Terima Kasih Kerajaan Malaysia : Kepulangan Yang Dinanti

1:06 PTG

Apabila PKP dikuatkuasakan, kami akur dan redha Farid dan Fuad tersangkut di Malaya. Hasrat untuk beli tiket penerbangan domestik juga turut dibatalkan memandangkan kawalan ketat sedang dilaksanakan di seluruh negara, dan tidak boleh sesuka hati untuk terbang pulang ke LD. Kami sepakat memegang prinsip, kesihatan paling diutamakan! Jadi, ketepikan sebarang rasa terkilan sekiranya tidak dapat menyambut hari raya bersama.


Tiba-tiba, pada akhir April 2020, Farid beritahu UTP menyebarkan maklumat ada peluang untuk pulang dengan mengisi borang online KPT. Rasanya masa yang diberikan pun sangat terhad untuk isi borang, mungkin dalam 2-3 hari sahaja. Encik Suami turut memastikan Fuad pun dapat mengisi borang online. Menurut Fuad, pihak UTHM belum mengeluarkan sebarang arahan.




Keesokan harinya, Fuad beritahu UTHM sudah mengeluarkan arahan dan sudah semestinya Fuad turut mengisi borang tersebut. Fuad akan diterbangkan ke Tawau, dan dihantar ke LD. Waktu itu tidak putus-putus mendoakan agar anak-anak kami selamat sampai ke Sabah tanpa halangan. Nampaknya peluang berpuasa dan beraya bersama keluarga hampir menjadi kenyataan. Pelajar-pelajar IPT Sabah dan Sarawak mula diterbangkan dari Malaya ke destinasi yang ditentukan.


Tiba-tiba, pada 17 Mei 2020 diumumkan pembatalan penerbangan ke Sabah!
Walaupun terkejut, tapi kami memahami situasi yang sedang berlaku.

24 Mei 2020 - Aidil Fitri disambut seadanya, hanya kami berempat sahaja, Encik Suami, Amie, Fairuz dan Firdaus.
Sepanjang bulan puasa, setiap hari Encik Suami akan menelefon bertanya khabar dan perkembangan Farid dan Fuad. Waktu malam, biasanya kami akan buat video call. Rasa sedikit sedih bila mengenangkan kawan serumah Farid pulang ke kampung, dan Farid berbuka puasa seorang diri. Malam raya keseorangan dan di pagi raya makan KFC di rumah sewa.

Mujurlah ada kawan Farid jemput datang beraya di rumahnya. Adalah juga suasana hari raya pada hari raya pertama itu.

Sekurang-kurangnya tidaklah terus berkurung dalam rumah sewa, beraya dengan KFC sahaja. Alhamdulillah. Rezeki Allah, beri peluang Farid beraya walaupun hanya sekali sahaja.

Fuad pula, orangnya jenis happy go lucky. 
Suka atau tidak, orang gembira atau sedih, dia santai-santai saja! Inilah konon rupa dia bila terlalu lama berPKP!


Farid maklumkan kepada kami Majlis Konvokesyen UTP yang dijadualkan pada bulan Oktober 2020 ditangguhkan! Rasanya IPT yang lain pun mengambil tindakan yang sama.

25 Mei 2020, tiba-tiba Fuad beritahu akan menjalani ujian saringan Covid-19 pada 26 Mei 2020. Dan Encik Suami pula dapat berita, lebih kurang 4,000 pelajar Sabah dan Sarawak akan mula diterbangkan ke negeri masing-masing! Berdebar-debar juga menanti berita ujian saringan Covid-19 Fuad. Alhamdulillah, keputusannya NEGATIVE!

Farid pula setakat ini tidak mendapat sebarang arahan dan perkembangan tentang penerbangannya! Cuma, dia beritahu dapat voucher raya sebanyak RM35.00 dari UTP, dan juga barang-barangan di bawah ini.

Mungkin masa Farid untuk terbang belum tiba. In shaa Allah, segalanya akan dipermudahkan. Aamiin.
Fuad mula, pada 26 Mei 2020  seawal pukul 8:00 malam berangkat dari UTHM, Batu Pahat ke UTM. Lebih kurang pukul 10:00 malam, bas UTM menghantarnya bersama pelajar-pelajar lain ke KLIA. Tiba di KLIA pada pukul 4 pagi, dan mereka berada di dalam bas sahaja. 27 Mei 2020, pada pukul 10:00 pagi mereka diarahkan untuk daftar masuk pesawat. Kali ini terbang dengan pesawat AIRBUS dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Tiba di Kota Kinabalu lebih kurang pukul 3:00 petang, dan menunggu selepas Maghrib untuk meneruskan perjalanan ke Lahad Datu pula. Pukul 4:27 pagi, telefon berdering. Fuad sudah tiba di Kompleks Sukan Lahad Datu. Encik Suami terus memandu kereta untuk mengambilnya. Ketika itu azan Subuh mula kedengaran di masjid berhampiran.
Syukur kepada-Mu ya Allah!
Syukur seribu syukur!

Perjalanan yang panjang, naik bas turun bas, naik pesawat dan naik bas lagi sudah tentu cukup meletihkan! Sesampainya di rumah, sambil membuka pintu kereta, Fuad melaung : Assalamualaikum Mom!
Sudah dipesan, jangan bersalam, jangan bersentuhan dengan Encik Suami, Mommy dan adik-adik. Dan dia memang mematuhi semua arahan untuk kuarantinkan diri selama 14 hari di rumah. Katanya, ada pegawai kesihatan yang memantau mereka, ikut sekali menaiki bas dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu.

Tuala, kain pelikat, peralatan mandian semua sudah disediakan. Sebelum mandi, Fuad sempat tanya: Ada makanankah Mom? Lapar!
Allahu Akbar!
Amie menawarkan minuman panas MILO dan roti, atau biskut tapi Fuad menolak.
Encik Suami kata, Fuad mahu makanan berat!
Wokey!
Mandi dulu. 
Solat Subuh.
Dan berehat dalam bilik.
Nanti Mommy buatkan sarapan pagi.

Perjalanan jauh, dari pukul 8:00 malam pada 26 Mei 2020 sehingga pukul 5:00 pagi (tiba di rumah) pada 28 Mei 2020 memang membuatkan badan lesu, melekit dan memenatkan ditambah dengan rasa lapar! Apa pun, yang penting sudah selamat sampai ke pangkuan keluarga!
Terima kasih di atas pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah mengumumkan bahawa pesawat yang digunakan untuk menghantar pelajar-pelajar IPT pulang ke Sabah dan Sarawak merupakan pesawat khas dan kos perjalanan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Pesawat khas digunakan untuk bawa balik pelajar Semenanjung di Sabah, Sarawak.

Pagi ini, Fuad bersarapan pagi dengan secawan teh pandan dan nasi lemak. Katanya, sedap sangat teh yang Mommy buat. Ya, kalau perut lapar memang semuanya sedap ... ahaks!

Nasi Lemak Pandan
Amie masak nasi lemak pandan, berlaukkan sambal udang harimau, dan rendang daging rusa (juadah hari raya) yang Amie tinggalkan sedikit untuk Farid dan Fuad.
Hari ini hari pertama Fuad kuarantin diri di rumah, dan mematuhi SOP yang digariskan.
Kami masih menunggu, dan mengharap kepulangan anakanda sulung kami pula, Abang Farid.
In shaa Allah.
Mudah-mudahan Abang Farid akan menyusul tiba.
Aamiin.
Terima kasih kerajaan Malaysia!
Moga Malaysiaku tambah aman dan makmur!
Moga-moga Covid-19 akan segera berlalu pergi!

10 comments

  1. alhamdulillah akhirnya sampai dah kepangkuan keluarga..ensem pulak berjambang gitu kak amie hihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kepulangan anak ke pangkuan keluarga.

      Padam
  2. alhamdulilah fuad dah sampai dipangkuan, semoga farid pun akan menyusul. selamat hari raya amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ShirVen. Moga dipermudahkan urusan Farid untuk pulang ke Sabah.

      Padam
  3. Alhamdulillah... akhirnya sampai juga si teruna ke pangkuan keluarga. Semoga abangnya juga dapat pulang dengan selamat suatu masa nanti.

    BalasPadam
  4. Syukur alhamdulillah, dah selamat sampai ya sorang amie. Lega rasa.
    Sama mcm ank kwn blk KK. Lama mcm tu juga amie, x boleh turun dr Bas. X apa la kan lama pun janji selamat sampai kan Amie. Nitik air mata kita baca, sedih bila ank jauh kan

    BalasPadam
  5. Munirah,
    terima kasih dik.... syukur kepada-Nya.

    BalasPadam
  6. Fadzillah,
    Alhamdulillah... mudah-mudahan Abang Farid bakal menyusul juga.

    BalasPadam
  7. Rosa,
    Alhamdulillah.... ikutkan hai memang rasa sedih, tapi kuatkan semangat. Semua itu ujian Allah. Perlu hadapai dengan tabah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe