Tortilla 3 Rasa & Haiwan 3 Bentuk

11:14 PG

Alhamdulillah. Rehat seketika dari berBDR. Dapat lagi bertemu di alam maya. Awal pagi tadi layan selera seisi keluarga dengan 3 rasa isi tortilla yang berbeza. Fuad, Fairuz dan Encik Suami tak kisah makan tortilla dengan inti apa. sahaja. Amie sediakan tortilla inti dada itik salai.


Tortilla Inti Dada Itik Salai



Firdaus tak mahu makan itik. Jadi Amie buatkan tortilla gulung-gulung dengan telur dadar bubuh capsicum hijau, merah dan kuning. Abang Farid pula mahu tortilla dengan telur dadar kosong sahaja. 

Tortilla gulung telur dadar & capsicum 3 warna.




Tortilla gulung telur dadar.






Seperti biasa, melaksanakan tanggungjawab hakiki yang digalas. Sambil membuat kerja sendiri, sambil memantau kerja sekolah Firdaus. Pagi ini kena hantar laporan bergambar kepada guru Pendidikan Jasmani. Tugasan diberi pada minggu lepas dan perlu dihantar pada hari ini. Tajuknya: Saya Kreatif. Murid dikehendaki membina objek haiwan mengikut kreativiti masing-masing. Objektifnya supaya murid berkebolehan mengaplikasi kemahiran motor kasar untuk membina objek haiwan menggunakan blok mainan atau platisin. Encik Suami belikan plastisin 4 warna. Jadi, Firdaus perlu kreatif untuk menghasilkan objek haiwannya.

Inilah hasil objek ciptaan Firdaus setelah beberapa hari menggentel tanah liat!


Tak tahu apa nama haiwan apa yang dihasilkan ini. Ulat beluncas atau ulat bulu. Firdaus manfaatkan sepenuhnya 4 warna tanah liatnya itu. Hasilnya, ulat warna-warni dengan ekor merah.

Ini siput. Ada rupa cengkerang gulung-gulung itu kira namanya siputlah. Asal ada rupa siput, siaplah objeknya. Entahlah jenis siput apa, dengan warna hijau birunya itu... ahaks! 

Hari pertama dapat tugasan, Firdaus memang terus cakap nak buat kumbang kura-kura!
Hari-harilah dia menggentel tanah liat hitam dengan merah. Inilah hasilnya.

Lega rasanya apabila sudah menyiapkan tugas yang diberi. Firdaus rasa seronok, kita pun rasa lega. Walaupun anak yang buat kerja, tapi yang tak senang duduk selagi belum hantar kepada gurunya.

9 comments

  1. Seronok tengok hidangana tu ha..nak buat macam ni jugak nanti minggu depan..boleh bawak bekal pi kerja kan...untuk sarapan dan maybe belh bawak bekal untuk lunch time jugak tapi kena fikir lain..wahhhh...kreatifnya Firdaus...cantik result kerja sekolahnya tu..comel..

    BalasPadam
  2. aduh sedapnya tortila akak tu... daging itik tu nampak menggoda sgt kak...
    cantik dan comel hasilnya kraf tangan daus

    BalasPadam
  3. Sedapnya tortilla. Rajin gak layan tekak anak anak.
    Kreatifnya Firdaus cantik pulak tu

    BalasPadam
  4. eh uniknya, tanah liat !!! waaa pandai and creative si handsome ni kan

    BalasPadam
  5. Suka yang set paling atas tu sebab ada itik.. Hihihi

    BalasPadam
  6. Cantik kejadian 3 haiwan tu!! Lama Cik TK tak main tanah liat..

    Tortilla tu semua nampak sedap walaupun isi telur dadar saja.

    BalasPadam
  7. nampak sedap.. sedap mkn itik salai.

    puas hati tgk tanah liat dh jd berwarna.. menarik

    BalasPadam
  8. Tortilla isi apapun sedap dimakan. Comel betul haiwan 3 bentuk yang firdaus buat. Berwarna warni. Memang lega kalau tugasan berjaya diselesaikan.

    BalasPadam
  9. Kreatif firdaus buat bentuk haiwan-haiwan tu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe