Gerai Jualan di Pinggir Jalan di Musim PKPB

4:28 PTG

Tengahari tadi, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah, singgah sebentar di gerai jualan ubi kayu di pinggir Jalan Segama LD. Amie beri gelaran gerai ubi kayu sebab sebelum PKP & PKPB, gerai ini hanya ada jualan ubi kayu sahaja. Sesekali ada pisang nipah, jantung pisang, pucuk ubi, terung, jagung dan cili padi. Penjualnya pula wanita separuh usia, dan kadang-kadang ditemani lelaki yang juga sebaya dengannya. Kelihatannya mereka berkebun, melihat kepada cara berpakaian, parang serta cangkul yang ada di gerai tersebut.

Segalanya berubah sedikit demi sedikit ketika dilaksanakan PKP bulan Mac lalu. Lama-kelamaan, gerai tersebut bertambah luas sehingga menyeberang parit kecil. Jualannya pun pelbagai! Peniaganya pun bukan lagi wanita dan lelaki separuh umur, sebaliknya lebih muda dan terdapat lebih daripada dua orang yang berada di situ. Walaupun mungkin sudah bertukar pemilik namun Amie tetap juga selalu singgah di sini.

Gerai kecil ini kelihatan semakin tersusun dengan gantungan jagung segar dan pelbagai jenis pisang serta hasil tanaman yang lain. Kalau dahulu Amie beli selonggok ubi kayu dengan harga RM2.00 sahaja, tetapi sekarang dijual dengan cara timbangan.

Melihat keadaan gerai ini, memang nampak kesungguhan pemiliknya untuk menarik perhatian pembeli.  Tidak terlihat sebarang sampah sarap baik di dalam longkang atau pun di bawah para-para tempat letak bahan yang dijual.


Dari jauh nampak sedap mata memandang. Kaki pun terus menekan brek kereta untuk berhenti di hadapannya. Buah-buahan yang dijual nampak segar belaka!

Inilah yang Ame katakan perubahan yang berlaku! Masuk ke bahagian dalam terdapat banyak jualan untuk keperluan dapur termasuk bawang dan juga telur masin, belacan, ikan bilis dan sebagainya.

Amie kagum dengan kesungguhan para peniaga di gerai pinggir jalan. Kalau sebelum PKP hanya wujud dua buah gerai ubi kayu sahaja, tetapi semenjak PKPB dilaksanakan lebih 5 buah gerai wujud di kawasan yang berhampiran. Sewaktu Amie singgah, panas terik matahari memanah kawasan gerai jualan. Terasa bahangnya. 

Amie tinggalkan gerai tadi, dan memandu belok ke Jalan Asam sebelum tiba di simpang jalan menuju ke taman perumahan. Di sebelah kiri pinggir jalan juga dipenuhi dengan deretan gerai jualan hasil kampung. Alhamdulillah! Rezeki Allah ada di mana-mana. Jika rajin berusaha, akan datanglah hasilnya.  Gerai ini juga wujud sebaik sahaja PKPB dilaksanakan. Dulu hanya ada 2 buah gerai sahaja, tetapi kini sudah bertambah lebih dari 10 buah!

Di kawasan gerai jualan ini, sekali lagi Amie tertarik dengan kebersihannya. Harapnya para peniaga di sini terus mengekalkan tahap kebersihan persekitaran sepanjang masa. 
Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Mudah-mudahan rezeki berniaga sentiasa menyebelahi mereka.

8 comments

  1. segar2 kelihatan sayur2an dan bauh2an yg dijual tuAmie..

    BalasPadam
  2. Sedap plak semua tu...segar..mesti murah- murah kan kak amie...

    BalasPadam
  3. Allah, segar-segar hasil jualannya.

    Sekarang memang ketara gerai-gerai pemiaga tepi jalan umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Dekat simpang masuk ke perumahan kami pun dah macam pasar malam. Masing-masing mencari rezeki. Mana yg jujur, ikhlas berniaga tu memang patut kita support.

    BalasPadam
  4. Jagung yang masih dengan tangkai tu best buat tangkapan.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..rezeki mereka juga dapat berniaga..suka tengok keadaan gerai yang sangat bersih dan kemas..

    BalasPadam
  6. bersih dan tersusun kedai ni, kalau atie lalu pun wajib tekan brek ..

    BalasPadam
  7. banyaknya hasil.. murah tu harganya kak amie.

    di semenanjung tak dpt harga begitu. nampak keledek, sedap goreng begitu saja.

    BalasPadam
  8. Memang sedap mata memandang dan tertarik nak membeli kalau kedai bersih dan kemas tersusun macam ni. Sekarang ni semua orang struggle mencari pendapatan demi kelansungan hidup. Semoga murah rezeki peniaga peniaga semua. Aaaminn...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe