Jalan-Jalan Cari Sate dengan Gang XPDC
1:08 PTGSelamat berhujung minggu. Rasa kurang bersemangat pula untuk update dapur maya setelah berehat tak menulis sehari dua ini. Ikutkan hati memang tak bersapulah sawangnya nanti.... ahaks! Kalau sehari, dua hari akan membawa kepada hari ketiga, seterusnya seminggu dan boleh berbulan juga malas nak menulis. Tulislah apa sahaja buat kenangan untuk diri serta keluarga yang boleh dijadikan bacaan atau rujukan akan datang.
Petang Jumaat, dua hari lepas kami sempat bertemu Gang XPDC di Pondok Sate, tempat makan sate yang letaknya di Kampung Khamis. Pondok Sate ini letaknya bersebelahan dengan Masjid Kampung Khamis, dekat dengan Sekolah Agama Kampung Khamis, tempat Firdaus bersekolah agama di sebelah pagi sebelum PKP & PKPB.
Sebelum ini Amie pernah paparkan Pondok Sate ini di sini: Jalan-Jalan Cari Sate di Musim PKPB
Sebahagian daripada Gang XPDC Daki Gunung Kinabalu 2015. |
Kemudian Kemi & Jus pula sampai dari Palm Height. Diikuti dengan Nano dari PGA.
Sate ayam dengan nasi himpit. |
Sayap ayam panggang. |
Sayap ayam panggang dengan kicap lada. |
7 comments
Teman yg baik susah dicari, bila ada kena pegang sungguh2..ustaz pesan��
BalasPadamlaaa ingatkan kumpulan penyanyi xpdc rupanya geng mendaki..semuga ukhwah berkekalan hendaknya.
BalasPadamWah menariknya bila gang lama berkumpul kembali!! Meriah!! Makanan pun sedap2 semua! Hehe.. tapi serius tadi ingatkan kumpulan band XPDC.
BalasPadamAlamak....menarim sungguh satay tu...seronok berkumpul macam ni kan...
BalasPadamsesekali keluar mcm ni seronok.. lama dh tak gathering dgn kwan2 disebabkan PKP
BalasPadamSeronoknya dapat berjumpa berkumpul dengan kawan kawan. Sate tu memang menggoda sangat kak. Chicken wings pun sodap. Lama tak makan. huhu
BalasPadamDah lama tak berkumpul makan dengan kawan-kawan
BalasPadam