Nasi Goreng Sultan
12:09 PG
Akhirnya kami putuskan untuk menikmati makan tengahari di Hamid Restaurant Hatyai.
Seperti biasa, Amie memang suka bertanya kepada pelayan restoran mana-mana menu tempatan yang disukai ramai. Katanya, cubalah Nasi Goreng Sultan. Amie pun pesanlah Nasi Goreng Sultan dengan segelas air barli sejuk.
Restoran ini kelihatan bersih dan tersusun kemas, layanannya juga cepat. Mungkin ketika ini pelanggan sudah berkurangan kerana waktu kami sampai pun sudah pukul 2 setengah. Jadinya memang lewatlah waktu kami makan tengahari.
Restoran ini terletak di sini: 73-75 Prachathipat Rd, ตำบล หาดใหญ่ Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Nasi Goreng Ketam, antara menu yang dipesan.
Walaupun sudah biasa makan nasi goreng pattaya, tapi sampai sini tak lepaskan peluang masakan dari tempat asalnya!
Air barli sejuk.
Kam makan nasi dengan tom yam udang galah.
Nasi Goreng Sultan sudah sampai ke meja!
Oh... begini rupanya Nasi Goreng Sultan.
Sesuai dengan namanya 'sultan' warna nasi goreng ini kuning. Rasa sedikit berempah. Ayam gorengnya pula lembut, dengan perasa sederhana tetapi lazat.
Bismillah.
Permaisuri makan dulu ye.
Selesai makan, kami pun berjalan - jalan sebentar, dan kemudian menaiki tuk-tuk untuk ke destinasi seterusnya. Pengalaman naik tuk-tuk pun adakalanya menyakitkan hati. Tak pasal-pasal kami kena goreng. Sewaktu nak naik, harga lain, dah turun harga lain pulak!
Hurrrmmm... inilah Hatyai!
Bandaraya terbesar di wilayah Songkla, tapi Hatyai bukan ibu kota Songkla ye.
Entri berkaitan Thailand - Hatyai boleh klik di sini:
Bermalam di Genting Hotel Sungai Kolok
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
4 comments
sedap nengok semua menu kak... nasi goreng pattaya tu mmg nampak menyelerakan sangat, lama dana tak makan tuh
BalasPadamgeram je bila kene game ngn org tuk-tuk ye kak, mesti mmg diaorang aim tourist
silalah makan permaisuri.
BalasPadamtomyam tu sedapnya nampakkk
Norhidana,
BalasPadamtak sempat nak merasa banyak masakan Thai... kena datang lagi lain kali.
Sheila,
memang tom yan Thai sedap.Cukup rasa.
SA x ingat plak masa balik ke hotel SA makan kat restoran mana...tp most hidangan sama je macam masakan Thai kat Malaysia
BalasPadam