Pages

Jumaat, 21 April 2023

Nasi Lemak Kukus Juadah Berbuka Puasa

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, 29 Ramadan kami sekeluarga serta keluarga ipar duai yang lain berbuka puasa di kampung, rumah adik ipar. Masing-masing bawa juadah. Tak sangka pula lalu lintas begitu sesak, dan kami sampai ke kampung ketika azan maghrib berkumandang! Tak sempatlah hendak rakam suasana berbuka puasa di kampung sebab masing-masing sedang menjamu selera. 
Amie masak nasi lemak kukus, lauk sambal sotong kembang. Alhamdulillah, semuanya licin. Anak-anak buah kata, kenapa Auntie tak masak banyak? Tak dapatlah kami hendak menambah. Eh, banyaklah juadah lain bersusun di atas meja seperti laksam, kuih akok, pecal, nasi goreng dan sebagainya. 
Tak apalah, walaupun nampak sedikit tapi cukup dan yang penting tidak berlaku pembaziran. Encik Suami sudah pesan, jangan masak terlalu banyak sebab sampai kampung nanti banyak makanan lain dan takut tak habis pula.

Amie hanya sempat ambil gambar sewaktu di dapur, antaranya:

Nasi Lemak Kukus


Ikan Bilis Goreng

Telur Rebus

Kacang Tanah dan Kacang Gajus Goreng

Hirisan Timun dan Sambal Ikan Tongkol

Sambal Sotong Kembang

Fuad dan Fairuz mengangkat bakul berisi Nasi Lemak Kukus & The Gang

Selepas berbuka puasa, kami solat maghrib dan isya' berjemaah. Setelah mendengar pengumuman anak bulan tidak kelihatan, kami sambung solat terawih berjemaah pula. Selepas itu sambung makan minum, dan tidak lama kemudian masing-masing meninggalkan rumah adik ipar.


Tengah hari tadi sempat siapkan kuih gunting. Tak buat banyak, sekati tepung saja... ahaks! Teringat timbangan dulu-dulu, sekati dua kati!

11 ulasan:

  1. oh...nistalgianya sukatan tepung tu..
    Kat tempat saya takda kerepek gunting ni tapi adunan yang sama dibuat kerepek guna mesin mee dan buat kuih siput..Makih terbayang sekati tepung biasanya dapat kuih siput 1 tin Nestum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah di mana letaknya mesin mi Encik Suami letak.
      Duku sewaktu rajin buat karipap dengan mesin mi itulah juga gelek kulit karipap.

      Padam
  2. Elok tidak buat banyak-banyak sebab banyak makanan lain ada. Lagilah puasa bukan boleh makan banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul.
      Yang lain pun bawa makanan juga.

      Padam
  3. Nasi lemak tu, selain kacang tanah, kacang gajus goreng pun ada ye? Pertama kali tengok. Sedapnya. Patut habis, sampai tak cukup nak tambah. 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Campur tu kacang tanah dengan kacang gajus.

      Padam
  4. dpt ke sy ni mau diratah je ikan bilis k amie tu,🤭

    BalasPadam