Pages

Ahad, 30 April 2023

Sarapan Apa Pagi Ini?

Bismillahirrahmanirrahim.
Sarapan apa pagi ini wahai kawan-kawan?
Amie goreng bihun, lebihan separuh bungkus yang digoreng untuk juadah berbuka puasa Ramadan lalu. Amie goreng berperencahkan udang kering, tambah hirisan kacang panjang dan lobak merah. Bubuh lada putih tumbuk sikit. Ada lebihan mi kuning dalam peti sejuk. Amie goreng ala mamak. Untuk Firdaus, gorengkan samosa kentang pula.

Samosa Kentang, Bihun Goreng & Mi Goreng ala Mamak.

Samosa Kentang

Bihun Goreng

Mi Goreng ala Mamak

Kopi Cap Tupai kiriman Blogger Anies

Encik Suami renih serbuk Kopi Cap Tupai. Apabila Encik Suami tanya, boleh tak gunakan Kopi Cap Tupai (masih dalam paket) barulah teringat kiriman bungkusan dari Blogger Anies. Aduhai, terlupa untuk dijadikan entri. Kita pun tak ingat bila bungkusan sampai sebab waktu itu kami bercuti di Kota Kinabalu. Beberapa hari kemudian, ternampak bungkusan atas pagar di tepi rumah. Ada beberapa kiriman lain dalam bungkusan tersebut. Nanti kita cuba cari semula gambar-gambar dalam galeri HP. Satu lagi kiriman yang kita ingat sudah tentulah fridge magnet dari Egypt sebab kita sudah lekatkan di luar pintu peti sejuk! Terima kasih dik Anies atas kiriman tersebut. Moga tambah murah rezeki dik Anies sayang!

Bersiap sedia untuk menghadiri rumah terbuka di Silabukan.

Kelmarin, terpisat-pisat bangun tidur dengan mata masih bengkak! Undangan majlis rumah terbuka adik ipar di Silabukan perlu dihadiri. Hidangannya semua sedap belaka. Tak dapatlah nak jamah yang lain sebab kita sudah fokus kepada coto makassar! Makan sampai tiga mangkuk! Hilanglah prinsip untuk jamah serba sedikit makanan sebab jumpa makanan kegemaran!

Sempat solat maghrib di rumah adik ipar sebelum bertolak ke sebuah lagi rumah terbuka iaitu rumah sepupu Encik Suami. Di sini, perut sudah tutup pintu! Apa pun kenalah jamah juga serba sedikit juadah yang sudah disediakan oleh tuan rumah. Perlu ambil kira penat lelah tuan rumah memasak makanan dan tujuan mereka untuk meraikan tetamu. Amie hanya meratah kerabu kaki ayam dan sotong kembang kuah kacang. Walaupun hanya meratah kerabu kaki ayam, tapi dua kali tambah!

Rasa-rasanya hari ini jadual kami hanya untuk santai di rumah. Esok ada tiga lagi jemputan rumah terbuka!

5 ulasan:

  1. Sama, buat bihun goreng jg harini...sedapnya kerabu kaki ayam..

    BalasPadam
  2. wah cantik sedondon ke rumah terbuka

    BalasPadam
  3. Manisnya 3 beranak berpakaian sedondon Mata saya salfok bunga longan Brazil yang lebat di belakang tu🤭

    BalasPadam
  4. Esok last jemputan rumah terbuka utk minggu ni.. hujung minggu dpn gerenti akn bersambung lg.. hehehe

    BalasPadam
  5. Wah, dah macam menu buffet, ada mee siam dan mee kuning. Bahagia nampaknya Daus dapat samosa.

    BalasPadam