Assalamualaikum.
Jumpa lagi. Cerita main masak-masak dan kongsi resipi walaupun sekadar resipi biasa-biasa saja. Rupa-rupanya Farid, Fuad dan Fairuz selalu merujuk dapur maya ini untuk masak. Di rumah sewa, Farid rajin juga masak dan kadang-kadang dia bertanya bagaimana untuk mengolah satu-satu menu, dan ada waktu-waktunya dia mencari sendiri di sini. Kalau Amie berkursus, mesyuarat atau jalan-jalan ke luar negara dan memakan masa berberapa hari, Fairuz dan Fuad juga merujuk dapur kecil ini untuk mencari resipi yang mudah-mudah seperti ayam masak kicap dan sebagainya. Encik Suami kata sedap juga anak-anak masak, tapi asyik masak ayam sajalah.... ahaks! Tahun lepas, sepanjang bulan puasa, Fuad sedang bercuti. Fuad bahagikan tugas memasak sahur, dua minggu Fairuz masak dan dua minggu seterusnya dia pula yang masak. Dan di sini jugalah tapak rujukan mereka.
Jadi, walaupun resipi yang sangat mudah seperti membuat telur dadar, Amie tetap jadikan paparan. Senang untuk anak-anak dan remaja lain yang baru belajar memasak buat rujukan.
Hari kedua atau hari ketika raya, keadaan di meja makan sudah kembali seperti biasa. Keinginan untuk menikmati nasi putih bersama lauk-pauk selain rendang dan sebagainya memang mendapat permintaan tinggi.... hiks!
Hari raya ketiga, Amie masak lemak cili padi pucuk paku dengan udang, goreng ikan tuna, buat sambal belacan dan telur dadar.
Amie mulakan dengan Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak Cili padi dengan Udang. Oleh kerana pucuk paku sangat sedikit, jadi Amie tambahkan kacang panjang. Encik Suami beli seikat pucuk paku, dan tak sampai 10 batang pun!
Bahan-bahan:
1 ikat pucuk paku pakis tanjung - ambil pucuk dan daunnya
5 batang kacang panjang - patahkan 3 cm
1 cawan isi udang segar
1 cawan pati santan + 2 cawan air
1 batang serai - ketuk
garam / gula / perasa pilihan
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
30 biji cili padi kampung warna hijau
2 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Masukkan bahan kisar bersama serai dan santan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sehingga kuah mula mendidih.
2. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sehingga kuah mula mendidih.
3. Masukkan udang, kacang panjang dan paku pakis tanjung.
4. Teruskan kacau sehingga udang, kacang panjang dan paku pakis tanjung berubah warna dan kuah mendidih.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan. Tak perlu banyak bubuh garam sebab tempoyak sudah ada rasa masin garam.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan. Tak perlu banyak bubuh garam sebab tempoyak sudah ada rasa masin garam.
6. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Walaupun Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak Cili Padi dengan Udang sudah ada rasa pedas, tetapi Amie buat juga Sambal Belacan Siam (Thai) atas permintaan anak-anak. Boleh rujuk resepi yang lalu di sini: Mudahnya Membuat Sambal Belacan Siam yang Sedap!
Bahan-bahan:
11 biji cili padi
1 biji cili hijau - potong 3
1 biji cili merah - potong 3
5 biji bawang merah - kupas kulit
1 biji tomato - kupas kulit - cincang
2 sudu besar gula Siam / gula kabung
2 sudu besar belacan Siam
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk cili padi hingga hancur, diikuti dengan cili merah dan cili hijau.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk satu-persatu hingga lumat.
3. Seterusnya masukkan belacan dan gula kabung. Tumbuk lagi hingga sebati dengan bahan lain.
4. Masukkan tomato dan tumbuk perlahan-lahan hingga hancur.
5. Akhir sekali tuangkan jus limau kasturi, garam / perasa pilihan.
6. Gaul rata dan hidangkan.
Kali ini Amie gunakan pengisar saja. Sebelum ini Amie tumbuk dalam lesung.
Amie goreng beberapa keping ikan tuna.
Bubuh garam dengan serbuk kunyit saja.
Amie tambahkan telur dadar kegemaran anak-anak. Telur dadar ini Amie campur dengan kacang panjang. Amie suka dadar telur begini dan ketika menggorengnya memang sedap sungguh aroma kacang panjang bersatu dengan telur dalam kuali!
Bahan-bahan:
4 biji telur
4 batang kacang panjang - hiris tipis
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
sedikit minyak
Cara:
1. Dalam sebuah bekas, campur kacang panjang, Maggi Cukup Rasa dan telur. Pukul hingga sebati.
2. Panaskan sedikit minyak.
3. Goreng dadar campuran telur tadi seperti menggoreng telur dadar biasa.
4. Hidangkan bersama sambal kicap, dan nikmati dengan nasi putih.
Nampak biasa-biasa saja telur dadar kacang panjang ini, tapi bila dah mula makan, pasti ingin menambah lagi!
Sekian.
Cerita masak-masak untuk kali ini.
Jumpa lagi.
Jumpa lagi.
In shaa Allah.
Sedapnya masak lemak pucuk paku tu... mau bertambah-tambah nasinya.
BalasPadamkak Amie, sedapnya lemak pucuk paku dengan tempoyak!lama tak amsak macam ni..
BalasPadamsedapnya
BalasPadampucuk paku masak lemak, ikan goreng
semua best2
rinduu pula menu mcm ni
sedapnya menu akak, udang dengan pucuk paku memang ngam sangat...
BalasPadamdana tak pernah masak telur dadar dengan kacang panjang,... kira menu baru nih kak
Sedapnya nampak pucuk paku, x pernah lagi msk letak tempoyak Amie. Boleh cuba ni, sbb si Puteri dan kakak dia suka mkn yg ada tempoyak.
BalasPadamBetul tu Amie segala mcm resipi ank2 suka rujuk tgk nk msk apa2 pun.
Kalau blog mama dia x ada mesti suh cari blog kwn2 yg kenal
Fadzillah,
BalasPadambetul tu...makan nasi dengan kuahnya pun dah rasa sedap.
Cik Matahariku,
BalasPadammemang sedap ni, kebetulan ada stok tempoyak, apalagi... terus masak saja,
Mama Sara Nur,
BalasPadamdah tak larat nak makan lauk-pauk raya dengan rendang dll, masak-masak beginilah untuk tambat selera.
Nurhidana,
BalasPadamkakak jumpa menu telur dadar dengan kacang panjanng ini sejak mula dulu datang Sabah. Memang sedaplah walaupun simple jew bahannya.
Rosa, ada juga gunanya kita tepek resipi2 masakan sendiri di sini. Bila anak-anak jauh, mereka rindu air tangan ibu, bolehlah rujuk dapur maya ibunya.
BalasPadamMemang sedap pucuk paku lemak tempoyak, lagilah bubuh cili padi kampung! Terangkat habis!
Nampak menyelerakan. Hari ni pun masak lemak cili api pucuk paku dan udang
BalasPadam