Laksa Sedap dengan Kuah 3 Jenis Ikan
11:53 PG
Assalamualaikum.
Hari ini, 26 Mac 2020 bersamaa 1 Syaaban 1441 Hijrah.
Alhamdulillah, setakat ini belum ada berita kenaikan mendadak jankitan Covid 19 di negeri Sabah. Setakat kelmarin, 25 Mac 2020 Tawau masih mendahului daerah lain dengan jumlah 49 positif Covid 19, dengan 1 kematian dan diikuti daerah Lahad Datu, 34 positif jangkitan. Julah keseluruhan positif Covid 19 di negeri Sabah ialah sebanyak 170 dengan 1 kematian.
Khabar duka yang tular dari Malaya, menjadikan jumlah korban Covid 19 kepada 20 orang. Allahu Akbar. Teruskan patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sementara menunggu ikan dinyahbeku di dapur, Amie ambil kesempatan untuk kongsikan resepi kuah laksa dengan menggunakan 3 jenis ikan. Menu ini kami nikmati sebagai sarapan pagi ketika Fuad dan Farid sedang bercuti bersama kami. Amie gunakan resepi yang sama seperti di sini: CARA MEMBUAT KUAH ASAM LAKSA PALING SEDAP. Cuma bezanya kali ini Amie tidak tambahkan ikan sardin dalam tin sebaliknya kesemua jenis ikan yang Amie gunakan adalah tiga jenis ikan segar iaitu ikan selayang, ikan tamban dan ikan basung. Ikan selayang atau ikan sardin yang Amie gunakan seperti gambar di bawah, bahagian ekornya warna merah.
Ikan basung pula seperti di bawah ini. Ikan basung ini sekeluarga juga dengan ikan selayang, cuma rasanya sedikit berbeza. Ikan selayang ekor merah lebih lemak ... itu orang yang katalah...hiks!
Dan satu lagi, Amie tambahkan ikan tamban seperti di bawah ini.
Amie hanya gunakan 300 gram ikan selayang, 300 gram ikan basung dan 300 gram ikan tamban. Memasak kuahnya pula pada sebelah petang, dan kami nikmatinya keesokan pagi. Memang sudah meresaplah rasa segala bahan yang ada di dalam kuah.
Bahan-bahan:
1 bungkus laksa kering - rendam dengan air biasa sehingga bertukar warna putih - celur - toskan
300 gram ikan selayang
300 gram ikan basung
300 gram ikan tamban
2 kuntum bunga kantan - belah 4
10 tangkai daun kesum
6 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 liter air
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
7 labu bawang besar
15 gram belacan - bakar
1 kuntum bunga kantan - hiris kasar
1 biji nanas masak seberat 1 kg
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
Bahan pelengkap:
1 cawan hirisan timun
1 cawan hirisan bawang besar
1 cawan hirisan nanas
1/2 cawan hirisan bunga kantan
4 biji telur rebus - belah 4
2 sudu besar petis - bancuh dengan 2 sudu besar air panas - kali ini tak gunakan petis
limau kasturi
sambal kicap
Cara memasak:
1. Rebus ikan selayang, ikan tamban dan ikan basung dengan menggunakan 3 liter air dan 6 keping asam gelugor. Jangan rebus terlalu lama. Sebaik sahaja air rebusan ikan mendidih, dan biji mata ikan tersembul putih, tutup periuk dan padamkan api dapur. Biarkan sekitar 5 minit sebelum ditapis untuk memisahkan air rebusan dan ikan.
1. Rebus ikan selayang, ikan tamban dan ikan basung dengan menggunakan 3 liter air dan 6 keping asam gelugor. Jangan rebus terlalu lama. Sebaik sahaja air rebusan ikan mendidih, dan biji mata ikan tersembul putih, tutup periuk dan padamkan api dapur. Biarkan sekitar 5 minit sebelum ditapis untuk memisahkan air rebusan dan ikan.
2. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk, dan masak sehingga airnya kering.
3. Pisahkan isi ikan dengan tulang dan kepala ikan.
4. Kisar isi ikan bersama air rebusan ikan.
5. Kemudian kisar tulang dan kepala ikan dengan air rebusan ikan dan tapis.
6. Masukkan kesemua isi dan air tulang ikan yang dikisar serta lebihan air rebusan ikan ke dalam periuk. Tiada penggunaan air biasa selain air rebusan ikan.
7. Setelah kuah mula mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan, serai serta asam gelugor lebihan untuk rebus ikan.
8. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
11. Biarkan mendidih lagi selama lebih kurang 5 - 10 minit dan kemudian padamkan api dapur.
8. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
11. Biarkan mendidih lagi selama lebih kurang 5 - 10 minit dan kemudian padamkan api dapur.
Keesokannya, awal-awal pagi lagi Amie sudah panaskan kembali kuah laksa, dan menyediakan bahan lain untuk hidangan sarapan kami sekeluarga. Sebenarnya pagi itu Amie sediakan juga nasi lemak. Seharian anak-anak berulang ke dapur sama ada makan nasi lemak atau makan laksa. Bila laksa habis, Amie rendam lagi dan celur. Inilah hidangan kami dari pagi hingga ke malam.
Bahan pelengkap untuk hidangan laksa termasuklah telur rebus, hirisan daun salad dan bawang besar.
Tidak ketinggalan hirisan nanas dan mentimun.
Habis sebiji nanas kami kerjakan... nanasnya pula manis! Sedap sangatlah makan dengan kuahnya yang agak masam, ditambah pula dengan kicap dan hirisan cili padi!
Untuk rasa lebih masam, boleh perahkan jus limau nipis atau limau kasturi. Pagi itu Amie hanya ada limau nipis sahaja.
Nampaknya bukan setakat hari itu sahaja kami makan laksa. Oleh kerana masih ada baki kuah laksa, Amie simpan dalam peti sejuk, dan esoknya dipanaskan lagi. Dan kami makan lagi!
Isshhh...issshhh! Berhantu betul engkau yang bernama laksa!
5 comments
Sedapnya sampai 3 jenis ikan ya kak, kat sini ikan sana sini mahal dan susah nk jumpa sejak PKP ni... cepat sgt abis
BalasPadamsedapnya laksa tu...lama tk mkn
BalasPadamDana,
BalasPadamye di LD pun susah mau dapat ikan dan ayam sejak PKP, harga barang dapur pun naik mencanak.
Mama Tisya,
jemput melaksa heheee
kayy nangis jap sbb nmpk byk makanan best best
BalasPadamMmg kesukaan mkn laksa 😘😘😘
BalasPadam