Selamat berhujung minggu. Rasa kurang bersemangat pula untuk update dapur maya setelah berehat tak menulis sehari dua ini. Ikutkan hati memang tak bersapulah sawangnya nanti.... ahaks! Kalau sehari, dua hari akan membawa kepada hari ketiga, seterusnya seminggu dan boleh berbulan juga malas nak menulis. Tulislah apa sahaja buat kenangan untuk diri serta keluarga yang boleh dijadikan bacaan atau rujukan akan datang.
Petang Jumaat, dua hari lepas kami sempat bertemu Gang XPDC di Pondok Sate, tempat makan sate yang letaknya di Kampung Khamis. Pondok Sate ini letaknya bersebelahan dengan Masjid Kampung Khamis, dekat dengan Sekolah Agama Kampung Khamis, tempat Firdaus bersekolah agama di sebelah pagi sebelum PKP & PKPB.
Sebelum ini Amie pernah paparkan Pondok Sate ini di sini: Jalan-Jalan Cari Sate di Musim PKPB
|
Sebahagian daripada Gang XPDC Daki Gunung Kinabalu 2015. |
Kami berkumpul di sini selepas pukul 2 petang.
Orang yang pertama sampai di sini, Amie dan Kam. Sementara menunggu yang lain tiba, kami order minuman dulu.
Kemudian Kemi & Jus pula sampai dari Palm Height. Diikuti dengan Nano dari PGA.
Tidak lama kemudian sampai pula Dar dengan Mimie. Dar dari Taman Warisan, Mimie pula dari Sandakan. Kata Mimie, dia bermalam di rumah Dar. Terharu sungguh dengan semangat setiakawan ini. Walaupun jauh, sanggup datang untuk bertemu.
Selamat bertemu kembali! Moga selepas ini dapat pulihkan semangat untuk kembali bertugas dengan penuh dedikasi. Marilah saling meluah perasaan dan tekanan selama berBDR sepanjang PKPB.
Ambil kesempatan meraikan ulang tahun kelahiran Dik Za Fauzan.
Moga sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat Dik Za Fauzan.
Jom kita makan. Bismillah.
Tidak perlu dipertikaikan lagi rasa sate ayam dan daging yang sememangnya sedap! Tak payah cecah kuah kacang pun dah cukup rasa satenya! Mudah-mudahan Pondok Sate ini terus maju.
|
Sate ayam dengan nasi himpit. |
|
Sayap ayam panggang. |
Tidak lengkap kalau hanya makan sate saja, jadi ambil peluang makan sayap ayam panggang juga. Sayap ayam panggang pun sudah cukup rasa, dan makan begitu saja pun memang sedap!
|
Sayap ayam panggang dengan kicap lada. |
Selain sate dan sayap ayam panggang, ada beberapa hidangan lain yang boleh dipesan.
Kami makan sate dengan sayap ayam panggang, Kemi order mee basah.
Alhamdulillah. Suasana kampung yang damai. Makanan sedap! Hati pun riang! Terima kasih teman-teman terbaik di dunia. Jumpa lagi.
Teman yg baik susah dicari, bila ada kena pegang sungguh2..ustaz pesan��
BalasPadamlaaa ingatkan kumpulan penyanyi xpdc rupanya geng mendaki..semuga ukhwah berkekalan hendaknya.
BalasPadamWah menariknya bila gang lama berkumpul kembali!! Meriah!! Makanan pun sedap2 semua! Hehe.. tapi serius tadi ingatkan kumpulan band XPDC.
BalasPadamAlamak....menarim sungguh satay tu...seronok berkumpul macam ni kan...
BalasPadamsesekali keluar mcm ni seronok.. lama dh tak gathering dgn kwan2 disebabkan PKP
BalasPadamSeronoknya dapat berjumpa berkumpul dengan kawan kawan. Sate tu memang menggoda sangat kak. Chicken wings pun sodap. Lama tak makan. huhu
BalasPadamDah lama tak berkumpul makan dengan kawan-kawan
BalasPadam