Kak Ros : Akhirnya Kau Pergi Jua

9:47 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila Dia sudah memanggil hamba-Nya kembali ke pangkuan-Nya, tidak tercepat atau terlewat walau sesaat kerana waktu yang dijanjikan sudah tiba. Allah lebih menyayangimu Kak Ros. Hari ini, akhirnya kakak pergi jua dari dunia fana ke negeri abadi.
Rentetan kisah:

Doktor mencadangkan untuk buka tiub pernafasan pada 25 Januari 2023 bersamaan hari Rabu, tetapi ditunda pada tarikh 26 Januari 2023, hari Khamis pula. Setelah semua ahli keluarga datang pada hari tersebut, tidak jadi juga. Akhirnya tiub dicabut pada pagi Jumaat. Dan Kak Ros bernafas sendiri tanpa bantuan tiub pernafasan. Kak Ros dipindahkan ke wad, tetapi hanya seorang pelawat sahaja dibenarkan masuk ikut waktu lawatan. Setiap pelawat yang masuk mesti menjalani swab test terlebih dahulu. 

Cadangnya Kak Ros akan dipindahkan ke Hospital Tanjung Karang pada hari ini, tetapi takdir Allah mengatasi segala perancangan yang diatur manusia.

Hari ini, Khamis bersamaan 02 Februari 2023, pukul 11:38 Kak Ros telah menutup mata buat selama-lamanya di Hospital Sungai Buluh. Innalillahiwainnailaihiraajiuuun!

Alhamdulillah, semua adik-beradik berkumpul di hospital, membantu memandikan jenazah dan urusan lain berkaitan kematian. Setelah dikafan, jenazah dibawa ke kampung, ke rumah Bonda untuk disembahyangkan selepas solat asar dan terus dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Dari jauh, Amie dan Encik Suami meminta supaya Fuad memohon izin majikannya untuk berziarah di hospital atau ke rumah Bonda untuk membantu apa yang patut. Alhamdulillah, permohonannya diterima. Abang Farid dan Aseeyah pula terus bertolak dari Seri Iskandar ke Selangor.

Kak Ros berada di rumah baharunya.

Van jenazah membawa jasad Kak Ros yang sudah dikafan pulang ke rumah.

Saudara-mara sudah berkumpul di rumah menunggu ketibaan jenazah.

Perjalanan terakhir seorang kakak!

Semua adik-beradik ada di sini kecuali Amie. Fuad yang berbaju belang kuning, mewakili Amie.

Ya Allah, berilah keampunan dan rahmat untuk Kak Ros.
Ampunilah Kak Ros.
Muliakanlah tempat kembalinya.
Lapangkanlah kubur Kak Ros.
Sucikan Kak Ros dengan air, salju dan ais.
Bersihkanlah segala kesalahan Kak Ros seperti Engkau bersihkan baju putih dari kotor.
Jauhkanlah Kak Ros dari seksa kubur dan neraka.
Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal Kak Ros.
Ya Allah, janganlah Engkau halang permohonan kami untuk kebajikan Kak Ros.
Janganlah Engkau uji kami dengan ketiadaan Kak Ros.
Ampunkanlah dosa kami dan dosa Kak Ros.


Kami pamitan dahulu ya Kak Ros. Mulai malam ini tidur Kak Ros sentiasa tenang, ditempat peraduan yang terang dan lapang, dingin dan nyaman. Kami iringi pemergianmu Kak Ros dengan doa penuh ikhlas dan redha. Kami akan teruskan hidup dengan bertemankan  kenangan yang tak terhitung banyaknya sewaktu hayatmu masih ada. 




Selamat tinggal Kak Ros!
Hari ini, tambah sehelai lagi gugurnya daun dari pohon Sidratul Muntaha di 'Arsy.
Janji Allah itu pasti bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Giliran kami akan tiba jua, bakal menyusul tetapi waktunya itu adalah rahsia Allah.


Terima kasih Bonda, adik-beradik, ipar-duai dan anak-anak buah yang selama ini saling bahu-membahu meringankan tugas mengurus dan menjaga arwah Kak Ros di hospital. Kita sama-sama menangis melihat derita sakit Kak Ros. Kita sama-sama berdoa memohon kesembuhan Kak Ros. Allah jua Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Semoga segala pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga kalian akan mendapat sebaik-baik ganjaran pahala daripada-Nya.

Gambar kenangan tujuh beradik.

Sepanjang petang, puas Amie renungi wajah arwah Kak Ros yang sudah siap dikafankan, yang dikirim oleh Kak Aton. Rasa pilu dan hiba memang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Amie kucup gambar wajah Kak Ros di skrin HP sepuas-puasnya. Matanya tertutup rapat seperti sedang tidur yang sangat lena. Tiada lagi kelihatan riak wajah derita menanggung kesakitan. Kak Ros: Kami semua sangat menyayangimu. Ya Allah! Berilah ehsan-Mu, temukanlah kami semua di syurga-Mu! Amin ya Allah ya Rahman ya Rahim.

Al-Fatihah
Sumber: Google


27 comments

  1. Innalillahiwainnailahirajiun. Semoga Kak Ros tenang di sana.

    BalasPadam
  2. Alfatihah buat kak Ros.
    Salam takziah buat kak Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainnailahirajiun. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

    Salam belasungkawa buat Kak Amie dan keluarga.

    BalasPadam
  4. Salam takziah kak amie dan juga buat keluarga arwah

    BalasPadam
  5. Innalillahiwainnailahirajiun.Salam takziah kak amie...moga Kakros dicucuri rahmat dan dilapangkan kuburnya

    BalasPadam
  6. Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga semua dosa2 Kak Ros diampunkan dan amalan baiknya diterima oleh Allah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Salam takziah Kak Amie sekeluarga. Semoga tabah dan redha atas pemergian allahyarhamah.

    BalasPadam
  7. Sebak sy membacanya. salam takziah buat kak amie sekeluarga. Innalillahi wainna ilahi raajiun. semoga kak ros di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. aminnn

    BalasPadam
  8. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    Salam takziah buat Cikgu Amie dan keluarga.

    BalasPadam
  9. إنا لله وإنا إليه راجعون
    Moga Allah mengampuni dan merahmati roh Kak Ros.
    Salam takziah buat Kak Amie & keluarga.

    BalasPadam
  10. innalillahiwainnailaihirojiun - al fatihah..takziah amie n famili

    BalasPadam
  11. Bergenang air mata sy, semoga roh Kak Ros tenang di sana, menanti bersatu kembali di syurga.

    BalasPadam
  12. Innalillahiwainnailaihirojiun...Salam Takziah dari SA dan keluarga...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe