Kuih Permata Zamrud

10:15 PG

Jom buat Kuih Permata Zamrud. Dah bertahun nak buat kuih ini, dan nampaknya baru petang kelmarin ada kesempatan di dapur. Amie panjangkan resipi dari FB FARISHA SOFEA. Kuih ini nampak comel jew, dengan warna hijau zamrud. Ibaratnya sebentuk cincin  permata zamrud! Kalau ada kesempatan untuk membuatnya lagi, Amie akan kecilkan sedikit saiz permata zamrud ini, sebab bila kali pertama buat, nampak besar tersembul pulak permatanya!
Bahan yang digunakan pun senang untuk diperolehi, dan membuatnya pun sangat mudah juga!

Kuih Permata Zamrud
Permata zamrud warna hijau ini diperbuat daipada tepung pulut berintikan kelapa. Bahagian luarnya yang berwarna putih pula ialah campuran santan pekat, tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum. 

Kuih Permata Zamrud
Jom kita lihat resipinya di bawah ini.
Bahan A :
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan air pandan
sedikit pewarna hijau

Bahan B :
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam

Bahan Inti Kelapa :
1 cawan gula merah
sedikit gula pasir ( optional )
1/4 cawan air
1 helai daun pandan
2 cawan kelapa parut
2 sudu besar tepung jagung

Cara membuat inti:
  1. Cairkan gula merah bersama air dan daun pandan di atas kuali .
  2.  Kacau sebati sehingga gula hancur ke semuanya .
  3. Masukkan kelapa parut .
  4. Gaul sebati sehingga kering .
  5. Masukkan tepung jagung , gaul rata .
  6. Tutupkan api .
  7. Ketepikan, biarkan sejuk
Cara membuat doh:
  1. Masukkan tepung pulut ke dalam bekas.
  2. Satukan pewarna hijau dan air pandan .
  3. Tuang sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  4. Bulat-bulatkan doh kepada beberapa bahagian kecil , ketepikan.
  5. Masukkan pula ke semua Bahan B ke dalam periuk.
  6. Kacau sehingga tiada adunan tepung yang berketul.
  7. Masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga naik wap sahaja , ketepikan.
  8. Sediakan acuan lompang , sapu sedikit minyak pada acuan.
  9. Ambil satu doh dan leperkan.
  10. Masukkan inti kelapa dan tutupkan doh dengan kemas.
  11. Bulatkan semula doh dan masukkan ke dalam acuan.
  12. Ulang proses sehingga habis.
  13. Tuangkan Bahan B tadi ke dalam acuan.
  14. Pastikan adunan santan tidak menutupi adunan doh.
  15. Susunkan di dalam pengukus.
  16. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana atau sehingga masak.
Kuih Permata Zamrud
Permata Zamrud sebelum dikukus.


Kuih Permata Zamrud
 Permata Zamrud setelah dikukus.

Kuih Permata Zamrud
Permata Zamrud sedia untuk dinikmati.

4 comments

  1. Nampak sedap amie. Rasa macam nak buat pulak petang ni. Tq bagi idea.

    BalasPadam
  2. tak pernah makan lagi kuih permata zamrud ni kak Amie, nampak sedap dengan inti kelapa tu..

    BalasPadam
  3. Ibundo,
    Tak cerewet mana kuih permata zamrud ni kan Bundo.

    Cik Matahariku,
    ye, macam kuih koci rasanya.

    BalasPadam
  4. 1st time dgr kuih ni..tkpernh mkn

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe