Rempeyek Oh Rempeyek!
9:32 PTGEntri sebelum tidur. Kita cerita tentang rempeyek, kudapan tradisi masyarakat Jawa yang selalu ditemui ketika hari raya. Di sesetengah daerah, rempeyek juga dibubuh dalam nasi ambeng. Amie sudah berpuluh tahun tidak mengikuti perkembangan majlis kenduri kahwin orang kampung, tetapi seingat Amie dulu ada hidangan kuih-muih tradisi selepas makan hidangan utama, iaitu nasi minyak dan lauk-pauk. Tidak ketinggalan, hidangan rempeyek, kerepek dan keropok, lengkong (agar-agar), wajik dan sebagainya.
Ada pelbagai jenis rempeyek tetapi yang Amie selalu temui hanya 3 sahaja iaitu rempeyek kacang tanah, kacang dal dan kacang hijau. Rempeyek kacang hijau biasanya disebut sebagai tumpi. Rempeyek kacang hijau dan tumpi itu sebenarnya adik-beradik.
Waktu kecil dulu, selalu berebut rempeyek dengan Kak Aton (kakak Amie). Kak Aton suka makan kacang tanah pada rempeyek, Amie pula suka makan bahagian tepungnya yang rasa berempah dan rangup itu! Selalulah Kak Aton kutip kacang tanah yang Amie tak makan ..... ahaks! Ada rempeyek kacang tanah yang penuh dengan kacang! Ada yang hanya sebiji dua sahaja menempel pada rempeyek.
Arwah MIL pernah buat rempeyek, dikirim buat Bonda sewaktu kami balik bercuti di Malaya dulu. MIL tumbuk kacang tanah sekadar pecah, dan kemudian campurkan ikan bilis untuk dibuat rempeyek. MIL tidak gunakan acuan, sebaliknya tuang adunan di tepi kuali. Samalah caranya dengan Bonda buat rempeyek. Amie sangka hanya MIL sahaja yang buat rempeyek gaya begitu. Rupa-rupanya, di kebanyakan tempat di LD, Kunak, Tawau dan lain-lain, Amie temui rempeyek yang sama seperti MIL hasilkan. Secara tidak langsung, Amie sudah temui rempeyek kesukaan Amie, yang tak banyak kacang tanah!
Rempeyek kacang tanah, kacang dal dan kacang hijau. |
Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis |
Rempeyek Kacang Hijau @ Tumpi |
26 comments
Kt opis ada dispatch jual rempeyek...x kedekut bahan...kacng tanah penuh..ikan bilis sampai 2 ekor...sebotol RM20 je...
BalasPadamPertama kali tengok rempeyek dhal
BalasPadamPeyek byk kcg tanah, kaya bilis mmg sedappppp
BalasPadamalaaa sedapnya.. feveret kite ni :)
BalasPadamSukanya saya rempeyek kacang dal. Rangup lemak-lemak.. Tapi jarang jumpa. Selalu jumpa kacang hijau.. Itupun kacangnya social distancing.. Hihihi
BalasPadamkak suka sangat rempeyek kacang dhal n kacang hijau sedap sgt
BalasPadamsama kita mesti rempeyel dal dulu yg dicapai he hee
BalasPadamdana macam akak prefer rempeyek bhg tepung tanpa kacang, tapi kadang dana suka yang kacang sikit je...
BalasPadamdana tak berapa suka rempyek moden yg kadang terlalu nipis tp suka rempeyek mcm mak buat, jenis tak bulat tapi bentuk macam-macam sebab acuan tepi kuali
Kat kampung memang buat cara letak tepi kuali panas, bentuk tak sekata..tapi itulah yang nampak original kan..hehe
BalasPadamSaya suka tumpi dan peyek kacang dhal. Kacang tanah memang tak makan, tak minat.
CP punya feveret rempeyek kacang dal
BalasPadamrempeyek makanan wajib bila raya mesti kena ada walaupun bkn keturunan jawa.
BalasPadambuat sendiri letak kacang tanah dan ikan bilis
Akak suka rempeyek yang kurang kacang tanah dan ada ikan bilis sekor2 tu...sedap.Kalau kacang dal dan tumpi okje banyak kacang lagi sedap.
BalasPadamSekarang ni nak mkn order je dengan kawan .Pernah je buat sendiri tapi sekarang ni rasa tak larat dah menghadap kuali berjam2.
Saya pulak suka rempeyek kacang tanah dan ikan bilis rangup. Ada orang panggil ni tempeyek, ada yang panggil rempeyek.
BalasPadamBenda ni satu balang pon uncle boleh habiskan!
BalasPadamtempeyek ni susah jgk kan nak buat bagi sedap
BalasPadamAllahu, tengok tempeyek ni, tiba-tiba teringat arwah bonda. selalulah bonda buatkan untuk jamu petang-petang di atas beranda rumah pusaka arwah ayahanda.. begitu cepat masa berlalu..
BalasPadamFavourite saya ni, kak. Saya suka juga yang versi letak kencur dan daun limau tu.
BalasPadamMenarik banyak piliha rempeyek. Saya paling suka rempeyek kacang tanah dan ikan bilis tu kak amie.
BalasPadamRempeyek kalau yang Kacang Tanah susah nak stop makan.
BalasPadamZumal dan adik perempuan zumal suka sangat rempeyek, kalau kat Perlis namanya tempeyek. Maybe suka sangat sebab ada keturunan jawa 🤭
BalasPadamMama suka yg kacang tanah dgn bilis
BalasPadamKalau di Johor, ramai suka taruk ikan bilis sekali dengan rempeyek kacang. Sedapnya rasa masin2 sikit
BalasPadamsama lah..saya pun akan capai rempeyek kacang dhal dulu..hihihihi
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamyang kacang tanah n kacang dhal saya makan.. yang ijau tak pastila penah cuba ke tak.. tapi rasa sama saja kan kacang2 tu saja berbeza. suka kalau ada yang letak ikan bilis skali. nyum..
BalasPadamTak kisah lah rempeyek apa pun, semua saya suka.. krup krap, sambil baca buku.. hehehe
BalasPadam