Sup Kaki Ayam dengan Kundur
9:05 PTGDua tiga hari kebelakangan ini, setiap kali buka pintu dari bilik tamu kedua, ada semacam aroma yang sedap dihidu. Tertanya-tanya juga, kalau-kalau ada sesiapa pakai minyak wangi, tetapi rasanya baunya bukan bau dari minyak wangi. Nak kata bau bunga sundal malam yang harum semerbak pun bukan juga. Pokok bunga sundal malam yang ditanam depan pintu dapur, berbunga lebat dan berbau harum menusuk setiap kali menjelang senja sudah lama Encik Suami tebang. Nak kata bau bunga tanjung, pokoknya nun jauh di seberang taman. Tertinjau-tinjau juga sehingga ke pagar jiran sebelah, mana tahu ada bunga sedang berkembang! Tidak ada juga. Misteri sungguh!
Pagi tadi, duduk di tangga luar pintu bilik tamu kedua, belek-belek buah kundur tiga biji yang hampir seminggu terletak di situ. Amie ambil sebiji, dan terasa buah kundur agak ringan. Mungkin sudah tua, kerana bulunya yang putih pun sudah hampir tiada. Amie nak masak sup dengan kaki ayam. Ketika sedang menimbang-nimang sebiji kundur, tiba-tiba Amie terhidu bau yang menjadi misteri sejak dua tiga hari lalu. Rupanya bau itu datangnya dari buah kundur yang sedang Amie pegang!
Masha Allah!
Minggu lepas, Fuad beritahu kawannya, Byverly meminta dia datang ke kampungnya. Katanya banyak labu manis dan labu kundur di kebunnya. Fuad pun datanglah ke sana, dan kata Fuad berpuluh-puluh biji labu dan kundur diberikan kepadanya. Fuad pun bahagi-bahagikan labu dan kundur di kampung Encik Suami pula. Banyaklah agihan diberi, untuk adik ipar, dan juga untuk kakak ipar. Sampai di rumah, diagihkan pula kepada jiran.
Berbalik cerita tentang kundur tadi, Amie pun bawalah ke dapur. Oleh kerana kulitnya sudah keras kerana tua, Amie pun cuci bersih dan kikis-kikis. Apabila Amie belah buah kundur itu, memang benarlah kundur itu ada aromanya yang tersendiri. Sedap baunya! Teringatlah pula bau minuman buah kundur dalam tin. Amie suka sangat minuman buah kundur dalam tin kerana rasa dan baunya yang sedap itu! Kalau Amie demam atau mati liur (hilang selera makan), memang minuman itulah yang Amie cari.
Sup Kaki Ayam dengan Kundur |
Buah kundur yang sudah tua. Biji dan kulitnya keras. Isinya juga hampir lekang dan bersabut. |
Bahagian luar buah kundur yang sudah dibersihkan. |
Amie gunakan setengah biji buah kundur. Buang bahagian isi dan bijinya. Kemudian Amie potong-potong kecil bersama kulitnya sekali. |
9 comments
Nampak macam berbeza dengan kundur yang saya bayangkan.kundur yang biasa saya masak rasa agak masam kalau sudah tua & tiada bau harum.Apa rasa kundur yang ini cikgu?
BalasPadamSaya juga penggemar air winter melon tin tu.. Sedapkan...
Mamacella,
PadamKundur tua rasa masam ke? Tidak pula ada rasa masam dalam sup yang saya masak ni.
buah kundur kat sini bulat mcm tembikai ya..kat tempat kak panjang mcm labu air
BalasPadamtak pernah cuba lagi menu ni, nampak sedap :)
BalasPadamSedapnya kejadian Sup Kaki Ayam dengan Kundur tu
BalasPadamfeveret nih, kaki ayam...
BalasPadamKaki ayam memang fav SA...tapi x pernah lagi masak style macam ni...nak cuba la...
BalasPadamMenarik hidangan ni kak. Saya tak pernah makan kundur fresh selain pernah minum air kundur dalam tin dan juga kundur bergula tu. Tapi sayang kaki ayam saya tak makan pulak. mungkin boleh cuba dengan bahagian ayam yang lain.
BalasPadamMemang fevret ni. Suka sangat sup kaki ayam...
BalasPadam