Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa

10:07 PG

Kerja menyediakan air minuman sebelum berbuka puasa dibuat oleh Fairuz. Biasanya Fairuz akan sediakan satu jug besar minuman jus buah-buahan seperti tembikai, nanas dan lobak merah. Kalau ada susu cair dan buah-buahan dalam tin, memang suka sangatlah Fairuz menyediakannya, sebab tak perlu kisar buah-buahan. 15 minit sebelum waktu berbuka puasa memang sudah tersedia di atas meja. 
Cuma, jika dia teringin minuman laici kang, memang kitalah yang kena buat. Yang penting ada biji kembang semangkuk dan biji selasih. Minuman begini memang sangat sesuai ketika berbuka puasa kerana dikatakan dapat menyejukkan badan.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Amie suka minuman laici kang panas.
Harum wangi jew bila dinikmati.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Jom kita sediakan bahan-bahan untuk minuman laici kang. Kita cuci kembang semangkuk, dan rendam dalam air suam hingga kembang.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
 Ini biji selasih. Amie rendam sekali dengan kembang semangkuk.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Kemudian kita rebus bahan-bahan seperti longan kering. Amie rebus menggunakan 2 liter air, dan 3 helai daun pandan. Longan kering ini lebih kurang secawan.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
 Tambahkan halwa kundur sebanyak 1 cawan juga.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
 Kalau ada kurma merah, tambahkan juga barang segenggam.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Jika suka kismis, masukkan juga sedikit. Kismis ini tak mahu rebus pun boleh. Tapi Amie nak rebus juga.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Gula melaka, agak-agak untuk dapatkan rasa yang manis saja. Amie gunakan 1 ketul sahaja sebab Amie akan tambahkan buah laici dalam tin. Air laici pun Amie masukkan sekali. Laici dalam tin ini Amie tidak rebus. Masukkan kemudian selepas bahan rebusan sudah diangkat dari dapur.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Jika suka boleh sediakan kacang tanah goreng (panggang) atau kacang gajus goreng (panggang) sebagai sentuhan terakhir.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Dengan kehadiran kacang tanah atau kacang gajus dalam minuman laici kang akan menambah keasyikan ketika menikmati minuman ini...ahaks!

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
 Air rebusan sudah siap dan harumnya memang cukup menggoda!

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
 Biji kembang semangkuk dan biji selasih un sudah kembang.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
 Bolehlah campurkan semua bahan termasuk buah laici dalam tin.

Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Sangat sedap dinikmati sama ada panas atau sejuk. Kalau nak sejuk, masukkan kiub ais.

9 comments

  1. aduh sedapnya kak, kalau kat sini laicikang dibeli di kedai makanan siam sangat colorful laicikangnya kak... sejak puasa ni beberapa hari je panas hari lain tiap petang mesti hujan lebat, jadi memang air teh o je jadi pilihan

    BalasPadam
  2. Laicikang ni memang fav mak saya!
    Kalau dapat time berbuka puasa ni syok juga hehe.
    Thanks for the recipe.

    BalasPadam
  3. Sedapnya Amie, kebetulan kat rumah ada satu set utk air leechikang ni. Ingat ptg ni nk buat la air ni. Guna gula merah eh Amie

    BalasPadam
  4. rajinnya amie, kat sini bahan-bahan tu sukar juga nak dapatkan amie

    BalasPadam
  5. Sedapnya Amie..
    Laicikang mmg kegemaran CH sekeluarga.
    Mana nak Cari masa PKP ni..

    Selamat menjalani ibadah puasa Amie..

    BalasPadam
  6. dalam banyak2 air, laicikang ray x berapa minat. tp minum je heee

    BalasPadam
  7. saya tak berapa pandai sgt minum laici kang, sebab tgk cam makanan lak instead of minuman tapi tu lah lain org lain selera kan. still nampak sedap eh

    BalasPadam
  8. Dana,
    betul tu colourful, bubuh itu ini, macam2 isinya sampai tak terkira.

    Seorang Syed,
    memang sedap kalau buat sendiri, wangi jew...boleh pilih bahan kesgemaran.

    Rosa,
    saya guna gula melaka, tambah halwa kundur. Tak perlu bubuh gula lain. Sedap dah. Manis bila diminum panas.

    BalasPadam
  9. Ana Jingga,
    bahan-bahan yang saya gunakan tu memang kebetulan ada dalam simpanan.

    Cahaya Hidupku,
    susah nak cari ye time PKP ni... tu pasal sebab teringin saya buat sendiri heheee.

    Ray,
    betul tu, tak semua orang meminatinya.

    Shirven,
    ye.. selera tak sama.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe