Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di hari lebaran keempat. Apa khabar semua? Hari ini semua sambung tidur selepas bangun subuh. Masing-masing letih setelah membantu membuat persiapan untuk rumah terbuka kami pada malam hari raya ketiga. Encik Suami tidak sambung tidur sebaliknya turun ke dapur mengemas apa yang patut. Amie dan Aseeyah pula mengisi balang yang sudah kosong dengan kuih-muih yang ada. Kalau tiba-tiba ada tetamu datang bertandang, tidaklah kelam-kabut.
Hari raya keempat ini kami hendak berehat-rehat sahaja di rumah kerana sejak raya pertama dan kedua sudah berziarah ke rumah sanak saudara.
Hari raya keempat ini kami hendak berehat-rehat sahaja di rumah kerana sejak raya pertama dan kedua sudah berziarah ke rumah sanak saudara.
Balang yang kosong diisi semula, yang berkurang ditambah pula. |
Tiada hidangan ayam, rendang dan yang sewaktu dengan hidangan raya. Makan nasi putih lauk begini sudah cukup menyelerakan! |
Bismillah. Makan tengah hari lengkap seisi keluarga. |
Selepas makan, sambung isi kuih-muih ikut sempat. Azan asar mula berkumandang. Nanti boleh sambung semula. |
Makan tengah hari kami agak terlewat, kira-kira pukul tiga petang. Jadi, sebelah petangnya Amie kata tak perlulah masak nasi lagi. Kalau lapar, boleh makan lebihan nasi tengah hari. Lauk pun masih berbaki. Semua setuju Amie akan buatkan cucur jagung campur udang sebagai minuman petang.
Cucur Jagung Campur Udang, Popia & Samosa |
Sama-sama minum petang. |
Firdaus kurang sihat dari kelmarin. |
Fairuz pun sama, demam! |
Sambung kembali kerja isi balang kuih yang terbengkalai. Oleh kerana tidak perlu masak untuk makan malam, jadi kita pun senang hati buat kerja sendiri! |
Selepas solat maghrib, Abang Farid, Fuad dan Fairuz tiba-tiba tiada di rumah! Encik Suami sibuk mencari dan salah sebuah kereta memang tiada di tempatnya. Apabila Encik Suami menelefon, mereka kata pergi ke kedai membeli air badak untuk Firdaus!
Rupanya, sambil membeli air badak ambil kesempatan membeli di KFC!
Rupa-rupanya anak-anak tak boleh makan tanpa ayam! Walaupun hari raya, sanggup beli KFC! |
Sekian.
Coretan lebaran keempat.
Sudah beberapa hari tidak menulis, tak tahu pula hendak mula dari mana. Ikutkan hati, sudah tidak menulis dua tiga hari, memang akan berterusanlah hingga hari-hari seterusnya. Jadi, mulakanlah mencoret apa yang berlaku pada hari yang sedang dilalui supaya semangat untuk menulis tetap berterusan.
Nampak susut Firdaus. Semoga anak2 Kak Amie cepat sihat semuanya. Cuaca panas kering dan sesekali hujan pastinya mudah demam dan selsema.
BalasPadamAdehhh... masing2 dah ketagih ayam!
Amin ya Allah.
PadamSetakat ini, kita seorang yang masih bertahan. Moga sihat sahajalah hendaknya.
Setuju, lauk-lauk biasa juga lebih selera makan. Cucur jagung dan udang nampak sedap. ๐
BalasPadamKan.
PadamRaya kedua memang dah mula cari nasi putih dan lauk biasa.
Semoga Firdaus cepat sembuh demamnya...sedapnya cucur jagung & gorengan semuanya..
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamHarap begitulah. Makin susut pula badannya.
wah.....meriahnya dah beropen house dah...
BalasPadamNampak susut benar dah Daus tu...Semoga Allah kurniakan keafiatan..
Fairuz pun dah potong rambut ke? Hihihi
Alhamdulillah.
PadamMenyelit pada malam raya ketiga open house kami.
Lega dah selesai.
Mana-mana yang tak dapat datang, boleh berkunjung pada hari-hari lain.
betul..masuk raya ketiga, keempat..memang nak yg simple2 jer.. moga cepat sembuh yer.. SIL MA pun demam satu keluarga, cuaca sekarang ni kan...
BalasPadamKan.
PadamRamai betul yang demam sekarang ni. Moga SIL cepat sembuh.
Kita masa kat PJ hari tu order ayam kfc by GF tapi dibatalkan selepas 1/2 jam menunggu, tak ada driver katanya. Semoga cepat sembuh anak2 yg demam tu ya.
BalasPadamGF pun nak beraya juga ye SK.
PadamTerima kasih doanya. Mudah-mudahan semuanya segera sembuh.
Cucur jagungg sedapnyaa
BalasPadamMemang sedap!
PadamTak sampai berapa minit, licin.
dan lagi ya kak 'mencucur' di hari raya๐๐๐
BalasPadamrajin betul dok isi kuih... saya isi masa pagi raya je. lepas tu kalau habis org lain yg isi. ๐sbb sy dah buat kerja lain
salam aidilfitri buat k amie sekeluarga nunnnn jauh di LD. maaf zahir & batin๐ซฐ
BalasPadamcucur jagung tempat mbul disebut bakwan jagung kak...enak karena pake jagung manis...samosa juga enak...biasanya isi kacang kapri dan ada curry pedasnya sikit
BalasPadam