihan si bungsu... semoga rindunya bs terobati di lain waktu

    BalasPadam
  3. Pasti seruuuu nanti bisa berkumpul semua ya kak. πŸ€—. Anak2' dah jauh, jadi kesempatan untuk bertemu semua pasti selalu ditunggu

    BalasPadam
  4. Tahniah Abang Farid.
    Anak muda yang hebat, semoga terus sukses!

    BalasPadam
  5. seronoknya berkumpul semua...tahniah abg farid

    BalasPadam
  6. wahhh tahniah faridπŸ‘πŸ‘πŸ’ͺπŸ‘πŸ’ͺπŸ”₯

    ehemmm bleh ajak kak amie ronda2 kl ni smbl JJCM

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah dan Tahniah Farid. Suami pun ada pada majlis di One World tu.

    BalasPadam
  8. Tahniah Abg Farid πŸ‘
    Mana gambar si bongsu sebenar Kak Amie? Haha gurau 😁

    BalasPadam
  9. Memang tak sabar rasanya nak berkumpul ramai-ramai kan. Semoga dipermudah segala urusan semua orang. Aamiin...
    Tahniah Abang Farid, semoga terus berjaya.
    Cerita Firdaus pula, sudah pasti rindu abang-abangnya.

    BalasPadam
  10. Tahniah farid, nak cuti sekolah ni kak tak datang ke semenanjung ke jenguk anak-anak?

    BalasPadam
  11. tahniah abang Farid... yang membaca pun tumpang bangga

    BalasPadam