Jalan-Jalan di Sekitar Halaman Rumah

11:58 PG

Semenjak dua menjak ini setiap kali buka tingkap dapur di bahagian sinki, mata mesti terpandang buah mangga udang yang semakin merendah ke tanah.

 
Jom kita buat lawatan mencemar duli  ke tanah sekangkang kera... eehhh eeehhh! Kangkang kera tu kira luaslah juga. Ini kangkang kucing atau tikus saja ni.

 Inilah rupa mangga yang selalu kelihatan bergayut-gayut dari tingkap dapur!

 Dah memang tak ada tanah, nak juga bertanam-tanaman.... ahaks!

 Alang-alang sudah bawa kamera, marilah kita melawat kawasan yang lain...hiks!

Ada juga mangga udang yang mulai masak. Kelmarin Encik Suami kutip sebiji mangga udang  yang sudah masak di pokok  dan gugur ke tanah.

Sebahagian mangga udang belum cukup matang, sedang dalam proses untuk membesar.

Terlanjur bawa kamera, marilah kita melawat kawasan lain pula. Rupanya Encik Suami tanam bayam brazil juga. 

 Bolehlah tuai hasil bayam brazil ini nanti.


Kita pergi belakang stor yang Encik Suami siapkan sepanjang PKP. Wah! Siap bergrill dan berkunci, tapi kelilingnya masih bersepah. Mungkin belum sempat dikemas, atau belum siap sepenuhnya. Di dalam stor ini Encik Suami sudah sediakan almari dan para-para. Sebahagian besar peralatan memasak, membaking, termasuk oven, periuk, kuali, pinggan mangkuk dan sebagainya sudah disimpan di sini. Itu yang menyebabkan malas nak buat kuih, kek dan sebagainya sebab semua peralatan sudah tersimpan di sini. Kena keluar dari dapur, masuk ke dalam stor pula. Akhirnya kita pun lupa segala peralatan memasak yang ada.

Berhampiran stor ada pokok anggur yang melilit dawai junjung sepanjang 30 kaki. Di bawahnya itu ada pokok kencur, pokok pegaga, rosemary yang sudah mati, dan pokok pudina  serta pokok kesum yang juga sudah mati. Musim panas yang melampau sepanjang bulan puasa menyebabkan banyak tanaman mati kering. Walaupun disiram, tapi dia nak mati juga. Nak buat macamana.

 Di hujung sekali ada beberapa pokok pisang.

Encik Suami kata ini pokok pisang hijau. Selalu berbuah. Bila masak, harum baunya. Sedap dimakan begitu saja. Pernah juga Amie buat pengat. Rasa manis pisang bertukar masam sedikit.

 
 Selak daun anggur, nampaklah beberapa ranting anggur yang tersembunyi, yang belum dapat dilihat oleh burung dan tupai.




Jom ke halaman rumah pula. Inilah hasil kerja tangan Encik Suami sepanjang PKP. Katanya, apa sahaja warna cat yang ada dalam stor, dia gunakan untuk mengecat tayar dan pasu bunga serta kerusi meja batu.

Kita ambil gambar dari dalam pagar sahaja. Tertarik pula dengan bunga akar dani yang berjuntai-juntai masuk dalam pagar. Sebenarnya pokok bunga ini ditanam di luar pagar.

 Di sebelah bunga akar dani, kelihatan dahan pokok bidara yang mula tumbuh dengan suburnya.

Pokok bidara yang sudah ditebang mula mengeluarkan tunas baru. Encik Suami mahu pokok bidara hidup rimbun merendah sahaja, jadi itu sebabnya ditebang habis. Di hadapan pokok bidara ialah pokok mata kucing brazil. Encik Suami pun mahu pokok kucing brazil tumbuh rimbun merendang saja.

 Tak tahulah apa konsep taman yang Encik Suami inginkan.... ahaks!
Maklumlah, bukan banyak masanya untuk berada di rumah dan sebab itulah sepanjang PKP dimanfaatkannya untuk 'mengemaskini' halaman kami yang terbiar.

Beginilah lebih kurangnya sudut halaman rumah kami. Dulu tidak sepanas begini sebab pokok mata kucing dan pokok bidara tumbuh tinggi dan menjadi pelindung panas. Dah tengahari, dan panas pun bukan main terik lagi. Jomlah, balik ke dapur. Nak mula masak untuk makan tengahari.

 Hahaaa... terhenti di sini sebelum masuk pintu dapur.
Di belakang nun, itulah pokok mangga udang kami.

Di sinilah berhimpun pokok limau purut, pokok limau nipis, pokok kunyit, pokok serai dan entah apa lagi. Kadang-kadang pokok-pokok itu hidup subur, kadang-kadang mati begitu saja sebab tuannya tak berapa peduli.... jahatnya tuan tanah!

Orang kata sepanjang PKP dan PKPB ini memang kena berkurung, tapi kena juga keluar rumah sekali-sekala untuk kesihatan diri dan terapi minda.
Sekian.
Jumpa lagi.

6 comments

  1. mcm2 tanaman kt halaman tu...buah mangga udang 1st time dgr..bayam brazil ramai juga org tanam skarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah seco'et tapi besar hati nak tanam macam-macam hihihihiiii.

      Padam
  2. Balasan
    1. Kalau masak rasanya manis. Tapi selalunya jadi rezeku burung dulu.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe