Menjenguk ke Luar Jendela : Apa Khabar Semua?

5:05 PTG

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dengan izin-Nya petang ini Amie dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan maya yang disayangi. Terlebih dahulu Amie ingin ucapkan jutaan terima kasih dan rasa terharu di atas kehadiran rakan-rakan blogger ke dapur Amie yang agak lama juga tidak berasap. Terima kasih atas doa sepanjang ketiadaan Amie. Terima kasih mendoakan Amie cepat sembuh, terima kasih yang tak terhingga! Hanya Allah yang mampu membalas doa kalian dengan segala rahmat dan kebaikan daripada-Nya.

Tak sabar rasanya untuk berkunjung ke rumah rakan-rakan semua. In shaa Allah, selepas ini harap dapat kembali menulis seperti biasa. Rindu nak baca coretan kalian!

Petang kelmarin Amie gagahkan diri melangkah keluar dari pintu, melihat-lihat keliling rumah. Amie sangat terkejut melihat pokok keledek yang tumbuh rimbun. Rasanya hanya beberapa hari Amie tidak menjenguk ke luar rumah!
Bila dihitung, rupanya banyak hari Amie terlantar di pembaringan.
Tidak disedari, Amie telah melalui malam-malam yang menyeksakan. Malam yang dilalui dengan pelbagai mimpi disebabkan suhu badan yang tinggi. Bonda kata, sebab perut kosong jadi mimpi yang bukan-bukan! Pernah satu malam hingga ke pagi, muntah tidak berhenti sehingga lesu tak bermaya! Seperti biasa, kalau nikmat sihat Allah tarik maka segala yang ada di depan mata tidak bermakna lagi. Biar pun perut lapar, mulut terasa pahit. Makanan yang dihidangkan pun hanya mampu dicicipi sesudu dua sahaja!
Alangkah besarnya harga yang bernama sihat.

Jom..... teruskan melihat hijau-hijau.

Amie lihat daun pokok selasih semakin subur di dalam pasu.
Saiznya semakin lebar, tidak kecil seperti sebelumnya.

Selama ini Amie tanam pokok kesum tapi tak pernah panjang umur.
Sebelum jatuh sakit, Encik Suami beritahu pokok kesum tumbuh subur tapi Amie tak sempat tengok.  Kata Encik Suami, kaedah penanaman yang biras Amie cadangkan rupanya beul-betul menjadi!
Alhamdulillah!
Selepas ini kalau nak masak asam pedas, tak perlu beli daun kesum lagi.

Banyak petua atau cara nak tanam pokok kesum rupanya. 
In shaa Allah, selepas ini Amie nak kongsikan cara tanam pokok kesum untuk anda yang selalu tanam tapi tak hidup! Kami sendiri, sudah tidak terkira berapa puluh kali tanaman pokok kesum tapi baru kali pertama ini pokok kesum hidup!

Pada masa yang sama, pokok pudina juga baru keluarkan sehelai dua daun. Kelmarin, pokok pudina  kelihatan subur merimbun!

Pokok bayam Brazil sudah dipindahkan oleh Encik Suami ke kawasan yang agak lapang memandangkan sebelum ini hanya ditanam di dalam pasu.


Masih ada lagi saki baki buah mangga udang yang belum masak di pokok.



Di dapur, ada dua bekas berisi mangga udang.
Setiap pagi Encik Suami akan petik mangga yang matang. 
Kalau masak atas pokok, mangga akan jatuh dan pecah.


Alhamdulillah.
Buah mangga udang dapat dibahagi-bahagikan kepada jiran dan ahli keluarga. 

Seperti biasa tukang buat air (Fairuz) akan kupas mangga udang yang masak. Musim kali ini Amie tidak dapat ikuti sepenuhnya perkembangan aktiviti Fairuz di dapur dengan mangga udangnya.  Tengahari tadi sempat melihat Fairuz kupas sebiji mangga,



Tengahari tadi, tiba-tiba terasa ingin masak di dapur. Encik Suami terkejut bila Amie kata nak masak. Hampir dua minggu Amie tak masuk dapur. Melihat daun keledek yang tumbuh subur, itulah yang membuatkan Amie ingin memasaknya!

Ketika Amie sedang memasak, satu persatu anak-anak datang  ke dapur. 
Agaknya rasa hairan tiba-tiba ada bau masakan. Sebelum ini Fairuz dan Fuad asyik bertanya, bila Mommy boleh masak? Agaknya bosan setiap hari asyik makan makanan bungkus bermula dari sarapan pagi sehinggalah makan malam.

Inilah hidangan makan tengaharai kami. Nampak macam pucat saja, sama pucat dengan tukang masaknya yang baru masuk dapur! Ada ikan talapia goreng. Sotong masak kicap dengan kentang. Pucuk keledek & bayam Brazil masak lemak putih dengan udang. Sambal belacan, ulam timun dan telur masin


Nasi beras Bario.




Pucuk Keledek & Bayam Brazil Masak Lemak Putih dengan Udang.



Alhamdulillah. Hari ini dapat berkumpul sekeluarga menikmati hidangan tengahari bersama.

30 comments

  1. Alhamdulillah.. akak dh beransur sihat.. mst rindu sgt nk masak tu.. bila dapur dh berasap bkn main sedap menunya ye.. take care kak amie

    BalasPadam
  2. Kasihan mereka tidak dapat makanan dimasak ibunya.
    Hehe perasan nama Puan Amie tersenarai sebagai komentator untuk blog Fiza dan Iamaslowrunner.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah kak amie dah makin sihat.seronok anak-anak kak amie bila ibu diaorang masuk dapur yea hihihi

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah Amie dah kembali masak untuk semoga akan kembali sihat sediakala, aamiin. Subur-subur pokok2 di luar jendela suka kak ana tengok. Masyaa Allah

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah
    Sihat2 tanamannya.
    Semoga tuan tanahnya juga beransur sihat.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... Semoga kesihatan cikgu semakin baik.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah semakin sihat n pulih sediakala jaga kesihatan diri

    BalasPadam
  8. Allahuakbar.....semuga amie semakin sihat bersama keluarga. Apa pun kerja jangan kuat sangat, jaga diri dan kesihatan ya.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, Amie dah sembuh sepenuhnya. Kita pun hairan sebenarnya, sebab kata nak berehat seketika, tapi dah bertika-tika, rupanya dua minggu terlantar ya, semoga Amie terus diberi kesihatan yang baik, Amiiinnnn.

    BalasPadam
  10. alhamdulillah dh beransur pulih..smoga cpt pulih sepenuhnya dan dpt menulis blog spt biasa...mangga tu fav

    BalasPadam
  11. Kak Amie, get well soon.. tau..rindu nak tgk blog kak amie active hari2

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah kak amie kembali sihat.
    Wahh subur semuanya tanaman. Dapat juga buat lauk hidangan seisi keluarga.

    Kak amie, nanti bg email ye
    https://www.azhafizah.com/2020/12/top-10-komentator-blog-sihatimerahjambu.html

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, Amie sudah sihat. Semoga Amie terus kuat dan sihat ye. Amin. Sedap tengok lauk-pauk masakan Amie.

    BalasPadam
  14. Alhamdulilah dah semakin sihat.
    Pokok keledek tu subur betul.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah semoga amie terus sihat.
    Suburnye semua tanaman tu.
    Suka tengok.

    BalasPadam
  16. Salam amie. Rindu kat amie. Minta maaf agak lewat meninggalkan komen, aritu dah datang tapi tak sempat nak drop komen semoga amie semakin pulih ye.
    Seronok tengok hasil tanaman amie yg subur2 tu, dah boleh dimakan hasilnya tu, bestnya.

    BalasPadam
  17. welcome back! terliur tengok mangga tu

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah moga bertambah sihat aamiin

    Tak sabar nak tahu tips tanam daun kesom tu.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah moga sentisa sihat k.amie..saya tanam kesum hidup tp macam kurus je.ha haa.pudina saya pun subur gemuk je.

    BalasPadam
  20. Pokok-pokok pun rindukan Amie, semua segar-bugar untuk bagi semangat kat Amie tu.

    BalasPadam
  21. moga akak sihat seperti sediakala... rindu nak baca cerita akak di tahun baru ini

    BalasPadam
  22. salam tahun baru kak.. semoga tahun baru 2021 ni lebih ceria dan bahagia disamping keluarga tercinta =)

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum happy new year kak.. wah,,, teliur pulak tengok makanan kt blog akak ni. hehehhe saya pun teringin nak tanam pokok2 mcm tu.. senang. tak payah nk beli2. nak je, petik!. ehhehe

    BalasPadam
  24. wahhhhh semuanya subur2 belaka suka sy tgk...

    btw selamat thn baru 2021 ;-)

    BalasPadam
  25. Ya allah...tak tau kak amie tak sihat..semoga kak amie terus kuat dan terus aktif lepas ni ye...Selamat Tahun Baru kak...hidangan tu nampak seap betul walau simple jer...kalau pucuk keledek SA suka buat goreng belacan...sedapnyaaaaa

    BalasPadam
  26. waahh nmpk sedap ikan talapia goreng tu makk.. 😅😅😅

    BalasPadam
  27. Hadoi ka.. dalam banyak-banyak tu, mangga tu yang paling mengancam.. Kemain cantik warna isi dia..

    BalasPadam
  28. Assalam kak, Bolehkah share cara buat sambal belacan tu? Terima kasih.

    BalasPadam
  29. @Yana Sambal belacan ini versi simple. Hanya bakar belacan, tumbuk bersama cili padi, perahkan jus limau kasturi, bubuh garam gula secukupnya. Itu sahaja.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe