Jalan-Jalan Cari Sate di Musim PKPB

7:04 PTG

Selalu nampak lalu lalang  Pondok Sate di FB, peniaga yang terdiri daripada anak-anak muda  berkulit cerah yang kacak lawa sedang bakar sate dan sayap ayam. Apabila Amie tunjukkan kepada Encik Suami tentang Pondok Sate ini, Encik Suami kata, bukankah itu kedai makan Mak Riz. Mak Riz ialah sepupu Encik Suami, rumah kelahirannya bersebelahan dengan rumah Encik Suami di kampung. Sekarang Mak Riz sekeluarga tinggal di taman perumahan yang sama dengan kami, tetapi berlainan lorong. Arwah ibunya, adik kedua bongsu arwah FIL. Ibu Mak Riz berkahwin dengan orang Iban, jadi Encik Suami kata sate yang dijual di Pondok Sate itu hasil air tangan anak Iban-Cocos. Kedai makan @ Pondok Sate itu letaknya bersebelahan dengan Masjid Kampung Khamis, satu lorong ke Sekolah Agama Rendah Kampung Khamis. Pada sebelah pagi, Firdaus bersekolah di situ, tetapi semenjak PKP yang pertama, sehinggalah sekarang, Firdaus tidak dapat meneruskan pengajiannya lagi.
Dulu, rajin juga Amie ke kampung, singgah di kilang roti Mak Riz. Sekarang pun kilang roti masih beroperasi. Amie cuba belajar buat roti, tapi tangan tetap keras kejung. Kata Riz, anak bujang Mak Riz (orang Melayu Cocos sebut nama ibu dengan nama anak sulung, misalnya Abang Farid anak sulung kami, jadi kalau di kampung nama Amie jadi Mak Farid), ibunya yang menyediakan perapan sate dan juga kuah kacang. Belum pun cuba makan secucuk sate, sudah terasa keenakannya! Kalau di LD dan juga Tawau, ada beberapa gerai sate milik peniaga Melayu Cocos, dan memang rasa sate mereka sangat sedap. Isinya besar, dan cukup rasa. Kadang-kadang tak perlu cecah dengan kuah kacang, makan sate begitu saja pun sudah cukup lazat!

Antara sate yang dijual di Pondok Sate ialah sate ayam dan sate daging. Menurut Riz, sate kambing akan menyusul kemudian.

Gambar-gambar sate dalam pinggan di atas ini bukanlah gambar kami makan di kedai makan Mak Riz. Kami hanya beli sate dan bawa pulang untuk dinikmati seisi keluarga. Jadi, Amie ambil gambar di dapur sendiri.
Sebenarnya sudah banyak kali hendak singgah membeli di sini, tetapi sate selalu sold out sebelum pukul 6 petang. Jadi, petang tadi sekitar pukul 2, Amie ajak Encik Suami datang ke sini dengan harapan masih ada sate untuk kami. Oleh kerana ada khidmat penghantaran juga, jadi lain kali boleh tempah saja dan tunggu sate datang ke rumah.

Sambil bersembang dengan Riz dan juga beberapa orang pekerja di situ, yang terdiri daripada anak-anak muda, anak buah dan anak saudara Riz, sempat Amie tangkap gambar Riz bakar sate. Kebetulan Mak Riz pun ada di situ, jadi sempat bersembanglah kami sementara menunggu sate masak di tempat pembakaran.

Harga secucuk sate ayam ialah RM1 dan secucuk sate daging RM1.20. Ini harga strandard untuk mana-mana sate di LD. Ada juga sate yang lebih murah, tetapi tidaklah penuh isi seperti sate harga RM1.



Nampaknya sate ayam dan sate daging yang kami pesan sudah hampir masak.

Nanti sampai di rumah, adalah tu yang akan bertanya : Kenapa tak beli sayap? Kenapa tak beli buntut ayam? Buntut ayam Mak Riz tak jual ye Fuad. Untuk Fairuz, ada sayap ayam di sini. Nanti Mommy belikan juga.

Sayap ayam berharga RM2 untuk setiap ketul.


Anak-anak kata, tak payah makan malam lagilah Mommy. Kami dah rasa kenyang makan sate.
Alhamdulillah.

Seperti yang diduga, memang sate Mak Riz sangat sedap!
Hirisan bawang merah dan timun itu Amie tambah sendiri.

Sayap ayam pun sedap! Masak sekata dan isinya pun juicy! Pandai anak muda tadi bakar sayap ayam! Tak perasan siapa habiskan sayap ayam dalam pinggan, sebab bila Encik Suami hendak ambil seketul, pinggan sudah kosong. Tak lain tak bukan, memang raja sayaplah yang patut dipertanggungjawabkan menghabiskannya sekelip mata!

14 comments

  1. Sokong anak muda berniaga.
    Nampak sedap kejadiannya.

    BalasPadam
  2. Kenapa tiba-tiba saya rasa nak makan sate juga. Heee...

    Kalau di semenanjung, sayap dipanggil kepak. Anak muda memang panggil wing la. Kalau zaman kita wings tu senonim dengan Awei. Hihihi.
    Kalau sebut sayap saya akan teringat Sayat-sayat @ Gunung Kinabalu.

    BalasPadam
  3. @namakucella Dulu Sayat-Sayat sangat sejuk. Sekarang tak berapa sejuk, terakhir naik Gunung Kinabalu 2014.
    Hahaaa... zaman rock rockan dulu ye!

    BalasPadam
  4. tertelan telan air liur saya tengok post ni haha..sedap sungguh nampak sate2 tu

    BalasPadam
  5. Teringat dulu masa datang Tawau 2007 mmg pakcik rekomen sgt sayap panggang di pasar malam Tawau.. awal thn ni ke KK merasalah jugak sayap panggang di Kundasang yg glamer itu.. hihihi

    BalasPadam
  6. Akak cakap pasal buntut ayam.. Terus teringin kak.. Baru esok ingat nak start diet suku2 separuh balik 😂😂😂

    BalasPadam
  7. teringat saya time kecil2 selalu gaduh dgn abang pasal abang selalu cakap kami ni adik beradik semua anak tiri mak kerana bila orang cari mak, mesti sebut nama abang , macam kes Amie la juga, Mak Farid ...
    haha ... now dah ada anak, orang2 sekitar pun panggil saya dengan nama Mommy Iman .. memang adatlah kan kena panggil guna nama anak pertama ...

    BalasPadam
  8. Nampak isi padat satay tu kurang nampak lemak dia. Berbaloilah sangat lah dengan harga tu. kalau dah makan satay memang kenyang dah. Kalau dah favourite raja ayam, laju lah habis kan kak amie. hihi

    BalasPadam
  9. BESAR SATENYA MAKAN 2 CUCUK DAH KENYANG TU

    BalasPadam
  10. Teringat pulak dulu2 sya pernah berniaga sate bersama Ibu. Kuah sate Ibu sya mmg tiptop..ramai puji. Ohya, komposisi secucuk sate tu perlu ada kulit ayam sedikit supaya lebih juicy. Tu antara tekniknya

    BalasPadam
  11. sayap ayam yg mmg sedap! atie boleh makan 10 ! hahaha

    BalasPadam
  12. Nampak besar-besar sate nya! Kegemaran saya sejak kecik, sate. :D

    BalasPadam
  13. Aduhaiiiii tenguk satay ngences saya. Dah le peminat satay. Kepak ayam pun minat juga.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe