Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak Cili Padi dengan Udang & The Gang

8:59 PTG

Assalamualaikum.
Jumpa lagi. Cerita main masak-masak dan kongsi resipi walaupun sekadar resipi biasa-biasa saja. Rupa-rupanya Farid, Fuad dan Fairuz selalu merujuk dapur maya ini untuk masak. Di rumah sewa, Farid rajin juga masak dan kadang-kadang dia bertanya bagaimana untuk mengolah satu-satu menu, dan ada waktu-waktunya dia mencari sendiri di sini. Kalau Amie berkursus, mesyuarat atau jalan-jalan ke luar negara dan memakan masa berberapa hari, Fairuz dan Fuad juga merujuk dapur kecil ini untuk mencari resipi yang mudah-mudah seperti ayam masak kicap dan sebagainya. Encik Suami kata sedap juga anak-anak masak, tapi asyik masak ayam sajalah....  ahaks! Tahun lepas, sepanjang bulan puasa, Fuad sedang bercuti. Fuad bahagikan tugas memasak sahur, dua minggu Fairuz masak dan dua minggu seterusnya dia pula yang masak. Dan di sini jugalah tapak rujukan mereka.
Jadi, walaupun resipi yang sangat mudah seperti membuat telur dadar, Amie tetap jadikan paparan. Senang untuk anak-anak dan remaja lain yang baru belajar memasak buat rujukan.



Hari kedua atau hari ketika raya, keadaan di meja makan sudah kembali seperti biasa. Keinginan untuk menikmati nasi putih bersama lauk-pauk selain rendang dan sebagainya memang mendapat permintaan tinggi.... hiks!
Hari raya ketiga, Amie masak lemak cili padi pucuk paku dengan udang, goreng ikan tuna, buat sambal belacan dan telur dadar. 

Amie mulakan dengan Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak Cili padi dengan Udang. Oleh kerana pucuk paku sangat sedikit, jadi Amie tambahkan kacang panjang. Encik Suami beli seikat pucuk paku, dan tak sampai 10 batang pun!

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk paku pakis tanjung - ambil pucuk dan daunnya
5 batang kacang panjang - patahkan 3 cm
1 cawan isi udang segar
1 cawan pati santan + 2 cawan air
1 batang serai - ketuk
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar / tumbuk:
30 biji cili padi kampung warna hijau
2 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup

Cara memasak:
1. Masukkan bahan kisar bersama serai dan santan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sehingga kuah mula mendidih.
3. Masukkan udang, kacang panjang dan paku pakis tanjung.
4. Teruskan kacau sehingga udang, kacang panjang dan paku pakis tanjung berubah warna dan kuah mendidih.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan. Tak perlu banyak bubuh garam sebab tempoyak sudah ada rasa masin garam.
6. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Walaupun Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak Cili Padi dengan Udang sudah ada rasa pedas, tetapi Amie buat juga Sambal Belacan Siam (Thai) atas permintaan anak-anak. Boleh rujuk resepi yang lalu di sini: Mudahnya Membuat Sambal Belacan Siam yang Sedap!

Bahan-bahan:
11 biji cili padi
1 biji cili hijau - potong 3
1 biji cili merah - potong 3
5 biji bawang merah - kupas kulit
1 biji tomato - kupas kulit - cincang
2 sudu besar gula Siam / gula kabung
2 sudu besar belacan Siam
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Tumbuk cili padi hingga hancur, diikuti dengan cili merah dan cili hijau.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk satu-persatu hingga lumat. 
3. Seterusnya masukkan belacan dan gula kabung. Tumbuk lagi hingga sebati dengan bahan lain.
4. Masukkan tomato dan tumbuk perlahan-lahan hingga hancur.
5. Akhir sekali tuangkan jus limau kasturi, garam / perasa pilihan.
6. Gaul rata dan hidangkan.

Kali ini Amie gunakan pengisar saja. Sebelum ini Amie tumbuk dalam lesung.


Amie goreng beberapa keping ikan tuna. 
Bubuh garam dengan serbuk kunyit saja.

Amie tambahkan telur dadar kegemaran anak-anak. Telur dadar ini Amie campur dengan kacang panjang. Amie suka dadar telur begini dan ketika menggorengnya memang sedap sungguh aroma kacang panjang bersatu dengan telur dalam kuali!

Bahan-bahan:
4 biji telur
4 batang kacang panjang - hiris tipis
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
sedikit minyak

Cara:
1. Dalam sebuah bekas, campur kacang panjang, Maggi Cukup Rasa dan telur. Pukul hingga sebati.
2. Panaskan sedikit minyak.
3. Goreng dadar campuran telur tadi seperti menggoreng telur dadar biasa.
4. Hidangkan bersama sambal kicap, dan nikmati dengan nasi putih.

Nampak biasa-biasa saja telur dadar kacang panjang ini, tapi bila dah mula makan, pasti ingin menambah lagi!


Sekian.
Cerita masak-masak untuk kali ini.
Jumpa lagi.
In shaa Allah.

11 comments

  1. Sedapnya masak lemak pucuk paku tu... mau bertambah-tambah nasinya.

    BalasPadam
  2. kak Amie, sedapnya lemak pucuk paku dengan tempoyak!lama tak amsak macam ni..

    BalasPadam
  3. sedapnya
    pucuk paku masak lemak, ikan goreng
    semua best2
    rinduu pula menu mcm ni

    BalasPadam
  4. sedapnya menu akak, udang dengan pucuk paku memang ngam sangat...
    dana tak pernah masak telur dadar dengan kacang panjang,... kira menu baru nih kak

    BalasPadam
  5. Sedapnya nampak pucuk paku, x pernah lagi msk letak tempoyak Amie. Boleh cuba ni, sbb si Puteri dan kakak dia suka mkn yg ada tempoyak.
    Betul tu Amie segala mcm resipi ank2 suka rujuk tgk nk msk apa2 pun.
    Kalau blog mama dia x ada mesti suh cari blog kwn2 yg kenal

    BalasPadam
  6. Fadzillah,
    betul tu...makan nasi dengan kuahnya pun dah rasa sedap.

    BalasPadam
  7. Cik Matahariku,
    memang sedap ni, kebetulan ada stok tempoyak, apalagi... terus masak saja,

    BalasPadam
  8. Mama Sara Nur,
    dah tak larat nak makan lauk-pauk raya dengan rendang dll, masak-masak beginilah untuk tambat selera.

    BalasPadam
  9. Nurhidana,
    kakak jumpa menu telur dadar dengan kacang panjanng ini sejak mula dulu datang Sabah. Memang sedaplah walaupun simple jew bahannya.

    BalasPadam
  10. Rosa, ada juga gunanya kita tepek resipi2 masakan sendiri di sini. Bila anak-anak jauh, mereka rindu air tangan ibu, bolehlah rujuk dapur maya ibunya.
    Memang sedap pucuk paku lemak tempoyak, lagilah bubuh cili padi kampung! Terangkat habis!

    BalasPadam
  11. Nampak menyelerakan. Hari ni pun masak lemak cili api pucuk paku dan udang

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe