Mee Goreng Ala Mamak
10:31 PG
Assalamualaikum.
Jom sarapan pagi dengan Mee Goreng Ala Mamak.
Ikutkan resepi mee goreng mamak yang original sudah semestinya ada kombinasi pes pedas dan pes manis. Ada cucur udang, ada tauhu goreng dan juga kentang rebus. Susah nak jumpa mee goreng mamak yang begini terutama di tempat kami. Biasanya kalau kita pesan mee goreng mamak walaupun di restoran mamak, yang kita nampak mee goreng tersalut dengan telur. Dan ada sedikit aroma kari. kadang=kadang terhidang mee goreng mamak yang agak basah, dan ada juga yang kering sedikit.
Jadi, pagi ini Amie masak Mee Goreng Ala Mamak sahaja... ada 'ala' di depannya, maksudnya mengikut cara masakan sahajalah.... ahaks!
Di restoran mamak, kita boleh pesan mee goreng mamak mengikut citarasa seperti mee goreng mamak ayam, mee goreng mamak seafood dan sebagainya. Ada juga, mee goreng mamak kosong sahaja kecuali taugeh dan sawi.
Bahan-bahan:
500 gram mee kuning - rendam 5 minit - toskan airnya - bilas lag sekali dan toskan lagi
10 biji bebola ikan - belah 2
5 biji bebola ketam - belah 2
2 ekor sotong segar - bersihkan dan potong ikut citarasa
1 pokok sawi - potong -potong - pisahkan batang dan daun
1 biji tomato - belah 10
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
2 biji telur
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Kemudian masukkan rempah kari. Gaul rata. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
3. Seterusnya masukkan bebola ikan, bebola ketam, sotong dan batang sawi. Kacau-kacau. Biarkan masak selama 1 minit.
4. Masukkan mee kuning bersama daun sawi, tomato, cili merah dan cili hijau.
5. Tuangkan kicap pekat dan kicap cair. Gaul rata.
6. Masukkan telur dan kacau bersama mee agar tersalut dengan telur.
7.Tambahkan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan.
7. Gaul dua hingga tiga kali dan kemudian padamkan api dapur.
Berita duka:
Setakat kelmarin 30 Mac 2020, sudah 37 kematian akibat korban Covid-19 di negara kita. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
0 comments