Kak Ros Tidur Sejak 07 Januari 2023
2:56 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 25 Januari 2023, sudah masuk hari ke-18 Kak Ros ditidurkan.
Ditidurkan bukanlah satu pilihan, tetapi.....
Buat masa ini kita tiada kekuatan untuk menulis tentangnya.... Allahu Akbar!
Kita sangat kagum dengan semangat Kak Ju yang menjaga Kak Ros siang dan malam di hospital. Kak Ju baru sahaja pencen pada 23 November 2022.
Alhamdulillah, ada bilik khas yang boleh dihuni waris pesakit. Setiap kali waktu lawatan, Kak Ju sudah bersedia untuk masuk ke bilik rawatan Kak Ros. Kak Ros tiada sesiapa melainkan Bonda, dan kami adik-beradiknya.
Sebelah petangnya pula, sebaik sahaja tamat waktu pejabat, Kak Aton menyusul dari Kuala Selangor ke Hospital Sungai Buluh.
Begitulah aturannya, saling bahu-membahu di saat ujian melanda. Terima kasih buat adik-adik kami yang lain, yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan di kala dugaan Allah pilih untuk keluarga kami menghadapinya.
Setiap hari selama tiga hari berturut-turut kita sempat lawat Kak Ros waktu tengahari dan terus menunggu waktu lawatan di sebelah petang pula. Setiap hari kita datang, hujan mengiringi kedatangan kita di hospital.
Menatap wajah Kak Ros, dengan tubuhnya yang kering dan layu, dipenuhi pelbagai jenis wayar berselirat di tangan kiri dan kanan, di mulut dan hidung, membuatkan hati rasa sangat pilu. Allah ya Rahman ya Rahim.
Setiap malam, sebelum tidur kita ingin mimpikan wajah Kak Ros yang ceria seperti dahulu!
Kak Ros:
Doa kami sentiasa bersamamu walau dalam apa keadaan sekali pun.
Berusaha mencari gambar tujuh beradik sebelum Covid-19 melanda negara pada 2020.
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, in syaa Allah.
Riwayat al-Bukhari.
16 comments
semoga Kak Ros diberi kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan
BalasPadamMudah2an Allah anugerahi keafiatan buat kak ros
BalasPadamYa allah, kurniakanlah kesembuhan buat Kak Ros...permudahkanlah untuknya...
BalasPadamSemoga Allah menyucikan dosa Kak Ros dengan ujian ini dan Kak Ros dapat kembali ke samping bonda dan adik-beradiknya, insyaAllah.. Amiiinnn YRA.
BalasPadamSemoga Allah beri kesembuhan buat Kak Ros dan dipermudahkan urusan ahli keluarga yang lain.
BalasPadamBerilah kesembuhan pada Kak Ros.
BalasPadamSemoga Allah ampuni dosa-dosa Kak Ros. Amin.
Semoga diberi kesembuhan buat Kak Rod 🤲
BalasPadamSayu sy baca coretan Kak Amie:(
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan akk sekeluarga juga
Semoga kak Ros kembali sembuh seperti sedia kala.
BalasPadamSemoga AllH kurniakan kesembuhan untuk Kak Ros dan mudahkan urusan saudara mara yang menjaga Kak Ros 🤲
BalasPadamDoa cepat sembuh untuk Kak Ros ya Amie.
BalasPadamAllahu.. semoga Kak Ros cepat sembuh dan Allah permudahkan segala urusan keluarga Cikgu Amie.
BalasPadamSaya doakan kak Ros kembali sedar dan diberi kesihatan yang baik
BalasPadamsyafakillah kak ros semoga kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. aminnn
BalasPadamsedihnya baca kak, moga diberikan kekuatan dan kesembuhan buat kak Ros ya
BalasPadamSemoga Allah sembuhkan Kak Ros, dan beri kekuatan pada keluarga Amie.
BalasPadamsemoga allah berikan kesembuhan amin
BalasPadam