Assalamualaikum. Alhamdulillah, dengan izin-Nya petang ini Amie dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan maya yang disayangi. Terlebih dahulu Amie ingin ucapkan jutaan terima kasih dan rasa terharu di atas kehadiran rakan-rakan blogger ke dapur Amie yang agak lama juga tidak berasap. Terima kasih atas doa sepanjang ketiadaan Amie. Terima kasih mendoakan Amie cepat sembuh, terima kasih yang tak terhingga! Hanya Allah yang mampu membalas doa kalian dengan segala rahmat dan kebaikan daripada-Nya.
Tak sabar rasanya untuk berkunjung ke rumah rakan-rakan semua. In shaa Allah, selepas ini harap dapat kembali menulis seperti biasa. Rindu nak baca coretan kalian!
Petang kelmarin Amie gagahkan diri melangkah keluar dari pintu, melihat-lihat keliling rumah. Amie sangat terkejut melihat pokok keledek yang tumbuh rimbun. Rasanya hanya beberapa hari Amie tidak menjenguk ke luar rumah!
Bila dihitung, rupanya banyak hari Amie terlantar di pembaringan.
Tidak disedari, Amie telah melalui malam-malam yang menyeksakan. Malam yang dilalui dengan pelbagai mimpi disebabkan suhu badan yang tinggi. Bonda kata, sebab perut kosong jadi mimpi yang bukan-bukan! Pernah satu malam hingga ke pagi, muntah tidak berhenti sehingga lesu tak bermaya! Seperti biasa, kalau nikmat sihat Allah tarik maka segala yang ada di depan mata tidak bermakna lagi. Biar pun perut lapar, mulut terasa pahit. Makanan yang dihidangkan pun hanya mampu dicicipi sesudu dua sahaja!
Alangkah besarnya harga yang bernama sihat.
Jom..... teruskan melihat hijau-hijau.
Amie lihat daun pokok selasih semakin subur di dalam pasu.
Saiznya semakin lebar, tidak kecil seperti sebelumnya.
Selama ini Amie tanam pokok kesum tapi tak pernah panjang umur.
Sebelum jatuh sakit, Encik Suami beritahu pokok kesum tumbuh subur tapi Amie tak sempat tengok. Kata Encik Suami, kaedah penanaman yang biras Amie cadangkan rupanya beul-betul menjadi!
Alhamdulillah!
Selepas ini kalau nak masak asam pedas, tak perlu beli daun kesum lagi.
Banyak petua atau cara nak tanam pokok kesum rupanya.
In shaa Allah, selepas ini Amie nak kongsikan cara tanam pokok kesum untuk anda yang selalu tanam tapi tak hidup! Kami sendiri, sudah tidak terkira berapa puluh kali tanaman pokok kesum tapi baru kali pertama ini pokok kesum hidup!
Pada masa yang sama, pokok pudina juga baru keluarkan sehelai dua daun. Kelmarin, pokok pudina kelihatan subur merimbun!
Pokok bayam Brazil sudah dipindahkan oleh Encik Suami ke kawasan yang agak lapang memandangkan sebelum ini hanya ditanam di dalam pasu.
Masih ada lagi saki baki buah mangga udang yang belum masak di pokok.
Di dapur, ada dua bekas berisi mangga udang.
Setiap pagi Encik Suami akan petik mangga yang matang.
Kalau masak atas pokok, mangga akan jatuh dan pecah.
Alhamdulillah.
Buah mangga udang dapat dibahagi-bahagikan kepada jiran dan ahli keluarga.
Seperti biasa tukang buat air (Fairuz) akan kupas mangga udang yang masak. Musim kali ini Amie tidak dapat ikuti sepenuhnya perkembangan aktiviti Fairuz di dapur dengan mangga udangnya. Tengahari tadi sempat melihat Fairuz kupas sebiji mangga,
Tengahari tadi, tiba-tiba terasa ingin masak di dapur. Encik Suami terkejut bila Amie kata nak masak. Hampir dua minggu Amie tak masuk dapur. Melihat daun keledek yang tumbuh subur, itulah yang membuatkan Amie ingin memasaknya!
Ketika Amie sedang memasak, satu persatu anak-anak datang ke dapur.
Agaknya rasa hairan tiba-tiba ada bau masakan. Sebelum ini Fairuz dan Fuad asyik bertanya, bila Mommy boleh masak? Agaknya bosan setiap hari asyik makan makanan bungkus bermula dari sarapan pagi sehinggalah makan malam.
Inilah hidangan makan tengaharai kami. Nampak macam pucat saja, sama pucat dengan tukang masaknya yang baru masuk dapur! Ada ikan talapia goreng. Sotong masak kicap dengan kentang. Pucuk keledek & bayam Brazil masak lemak putih dengan udang. Sambal belacan, ulam timun dan telur masin
Nasi beras Bario.
|
Pucuk Keledek & Bayam Brazil Masak Lemak Putih dengan Udang. |
Alhamdulillah. Hari ini dapat berkumpul sekeluarga menikmati hidangan tengahari bersama.
Alhamdulillah.. akak dh beransur sihat.. mst rindu sgt nk masak tu.. bila dapur dh berasap bkn main sedap menunya ye.. take care kak amie
BalasPadamKasihan mereka tidak dapat makanan dimasak ibunya.
BalasPadamHehe perasan nama Puan Amie tersenarai sebagai komentator untuk blog Fiza dan Iamaslowrunner.
Alhamdulillah kak amie dah makin sihat.seronok anak-anak kak amie bila ibu diaorang masuk dapur yea hihihi
BalasPadamAlhamdulillah Amie dah kembali masak untuk semoga akan kembali sihat sediakala, aamiin. Subur-subur pokok2 di luar jendela suka kak ana tengok. Masyaa Allah
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamSihat2 tanamannya.
Semoga tuan tanahnya juga beransur sihat.
Alhamdulillah... Semoga kesihatan cikgu semakin baik.
BalasPadamAlhamdulillah semakin sihat n pulih sediakala jaga kesihatan diri
BalasPadamAllahuakbar.....semuga amie semakin sihat bersama keluarga. Apa pun kerja jangan kuat sangat, jaga diri dan kesihatan ya.
BalasPadamAlhamdulillah, Amie dah sembuh sepenuhnya. Kita pun hairan sebenarnya, sebab kata nak berehat seketika, tapi dah bertika-tika, rupanya dua minggu terlantar ya, semoga Amie terus diberi kesihatan yang baik, Amiiinnnn.
BalasPadamalhamdulillah dh beransur pulih..smoga cpt pulih sepenuhnya dan dpt menulis blog spt biasa...mangga tu fav
BalasPadamSemoga cepat sihat
BalasPadamKak Amie, get well soon.. tau..rindu nak tgk blog kak amie active hari2
BalasPadamAlhamdulillah kak amie kembali sihat.
BalasPadamWahh subur semuanya tanaman. Dapat juga buat lauk hidangan seisi keluarga.
Kak amie, nanti bg email ye
https://www.azhafizah.com/2020/12/top-10-komentator-blog-sihatimerahjambu.html
Alhamdulillah, Amie sudah sihat. Semoga Amie terus kuat dan sihat ye. Amin. Sedap tengok lauk-pauk masakan Amie.
BalasPadamAlhamdulilah dah semakin sihat.
BalasPadamPokok keledek tu subur betul.
Alhamdulillah semoga amie terus sihat.
BalasPadamSuburnye semua tanaman tu.
Suka tengok.
Salam amie. Rindu kat amie. Minta maaf agak lewat meninggalkan komen, aritu dah datang tapi tak sempat nak drop komen semoga amie semakin pulih ye.
BalasPadamSeronok tengok hasil tanaman amie yg subur2 tu, dah boleh dimakan hasilnya tu, bestnya.
welcome back! terliur tengok mangga tu
BalasPadamAlhamdulillah moga bertambah sihat aamiin
BalasPadamTak sabar nak tahu tips tanam daun kesom tu.
Alhamdulillah moga sentisa sihat k.amie..saya tanam kesum hidup tp macam kurus je.ha haa.pudina saya pun subur gemuk je.
BalasPadamPokok-pokok pun rindukan Amie, semua segar-bugar untuk bagi semangat kat Amie tu.
BalasPadammoga akak sihat seperti sediakala... rindu nak baca cerita akak di tahun baru ini
BalasPadamsalam tahun baru kak.. semoga tahun baru 2021 ni lebih ceria dan bahagia disamping keluarga tercinta =)
BalasPadamAssalamualaikum happy new year kak.. wah,,, teliur pulak tengok makanan kt blog akak ni. hehehhe saya pun teringin nak tanam pokok2 mcm tu.. senang. tak payah nk beli2. nak je, petik!. ehhehe
BalasPadamwahhhhh semuanya subur2 belaka suka sy tgk...
BalasPadambtw selamat thn baru 2021 ;-)
Ya allah...tak tau kak amie tak sihat..semoga kak amie terus kuat dan terus aktif lepas ni ye...Selamat Tahun Baru kak...hidangan tu nampak seap betul walau simple jer...kalau pucuk keledek SA suka buat goreng belacan...sedapnyaaaaa
BalasPadamwaahh nmpk sedap ikan talapia goreng tu makk.. 😅😅😅
BalasPadamHadoi ka.. dalam banyak-banyak tu, mangga tu yang paling mengancam.. Kemain cantik warna isi dia..
BalasPadamAssalam kak, Bolehkah share cara buat sambal belacan tu? Terima kasih.
BalasPadam@Yana Sambal belacan ini versi simple. Hanya bakar belacan, tumbuk bersama cili padi, perahkan jus limau kasturi, bubuh garam gula secukupnya. Itu sahaja.
BalasPadam