Kaki Ayam Masak dengan Kundur

6:08 PTG

Assalamualaikum dan selamat petang.
Mahu atau pun tidak, terpaksa terima hakikat hari demi hari seolah-olah menunggu dan menghitung korban Covid 19 di seluruh negara. Dan hari ini, jumlah bertambah, pagi tadi 11, beberapa minit tadi sudah menjadi 14 mangsa. Allahu Akbar!
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk. Hanya pada-Mu tempat kami bermohon dan berlindung.
Sesungguhnya wabak penyakit seperti Covid 19 yang sedang melanda dunia pada hari ini merupakan dugaan dan ujian dari-Nya. Kun Fayakun. Sebagai hamba-Nya yang sedang diuji, marilah kita bersama-sama berusaha mengatasinya dengan mencari jalan seperti menjaga kesihatan dan meningkatkan keimanan. Kerana sesungguhnya Allah telah berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153).  

Hari ini, Amie masak Kaki Ayam dengan Kundur. Resepi asalnya di sini: MANUK BALLAHAN LAHAD. Manuk Ballahan Lahad bermaksud Ayam Masak Kampung. Resepi ini Amie perolehi dari Puan Hajjah Al-Maidah, rakan setugas yang sudah bersara awal mulai tahun ini. Terima kasih sekali lagi Puan Hajjah Al-Maidah di atas perkongsian resepi ini. Sebelum ini Amie masak menggunakan bahagian daging ayam, tetapi hari ini Amie gunakan bahagian kaki ayam pula. Beberapa hari asyik terpandang sebiji buah kundur bergolek-golek di sudut dapur, eloklah diolah bersama kaki ayam.
Masakan ini memang sedap! Penggunaan kunyit hidup, halia, serai dan bawang menaikkan aroma ketika ditumis. Kuahnya pula menjadi pekat kerana direnih agak lama untuk menghasilkan kaki ayam yang empuk.
Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
1/2  daging kaki ayam - buang bahagian kuku - potong 2
500 gram labu kundur - kupas kulit dan potong dadu
1 batang serai - dititik
1 liter air
garam / gula / perasa pilihan
4 sudu besar minyak

Bahan tumbuk / kisar:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (gantikan 5 biji bawang merah)
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
20 biji cili padi
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta serai hingga wangi.
2. Masukkan kaki ayam dan kacau rata.
3. Setelah kaki ayam berubah warna, tambahkan air. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Masukkan labu kundur, dan masak dengan api sederhana sehingga kaki ayam menjadi empuk.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Jika sukakan lebih pedas, tambahkan cili padi dalam masakan. Sewaktu makan, boleh picit cili padi untuk lebih pedas.

4 comments

  1. Mana nak cari kundur ni kak amie? Huhu... Di kampung saya, kami biasa buat kari ayam/ikan kembung bersama kundur terutamanya waktu kenduri. Kuahnya biar cair sedikit. Sedap!

    BalasPadam
  2. sedapnya, if tak keja ni cfrm saya dah cuba resepi ni. bahan semua dah ada

    BalasPadam
  3. Sedapnya makan kaki ayam. Maq suka..

    BalasPadam
  4. Teringat labu kundur ni orang suka buat manisan.... tak pernah lg dana buat masak sayur gini kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe