Doktor mencadangkan untuk buka tiub pernafasan pada 25 Januari 2023 bersamaan hari Rabu, tetapi ditunda pada tarikh 26 Januari 2023, hari Khamis pula. Setelah semua ahli keluarga datang pada hari tersebut, tidak jadi juga. Akhirnya tiub dicabut pada pagi Jumaat. Dan Kak Ros bernafas sendiri tanpa bantuan tiub pernafasan. Kak Ros dipindahkan ke wad, tetapi hanya seorang pelawat sahaja dibenarkan masuk ikut waktu lawatan. Setiap pelawat yang masuk mesti menjalani swab test terlebih dahulu.
Cadangnya Kak Ros akan dipindahkan ke Hospital Tanjung Karang pada hari ini, tetapi takdir Allah mengatasi segala perancangan yang diatur manusia.
Hari ini, Khamis bersamaan 02 Februari 2023, pukul 11:38 Kak Ros telah menutup mata buat selama-lamanya di Hospital Sungai Buluh. Innalillahiwainnailaihiraajiuuun!
Alhamdulillah, semua adik-beradik berkumpul di hospital, membantu memandikan jenazah dan urusan lain berkaitan kematian. Setelah dikafan, jenazah dibawa ke kampung, ke rumah Bonda untuk disembahyangkan selepas solat asar dan terus dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Dari jauh, Amie dan Encik Suami meminta supaya Fuad memohon izin majikannya untuk berziarah di hospital atau ke rumah Bonda untuk membantu apa yang patut. Alhamdulillah, permohonannya diterima. Abang Farid dan Aseeyah pula terus bertolak dari Seri Iskandar ke Selangor.
Kak Ros berada di rumah baharunya. |
Van jenazah membawa jasad Kak Ros yang sudah dikafan pulang ke rumah. |
Semua adik-beradik ada di sini kecuali Amie. Fuad yang berbaju belang kuning, mewakili Amie. |
Ya Allah, berilah keampunan dan rahmat untuk Kak Ros.
Ampunilah Kak Ros.
Muliakanlah tempat kembalinya.
Lapangkanlah kubur Kak Ros.
Sucikan Kak Ros dengan air, salju dan ais.
Bersihkanlah segala kesalahan Kak Ros seperti Engkau bersihkan baju putih dari kotor.
Jauhkanlah Kak Ros dari seksa kubur dan neraka.
Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal Kak Ros.
Ya Allah, janganlah Engkau halang permohonan kami untuk kebajikan Kak Ros.
Janganlah Engkau uji kami dengan ketiadaan Kak Ros.
Ampunkanlah dosa kami dan dosa Kak Ros.
Gambar kenangan tujuh beradik. |
Innalillahiwainnailahirajiun. Semoga Kak Ros tenang di sana.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamAlfatihah buat kak Ros.
BalasPadamSalam takziah buat kak Amie sekeluarga.
Terima kasih Yaya.
PadamInnalillahiwainnailahirajiun. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
BalasPadamSalam belasungkawa buat Kak Amie dan keluarga.
Amin ya Allah.
Padamterima kasih Farrah.
Salam takziah kak amie dan juga buat keluarga arwah
BalasPadamTerima kasih Ret.
PadamInnalillahiwainnailahirajiun.Salam takziah kak amie...moga Kakros dicucuri rahmat dan dilapangkan kuburnya
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamTerima kasih Afzan.
Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga semua dosa2 Kak Ros diampunkan dan amalan baiknya diterima oleh Allah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Salam takziah Kak Amie sekeluarga. Semoga tabah dan redha atas pemergian allahyarhamah.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamTerima kasih Carneyz.
Sebak sy membacanya. salam takziah buat kak amie sekeluarga. Innalillahi wainna ilahi raajiun. semoga kak ros di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. aminnn
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamTerima kasih Anies.
Salam takziah
BalasPadamTerima kasih Mama Zharfan.
Padamإِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
BalasPadamSalam takziah buat Cikgu Amie dan keluarga.
Terima kasih Faizah.
Padamsalam takziah
BalasPadamAl fatihah
Terima kasih Cik Nur.
Padamإنا لله وإنا إليه راجعون
BalasPadamMoga Allah mengampuni dan merahmati roh Kak Ros.
Salam takziah buat Kak Amie & keluarga.
Amin ya Allah.
PadamTerima kasih Ujie.
innalillahiwainnailaihirojiun - al fatihah..takziah amie n famili
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamBergenang air mata sy, semoga roh Kak Ros tenang di sana, menanti bersatu kembali di syurga.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamInnalillahiwainnailaihirojiun...Salam Takziah dari SA dan keluarga...
BalasPadam