Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
11:34 PTGสวัสดีตอนเย็นที่หาดใหญ่
S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Selamat petang, Hatyai....
Jom jalan-jalan melihat suasana sekitar.
Benarlah apa yang Amie pernah baca, pernah dengar orang bercerita tentang Hatyai. Belum pun sampai ke tempat makan yang diwar-warkan, sebaik kali melangkah keluar dari hotel memang mata tak lepas dari memandang pelbagai jenis gerai dan jualan!
Bukan sahaja makanan, tetapi juga pakaian dan barang-barang lain diniagakan di tepi-tepi jalan sekitar lorong kecil.
Bila edit gambar jualan pakaian dan goreng-gorengan, Amie teringat sewaktu pulang dari Asean Night Market, bila buka tudung dalam bilik, tudung Amie berbau udang goreng.... ahaks!
Haa... malam nanti kita tengok macamana pula suasananya yang dikatakan hidup itu!
Melihat udang galag goreng saiz besar-besar begini, bole tak bayangkan pemandangan yang lebih daripada ini? Nampaknya, sudah nampak pintu syurga makanan...hiks! Ini baru nak masuk halamannya saja.
Menghidu bau udang galah goreng yang duduk terbongkok berhimpit-himpit, perut pun rasa kenyang...ahaks!
Durian pun masih ada di sini. Tempat kita dah habis musim.
Mangga pun ada di sana, sini dengan pulutnya lagi!
Burung puyuh goreng?
Aiskrim kelapa yang sangat sedap!
Banyak aksesorinya!
Kalau namanya kacang-kacangan, memang tak boleh nak kata betapa banyaknya di sini! Macam-macam jenis kudap-kudapan boleh dibeli.
Buah berangan ini sedang digoreng dengan biji kopi ke?
Longan kering yang menggoda!
Wokey...
Esok nak beli longan kering di tempat yang disyorkan oleh kawan Amie.
Buah mata kucing dalam gambar di atas, nampak segarkan?
Dalam bungkusan plastik yang tergantung itu pula nampak macam isi petai!
Banyak restoran menyediakan makanan laut!
Kadang-kadang hati tersentuh melihat gelagat para peniaga buah-buahan.
Apa pun yang mereka usahakan, itu sudah cukup baik dari duduk berpeluk tubuh mengharapkan ehsan.
Warna-warni buah-buahan yang mampu mengecurkan liur!
Inilah sebahagian kecil, kami berkenalan dengan apa yang ada di tepi jalan, lorong-lorong di sekitar Hatyai.
Tiba-tiba mata terpandang perkataan Salma Halal Restaurant, nun di hujung sana.
Dan tiba-tiba pula terlihat perkataan Hamid Restaurant Hatyai betul-betul di sebelah kiri kami.
Pada masa itu juga terus berasa lapar!
Nak pilih mana satu?
Salma atau Hamid?
Entri berkaitan Thailand - Hatyai boleh klik di sini:
Bermalam di Genting Hotel Sungai Kolok
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
1 comments
Betul Kak Amie..Haatyai mmg hidup waktu malam..bayangkan SA pi sana x lepak hotel pun .explore je mana2 tempat nak explore..kisah haatyai dan travel ke Australia sblom2 ni mmg sedih...kamera rosak dan SD card corrupted..SA xde back up dan kenangan tu berakhir begitu sahaja...
BalasPadam